Friday, December 24, 2010

Bebelan pasal my sweet...

Hai blog!! awak cari saya x? Awak chat x? saya bz skitlaa. Bz sbgai sorg staf kerajaan, bz sbgai seorg mummy, bz sbgai seorg isteri, tukang sapu, tukang basuh pinggan hehehe..Al maklum si suami dah pulang ke pangkal jln katakan..

Yg paling terasa bz sbgai seorg mummy.. ooooh my little princess, sunshine.. si zara dah 4 bulan 2hari. Daripada berat 3.15kg n now dah cecah 5.7kg (timbang akhir tika cucuk 3bulan) Cepat nya sayang mummy membesar. Percayalah bila tenung Zara masih segar kenangan di labor room. wuwuwu.. jerit2 teran.. sakit2. Dan percaya la lagi saya dan si suami dok bertekak pasal nama anak ke dua. Apakah hahaha.. plan..long term hahaha x salah kan?? kan???

New development Zara?? Byk2. Pengorbanan saya pada dia pun banyakkkkk...

At sweet 4 months =):
(menaip sambil tersenyum)



- First.. Zara bole MENIARAP.. meniarap haha nak change nappy pun suka pusing2 susah2.

- Kuat ketawa. Plus kalo si lelaki ensem yg agah. Wah gatal ya anak mummy. Malu ooh dgr sora dia. Kuat. Badan tu menggeletek. Haip zara ikut pangai sape tuh hahaha tetttt Suara pun kuat. Padahal main sorg2 ja pun.

- Dulu isap jari, satu jari ja. Skang dua jari sumbat. Adeh hai. Ok2 biarla apa org nak kata pasal isap jari nih. Mummy akan benarkan hehe. Sia2 la beli mainan kat zara. jari dia jugalah yg best ya sayang..

- Bila menyusu badan.. tangan suka merayap2, pegang sini pegang sana. Ok2 explore la. Mummy x marah pun. Yg pasti abis menyusu si zara ni akan tertido. Inilah ubat mujarab nak bagi bayi tido ye kwn2 Dia juga very manipulative baby. Sedang saya cbuk menumis bwg, cabai.. tiba2 dia wat batuk yg teruk mcm tercekik kmdian berjaya menarik perhatian saya terus lari kat zara. Bila sampai bole dia senyum. OOOO tipu ye. Noty2

- OOoo kuat bebal. Bila bebai tarik2 rambut (mentang2 byk rambut), cakar muka. N lembikkan badan. Hoh ikut sapa nih. Terutama bila dia tido nyenyak dan sejuk saya tutup aircond bebal terus. Amboiiii ngada!

- Satu lagi sejak dia keluar dari perut zara suka mendengar ceramah, atau org bercakap2 mesti dia berhenti. saya sedar masa usia dia 2 hari lagi. Sedang seorg nurse praktikal memberi penerangan pada saya. Si zara pun berhenti menyusu sambil mendengar. siap kalih kepala. Cbuk nak tahu jugak hehehe

- Mandi pun susah. Adoi.. x dok diam! sometime nak mandikan zara kena ada PA ke dua. Saya yg pertama. Then kami basah bersama hahaha apa lagi ehh..

- She also can talk. Buuu buu aaaa dududu. Apa yg la si zara ni nak bgtau eh.. ibarat baru balik dari zoo then nak bgtahu mummy mcm2 zara jumpa. hehe cam tu la sampai berbuih2. Bersungguh2 crita. Dun wory sayang mummy tetap layan kamu. =) =)

Nnti2 saya tambah.

Okay bila dah ada anak nih korang dah x seperti dulu. Paham tak maksud saya. ermm nah lihat situasi yg saya hadapi.

= Siap2 nak pegi kenduri. Haruslah cantik2 Perfume pun DKNY (hadiah hantaran si suami kepada si isteri). Tapi bila dah dukung anak. Tudung yg bulat cantik n lipatan bwh akan jadi senget2. Perfume td akan bertukar menjadi perfume muntah anak. Sungguh saya dah lali ngan perfume baru nih. Dun wory mummy masih sayangkan kamu.


= Bila mkn.. jgn nak ngada bole mkn sambil bersembang. tak la. Mkn laju2 sbb si suami sdg kelaparan atau pun lenguh dukung anak atau pun menangis x berjaya pujuk huhu Bila nak kuar berholiday, or berjalan2 harus la saya yg kena bangun awal, siapkan baby sambil menahan jeles si suami yg tido x hingat dunia. then baru lah saya yg bersiap.

= Setengah2 event bayi amatlah tidak sesuai nak dibawa. Misalnya konsert double trouble. Si suami terpaksa meninggalkan si isteri bersama anak kecil. Untuk menjaga hati time lagu isabella call tuk mendengar bersama. Tp sebenarnya i pun ada konsert di rumah yg merdu, chumel dari si bayi. Best2.

= Handbag pun kena besar skit. Maksud saya agak2 nak masukkan satu botol susu n towel baby yg comel dan juga accessory si anak. Wpun sebenarnya si ibu pun makin besar dan mmg sesuai lah! hahaha (huh bila la nak turun secara mendadak, risau2) Bersama kasut yg flat.

= Buat kerja di rumah. Sedang sibuk melipat baju yg seminggu tertangguh (Jgn ketawakan saya, udah bilang saya mmg cbuk hahaa) tiba2 si kecil mengamuk terus berhenti n melayan. Makna kata jgn harap nak siap kerja tu pada jam yg sepatutnya. Kmdian tangguh n tangguh. Tapi siap tau!. So cuti sbtu ahad adalah hari bekerja untuk anak n si suami juga. Korang rasa indah x?? haha Kadang2 nak mandi pun tangguh sebab Si zara ni pandai mencuri perhatian saya ajak bermain bermula dgn sapaan suara yg comel terus landing main ngan dia huhu.. tangguh nak mandi.... 

Terus terasa kagum ngan Ummi menjaga 5 orang anak. Hebat! sayang Ummi huhu oh zara pun sayang Mak Tok mmuah.
Eh korang nak tips memikat hati suami x?? Zara tau.. Pakai la baju yg menawan haha
                            Luv u mummy


Nothing to describe..she always behave or pretend to behave as she is the biggest boss among us...



  ok bukti suka ketawa. Actually anak i sopan okkk

xoxo luv mummy Nur Zara
 






Thursday, December 23, 2010

Tag dari irah

Ting.. ting ada tag.. ada tag.
Tenkiu irah. Ada la yg saya bleh tempek kat blog nih!

Jom layan soalan2 nya

1)Adakah anda rasa hot?
Hot la bila kita dah tempah barang.  X nmpak lagi. Mcm la saya tempah kat Oversea. Dlm negara ja pun. Cepatla x larat duduk atas lantai.Sejuk!


2)Update walpaper anda sekarang?



3)Cerita pasal gambar ini.

Hoh pic nih mmg kontroversi. Semua org ingat ini Nur Zara (Eh hari2 rindu kat kamu. Mummy miss u. Cepat la jam kul 5!). Hehe.. Bukan2. Anak omputih mana ntah kuikui. Pic ni dah lama.Sepanjang saya mengandung suka nengok muka baby ni tau. Maknanya lama la jugak eh. Nnti i replace pic zara eh. (Tolong belikan HP yg mahal kat saya supaya mudah mentransfer ke pC. Bole??) Ada muka Zara x??? hahaha

4) Kali terakhir makan pizza?
MLm Smlm sepupu wat besday mak sedara. Sedap2 nnti wat la lagi.

5)Lagu terakhir anda dengar?
Amy SEARCH. Phewiitttttttttt

6)Apa yg anda buat selain selesaikan tag ni?
Dengar lagu dlm PC

7)Selain nama sendiri, anda dipanggil dengan nama apa?
Di umah Kaklong.. anak sulung kannn'
kalo kuar dari umah them cal me farah
Pas tu jupa adik beradik ramai la anak menakan kan? so Mak Long
Kwn2 dari tadika di KL Wahida. Rindu korang!

8) Tag lagi 5 org
(Hoi irah nama yg hg tag aku pun nak. So aku tolong repeat yeaaa. Kira remind kat nama2 tuh)
satu: Mummy dania, Pn amy
Dua: Ibu Hanzalah n Huzaifah
Tiga: Mama Iyad, Pn Linda (Wat cepat b4 terbersalin hehe)
Empat: Ummi Nawal Pn. Adzrina
Lima: Mama Danish n Daniel Kniedaz

9)Sapa org no1 anda
Kwn opis. Yg sekepala terutama bout muzik.

10)Katakan sesuatu kepada org no5.
I x sabar la nak tgk anak kembar Kak ida nnti dah deliver gtahu eh.

11)No 3 ada hubungan dgn sape?
Haha tgh ngandung. X dak skandal lah kan!!

12)Bagaimana dengan no2?
Sama2 beranak cuma waktu n tarikh x sama. Kira byk kongsi tips pasal anak. Tenkiu kak ina. Huzaifah luv Muzalifah haha tiba2 (Eh x .. x sebenarnya Huzaifah sama dengan Muzalifah. Faham x??)

13)Kata2 cinta pada org no 4
Kak riena.. sgt sayang kat Nawal n si suami. Of cos la kak kan?

14) Berikan 4 fakta Yang anda tahu tentang yang org anda taq?
Satu: Semua member ITM saya yg best lagi terbaik. Sayang semua.
Dua: semua dah lalui mcm saya. Bersalin.
Tiga:So semua ada anak yg comel. Betulkan tawan2???
Empat:Pernah melalui pgalaman bersama yg berbeza. Maksudnya lain tempat, lain waktu.Lain jam kehkeh
Ok habis

LEGA DAH..

Nanti kan Next ENTRY. Tapi janji la ngan saya belikan hp baru. Hp skang tgh wat hal. Jadi lambatla saya nak update huhu

Friday, October 1, 2010

Zara kesayanganku..

Hari ni umur Zara dah 1 bulan 12 hari.. berat dah pun 4.8kg. Patutla menyuskan Zara kejap dah lenguh tgn. Skang Zara kuat memerap minta dberi perhatian. Atau Zara rindukan ayah.  (Ayah pun rindu kamu) I guess. Saya suka tgk aksi2 cumel Zara. Terutama bila  Zara menangis. comel. Bila Zara nangis saya akan biar sehingga piccing yg tinggi baru saya sedar haha.. kadang2 husbend marah cos biarkan Zara cam tu. Nak wat cam na mmg saya suka tgk zara nangis.

Satu lagi Zara suka wat magic ngan saya. Dari hari ke sehari.. muka berubah2. Kejap Angelina Jolie.. kejap JenifferAniston. tak.tak haha And lastly mummy tgk Zara x ubah mcm ayah. Ok fineeee Nur Zara anak daddy. (Sambil berharap org pasan dagu terbelah Zara mcm saya). Zara pun dah makin tembun. Belek tgn.. belek peha. semua nya makin tembun.

Nak protest pangai Zara bila tido. Zara tido lasak. Pusing kiri kanan sampai tercium bantal then jerit nangis.. mcm mummy wat salah. Terkejut ooh. Now Zara lebih suka tido dlm buaian dan x mahu tido sebelah ngan mummy. Kecewa okay.. nnti nak ngadu ngan ayah. hehe

Bulu mata dah panjang. Rambut cacak2. Look boy. x nmpak gurgurl lah!.. Zara cepatla besar nnti bleh ikut mummy tgk wayang sama2. 

pssst.. korang x tau la problem apa.. dok upload pic zara x leh laa. Later2 la yeaa

Wednesday, September 22, 2010

Hari Majlis berendoi & Akikah Nur Zara

ibu bapa saudara saudari sekalian.. anak di ayun kami syairkan. bersama2 kami doakan ..
jika besar.. anak ini tetapkan iman. pabila sudah dewasa .. jgn ingkar.. dgr ckp ibubapa
syaitan dan iblis harap dijauhkan.

Ini lah salah satu lyric melayu ketika berendoi kan Nur Zara. Ada yg tersentuh bila mendengar lyric nih.. mendalam sungguh.. Saya hanya mengamin kan.

Mlm sebelum hari berendoi hubby ada tanya saya. Cam na majlis berendoi tu.. nnti Zara kena wat pe?? serius saya pun x bp tahu. Ikut ja Mak tok dia yg wat. hehe

Majlis berendoi dimulai ngan tahlil jam 10 pagi

Groupe Tok Su.. sedang baca tahlil. Setelah bacaan tahlil abis dibaca..mula la majlis berendoi. Saya diarahkan duduk di tgh2 bersama Zara. Serius masa ni pun saya x tau apa yg berlaku seterusnya hahaha




Apa yg saya wat tu?? Zara rengek2 nak nangis.. Zara kalo nangis suka di tepuk dgn cara belakang. Then terus lena. Senangkan. :)

Next pic.. Zara akan dikelilingi semua tetamu. Dan saya pasan makcik2 tu  doa n hembus kat muka Zara. 
 Last.. Tok su suapkan Zara ngan air zam2 n kurma disusuli dgn doa.

 Hah ni lah pengantinnya hehe.. sepanjang majlis berendoi Zara lena ja. Bagus x wat pangai. Risau jugak saya. alhamdulillah selesai sudah.

 si kecik ni semuanya nak tolong tapi.. nyusahkan lagi ada ler. una..una




 Antara tetamu yg hadir..

Semoga anak Mummy menjadi anak yg soleh.. seperti doa2 yg dibacakan. Insyaallah mummy akan didik Nur zara menjadi anak yg berguna, dan seterusnya cemerlang. 

psstt... ayah Zara dah gtahu nak anak dia jadi seorang Doktor. Wahh besar tanggungjwb saya tu huhu.. Insyaallah.

Persiapan Akikah Nur Zara

Salam.. baru tgk calendar. Lagi seminggu sy nak abis pantang. X sabar nak tibai ayaq tin.. haha kat setaun x minum ayaq tin. Zara tgh nyenyak tido. Kat luar ujan.. dan saya rasa Zara akan lena lama skit.. so i tgh free. Tumpang rajin.. meh nak story kikah Zara.

Akikah Zara buat time raya ke 6. Buat terus. B4 hubby terbang. Lagipun semua cuti hubby dah pakai. Pas ni x yah nak pikir2 dah. Kikah Zara hanya wat kecik2 sajoo..  Jemputan lebih fokus pada adik badik. Dan segala perancangan majlis tentulah diketuai ummi oopsss Dah tuka Mak tok. I malas nak pikir ulur duit jaa.. haha.. 

Meh la tgk gambar. Pic byk.. tp yg ada ni pun ok laaa....
   
Mak Teh adalah ketua tukang masak anak didik  arwah tok saya. Yang sgt garang n berdisplin ketika masak. Hasilnyaa mmg terbaikkk ooohh. mkn sehingga menjilat jari. Next pic rempah ratus terpilih oleh Mak Teh dan hasilnnya.. masak kambing masamah betoi ka eja huhu



Pembantu2 Mak Teh.. ramaiii tp malas nak boh. Ko tgk tu Mak teh saya.. tgh bg arahan byk mana sukatan ditentukan oleh Mak Teh sajoo. Yg lain ikut saja hehe. Aik tok wan cbuk wat pe tu???

alaaa lupa nak soh hubby capture pic kambing Zara handsome ke xxx??? daging yg telah siap dibersihkan
Di sebelah mlm cbuk buat bunga telur n bunga rampai gift pada tetamu. Ko tgk budak kecik tuu husna nak menyibuk jugak.
Bunga telur siap untuk diberi kepada tetamu

Tuesday, September 21, 2010

Good Luck Najihah!!!

Hari ni adik bongsu saya Farhah Najihah sedang berjuang dlm UPSR.
Kaklong tahu jihah bersungguh2 nak dpt 5A.
Ummi.. abah.. dan lain2 selalu berdoa tuk jihah.
Moge jihah jwb ngan tenang dan cemerlang.
Selamat maju jaya Jihah!
amiiiiin


Sunday, September 19, 2010

1st Raya as a wife & Mummy

Wahhhh.. penyakit M.A.L.A.S saya dah dtggg. Tapi nak kena ada jugak n3 raya. At lease ada gak satu. Raya taun ni mcm2 pgalaman yg saya dpt. Ya la Raya 1431H saya dah berstatus isteri n mummy. Rasa lain sgttt. Plus raya tgh pantang.

Hah bab yg paling kelakar time bersalam ngan si suami. Bleh x saya ilang ngatan jap. Sehingga di tegur si suami "hai syg.. x maaf ngan abg pun" : a'aa laa haha. Abg yg last sy salam.

Terus kami dua lari masuk bilik. Malu lahh. 
Bleh time sy nak bersalam bleh gelak2. Siap tanya Hubby nak kata apa. "Hai dosa byk nih kena mintak maaf dr ujung rambut ke ujung kaki".. then sy pun ikut ja la apa yg abg kata. haha adoi hai. teruk tol.X pe lah janji dah minta maaf hehe

Oh ya hari ni genap Nur zara 1 bulan. Sok nak bw Zara ke klinik. Nak cucuk, Hopefully dia x wat peel.
okay.. sekian. di akhiri foto keluarga


Selamat hari raya. Maaf Zahir & Batin dari kami..

Mohammad Muzammil

Farah wahida

Nur Zara Muzalifah

Sunday, August 29, 2010

Nur Zara dah botak..

Ptg smlm Nur Zara dah selamat cukur rambut.Kelakar lak tgk face Nur Zara botak. Lewat skit  cukur sbb Nur Zara masuk wad demam kuning.

Sampai hari ni kuning Nur Zara ada.. risau saya. Doakan Baby Nur Zara Sihat ya!

Oh ya.. hari ni Nur zara DAH MASUK HARI KE 10. Hampir setiap hari org dtg melawat Nur Zara. Terima kasih yg datang. Kwn2 opis, (kak riena thanx dtg smlm!) kwn2 ummi, n jiran2 dll.
ok nak out.. nak tgk Nur zara kat depan. byee.. selamat berbuka nnti! :)

Psst.. ayah Nur zara nak terbang ke Miri ptg ni.. so saya dah x dak broadband.. x dptla nak update dah huhu.

Thursday, August 26, 2010

1 st time mengurut..

Pagi ni first day saya mengurut. Gila sakit aaarrrrrrrrrrr
X sangka badan saya byk angin. Terutama bhgn kaki. That's y.. kaki saya bengkak masa pregnent.

Masa mak cik naina ka apa nama dia.. lupa, sentuh ja terus saya mengerang sakit.
Saya mcm nak sepak ja mak cik tu.. tp dgn pgalaman yg dia ada, mak cik tu berjaya mengawal saya.

Sambil mengurut mak cik tu bg ceramah laa. Katanya kita org pompuan kena jaga. Terutama bhgn lutut n peranakkan kita. Bila dah tua ini la yg sakit. Okkkkkkkkkk . Saya mengangguk sambil mengerang kesakitan. Tapi lepas abis ngurut.. rasa ringan.

Sok continue lagi. Mak cik tu nak dtg awal la plak. Ni yg maleh huhu..

Wednesday, August 25, 2010

Muzammil & Muzalifah

Hola.. hari ni saya berpantang dah masuk hari ke 7.. saya hanya menurut perintah ummi. Menu hr ni ikan haruan n daun pegaga. tu la menu saya.. tp saya layannn. Satu pengalaman yg besar sy pakai kain batik n stokin spanjg masa. Gila terseksa jugak rasanya.Sambil berharap cepatlah tempoh pantang ni berakhir..

ohhh Skrg kami ada hobi baru... suka bertenggek tepi baby Nur Zara.. hehee
Then hubby n saya akan tgk setiap pergerakan Nur zara.
Bayangkan hubby nak baca suratkhabar pun nak bertenggek tepi Nur Zara

Pas tu mula la..

saya: Eh.. eh.. Zara cebik mcm abg la
Abg: Eh.. eh dagu dia double chin mcm syg.
     Syg.. tdo mcm ni la..
haha..

adeh.. saya mmg x leh tinggalkan  Nur zara wpun sesaat. mmuahh


Anak daddy..

Okay.. nak tdo.. tata ..ada sapa2 nak kim slm kat Nur zara? hehe

Tuesday, August 24, 2010

Welcome...

Alhamdulillah saya dah selamat bersalin...

Introduce.. My lil princess

Baby Nur Zara 2 day..

Baby Nur Zara 1 Days

Nur Zara Muzalifah Binti Mohammad Muzammil

19/8/2010

Berat: 3.15kg

11.37 p.m

Bersalin normal

Wish me selamat Berpantang hehe...

Wednesday, August 18, 2010

8 Ramadhan 1431

Selamat pagi semua.. hehe hr ni saya baru stat keje. 2 hari mc. Saya masih belum ponteng pose. Baby dlm perut seolah2 memahami bulan ni bulan ramadhan. Kadang2 senyap di dlm perut saya. Masa tu juga saya akan pujuk baby  "baby.. sabar eh.. lagi 1/2 jam nak berbuka" dah berbuka baru la dia bergerak2 suka la tu dpt mkn hehe..

Alhamdulillah.. smlm kami berbuka sederhana sahaja. Kuah pejeri, pecal (kalo kat KL dulu panggil gado2), dan saya buat kuew tiaw sup.. simple n mavles. Puas hati buat sendiri. Sbb kita tahu x kan kecewa. Kalo beli kadang2 hampeh.. dan sedikit kuih. Abis licin hehe. X dak isu pembaziran makanan. Kan molek gitu.

ohh saya masih belum ada tanda2 nak bersalin. Makanya saya boleh lagi mkn mcm2. saya sedar skrg idung pun dah kembang semacam huhu.. badan jgn ckp laa. kaki masih lagi bengkak. Kulit di perut pulak gatal2. Sungguh menguji.

Adik ku yg bongsu x abis2 ngan peel dia. Asal balik umah, najihah akan belek2 baju2 baby then lipat. Aduh.. stress kak long tgk najihah wat cam tu. Sabar yeaaa..

Ok la kita tunggu perkembangn baby sbtu ni. appoiment ngan Dr. Chan.. Dr. chan soh saya byk berjln. yess Dr.. sy akan berjln sampai sakit pingang.

Di akhiri.. sesuai ka bw budak2 smyg terawikh. Tidakkah akan menganggu jemaah yg lain.

Friday, August 13, 2010

Hari ke-2 mmg menduga saya :(

Pose hari ke-2 mmg mencabar saya. Dahaga tahap melampau.. lapar pun tahap melampau. 1st day ok la plak. Nak2 baby gerak sakan. Perut saya mengeras ja.

Ngadu kat ummi... di jawabnya "alaaa long buka je, jgn paksa2"
Sms kat abg... di balasnya "Syg buka ja, jgn tahan2"

Eh.. sorry saya kuat tauuuu. Lagipun saya n baby dah janji sama2 nak pose hehe.. Alhamdulillah saya dpt jugak bertahan sampai 7.30 p.m.

Bila berbuka ja.. saya mkn tanpa bercakap.. mkn dah x tgk sapa2 hahaha. Angah n awie x abis2 ketawakan saya. Cisssss geram saya. Hari2 saya jd bahan ketawa budak2 tu.

Hey angah.. awie.. korang x rasa apa yg kak long rasa. Meh letak batu kat perut korang. Baru tau. eeeiii geram oooh ngan adik2 saya yg sengal tuhhh..

Wednesday, August 11, 2010

Hari ini..... 1 Ramadhan 1431 :)


Nampak x anak bulan tu hehe Ramadhan yang dinanti kini tiba lagiiiii. Saya pose tau .. wpun pregnant. 1 st time dpt pengalaman cam gini. Selagi boleh saya akan pose. Sy rasa baby dlm perut pun nak saya pose hehe.. sbb dia tau mommy dia malas nak ganti.Wah pecah rahsia.

Khas wat rakan2 blogger n silent rider (eceh ada ke? ada kan? haha...):-

Kian berlabuh tirai Syaaban
Lambaian Ramadhan kian dinanti,
Luhur hati ikhlas amalan,
Semoga segala ibadat Allah berkati,
Selamat menyambut Ramadhan

Friday, August 6, 2010

Dapat ketam yayy!!

Hari ni dpt ketam yayyyy. 2 hari lepas kak su bw udang. Ketam x dak. Frust la jugak. Ya.. saya beli dari Kak su. Laki dia dah tuka dr usahawan pertanian ke laut plak.

Sbg opismate saje sy nak supoort. Pesan la udang n ketam. Kak su punya la risau x dpt ketam. Terus cal saya " Fara.. jgn beranak lagi nnti jumaat kak su bw ketam" hahahaa  

Pg ni nmpak je ketam di pantry, terusss msg kat ummi " mlm ni kita masak ketam"

Okayy baby mlm ni kita makan ketam lemak cili padi dengan nenas (sambil usap2 perut :)).

Nyum..nyum

Selamat bercuti



Babai dari jauh


Hari ni opis kosong hehe.. eh x saya ada. Kat kaunter adalah staf sorang. Tp x digalakkan anda tipon opis saya sbb nnti sy yg kena angkat. Ni pun saya dah diserang ngan panggilan2 org luar. Byknya pertanyaan. Adeh.

Semua staf bahagian HEA ada family day di Pulau Pangkor. Ni la nasib mak buyung kena tinggal huhu..

Selamat jalan dan selamat pulang semua staf HEA. Jgn sonok2 sgt. Saya dah pesan ole2 kat Irah. Jgn dia lupa sudah.

Sok pagi saya ada cek up ngan Dr Chan. X sabar nak tau perkembangan baby. Berat baby dah bp la skang. Sbb bila berjalan rasa berat sgtttt. Perbualan saya ngan hubby pun asyik baby.. baby. Abg x sabar yeaa.. tp saya yg takut. huhu

Thursday, August 5, 2010

" Mama.. saya lapar"

Selamat pagi semua.. amacam keje di opis? Saya sekarang cbuk siapkan fail2 sebelum bersalin. Mana tau minggu dpn saya bersalin.. x la teringat sgt keje di opis. Baru la rasa bahagia duduk ngan baby.

Saya bila duduk sorg2 mesti terpikir.. mcm mana la nak mencorak anak saya bila lahir nnti. Semua ibu nak anak cemerlang.. Nak wat terbaik untuk anak. So.. saya mula la mencari buku2 berkaitan hal anak2, termasuk la penjagaan anak selepas lahir.

Salah satu buku yg sy baca ialah Wardina Safiyyah, Mama.. saya lapar. Enjoy sgt baca buku Wardina. Selepas pelancaran buku Wardina saya terus dptkan di pasaran. Susah jugak nak cari buku Wardina ni. Sampai saya ke Border, Queensbay cari. Buku ini sangat berguna untuk para ibu di luar sana untuk dijadikan panduan mengenai pengalaman pemakanan berkhasiat.

Terutama tips bagaimana untuk mengatasi masalah anak-anak cerewet memilih makanan, cara nak ajar anak makan sayur. Selain menerangkan tentang penyusuan susu ibu, Wardina juga menceritakan tentang pengalamannya apabila menghadapi anak yang sedang sakit. Tak lupa juga ada resepi menarik untuk dicuba tau!.

Salah satu yg Wardina tulis, jgn bg anak mkn junk food. Ya!  saya ada pengalaman pasal junk food nih pada adik bongsu saya. Saya dan family dah pakat x mau ajar adik bongsu saya Farhah Najihah mkn junk food. Hasilnya Najihah sampai sekarang memandang pelik sapa2 yg mkn keropok. Najihah pun alhamdulillah cemerlang dlm pelajaran. Baru2 ni trial Najihah dpt 4A 1B. kaklong, ummi, abah, angah n lain2 sentiasa mendoakan kejayaan Najihah. (hanya dia sorg yg masih sekolah punn)  pasti Najihah akan dpt 5A. Amiiinn. Caiyok!

Ok lahh.. tunggu apa lagi dptkan di pasaran. x rugi kalo beli. Ohh next week dah masuk bulan Ramadhan. x sabar rasanya. Mcm mana persiapan korang. Sy x de pengalaman berpuasa semasa mengandung nih. Mcm mana la yea.. ermmm..



Monday, August 2, 2010

Bila dah rinduuuuuuuuu...

Kalo cite pasal rindu mesti la kat hubby sy yg sorang ni.. Lately ni sy mcm perlu perhatian yg lebih dr suami. Pantang lambat hubby reply siap la dia kena marah ngan sy hehee. Kadang kala dah mcm kebudak-budak dah. Bertuah la korang yg ada hubby di sisi. So hargai lah. eceh.. Dan mulalaa kami asyik sent MMS haha.. mcm2 sy nak tunjuk kat dia. kaki saya yg bengkak pun sy sent. Suatu mlm...

me: abg.. rindu kat syg x...
Abg: rindu laaa
me: kalo cam tu abg rindu balik sekarang jugakkkkkkk
(Saya dah stat wat perangai mcm budak2)

Abg: Mana boleh abg kat sini keje.. nak bg duit  kat syg lg (see... hubby pujuk pun mcm budak darjah satu hahaha). Nnti abg balik laa. tiket pun dah beli. x lama dah punnn.

(Bila dgr nak cari duit teruss...)
me: ok laaaaaaaa.. sory la syg rasa lambat sgtt

sy rasa tiap kali hubby fon.. tiap tu la sy soh dia balik. hee

Oh ya.. kandungan saya dah masuk 36 minggu. Sy kerap nak mkn. Asyik lapoorr ja. Mlm pun tdo susah. Pusing kanan pusing kiri. Semua serba x kena. Baby pun makin padat dlm peyut. Sy rasa ni simptom biasa bg trimester akhir. Saya harap baby sihat.. sempurna di dlm. amiiiiiiiin

Friday, July 30, 2010

Banyaknya produk di pasaran ya..

Hari ini hari Jumaat. Tu tandanya esok kita cutiii hehe. Pagi ni x dpt join ngan member pegi tazkirah kat CITU. Di sebabkan keadaan saya yg sarat. Jalan pun dah slow tahap melampau hehe. Jeles tau member pegi. Oh ya.. sekarang saya dah start survey produk berpantang. X beli lagi pun. Just nak tgk2 produk di pasaran. Saya x pikir sgt pun. Cuma disebabkan ummi yg terlalu komited pasal benda2 pantang nih  so.. saya pun nak tau skit2. Search di tenet. Sekali omak aiii byk ya.. antaranya

- jamu mak dara
- leesa formula
- nona roguy
- sendayu tinggi
- salindah

Korang berpantang mkn apa eh.. berkesan x??  Kalo mkn panas x? kongsi la.. 

Thursday, July 29, 2010

Trimester akhir: 35 minggu

Minggu 35 :


Hai mommy!! Umurku 33 minggu sekarang. Panjangku 45 cm dan berat badanku 2,2 kg. Aku akan berkonsentrasi meningkatkan berat badanku sekarang. Tinggal 5 minggu lagi!
 
Berat janin sekarang mencapai 2,2 kg dengan panjang total 45 cm. Sebagian besar organ janin sudah sempurna saat ini, janin akan berkonsentrasi untuk meningkatkan berat badannya di minggu terakhir kehamilan. Bila janin Ibu laki-laki maka testisnya sudah berada di kantung skrotum sekarang (kantung zakar).



Ibu :

Pengukuran rahim dari pusar berkisar 15 cm dan pengukuran dari simfisis pubis sampai bagian atas rahim mencapai 35 cm. Ibu mungkin mulai merasakan peningkatan dari frekuensi berkemih. Hal ini dapat terjadi kerana janin yang semakin besar mulai menekan kandung kemih. Kurangi minum sebelum tidur dapat membantu mengurangi frekuensi berkemih di malam hari. Produksi ASI di payudara Ibu dapat menyebabkan sedikit rembesan yang disebut kolostrum. Mulai minggu ini, Ibu akan diminta untuk datang kontrol 1 minggu sekali. Saat ini juga merupakan saat yang tepat untuk membicarakan rencana persalinan bersama pasangan dan dokter Ibu.



Persiapkan barang-barang yang akan dibawa apabila Ibu akan bersalin nantinya dan tentukan hospital dimana Ibu akan melakukan persalinan (lengkap dengan rute menuju rumah sakit tersebut). Jangan lupa untuk selalu makan dengan frekuensi yang teratur dan mempersiapkan makanan kecil untuk tenaga Ibu. Di saat persalinan nanti Ibu akan membutuhkan seluruh cadangan glukosa untuk mengedan.
 
 

Thursday, July 8, 2010

Saya dah raya dulu..

Helloooooooooo.. mesti terkejut kan. Raya apa laa tu.. Semalam Pulau pinang cuti sempena ulang tahun pengisytiharan bandar Gorgetown sebagai tapak warisan dunia UNESCO. Dan aktiviti sy semalam ada lah mkn.. mkn dan mkn hahaha . Saya tingin nak mkn ketupat ngan serunding. Maka semlm adalah hari yg terbaik tuk tunaikan hasrat sy. Mangsa saya adalah ummi n mak teh hehe. Nak bg meriah ya la kata nak wat mcm raya saya panggil sepupu2 saya haha.. sama-sama balut ketupat. Tp dgn daun pisang jaa.. mmg meriah kat umah tok saya. Ya la raya taun ni kan saya berpantang. So.. saya nak raya awal heehe. Ketupat n serunding Mak teh mmg terbaikkkkk.. puas dpt mkn.


Selain serunding daging.. mak teh wat gulai ayam. Kata ramai... penuh kuali tuu

Ptg lak.. mak buyung ni x dok diam weyyy haha kan saya kata cuti penuh aktiviti mkn. Saya tingin nak mkn rojak tonggek kat Bagan. Sebbaik kedai buka. Sampai2 ja mmg ramai yg tgh bertonggek. Ishk malulah mkn dlm keadaan cam tu. Kami tapau then terus mkn di rnr Bagan. Di sana pun sy ramai org. may be sbb cuti.


Mak buyung yg hepy dpt besrsantai di tepi pantai. Dah lama x dgr bunyi pantai. Nyamannnn ja.


Sambil duduk2 mkn saya perhati kaki. ohhh makin membengkak huhu.. kaki sy start membengkak masa kandungan 5 bulan tau! awalkan.. Ekceli byk pic. Tp di camera ummi. Later sy upload. Skang sy tingin nak mkn bubur lambuk haha ummi jgn lupa buatttt hehehe.

Tuesday, July 6, 2010

olololo.. comei sgttttttttttttttt


Saja tempek gambar baby.... comeiiiiiiiiiiiiiiiiii kan??? aduhai..
Baby baru lepas mandi hehehe


Wednesday, June 30, 2010

Tag Kak Riena..

Hohoho saya ada 3 tag yg masih belum dilangsaikan. So ptg ni nak kurang kan jumlah tag. Tag ni dari Kak riena.. sory kak terlambat skit. Ntah2 tuan punya pun dah lupa. huhu. Opis masih cbuk ngan pendaftaran pelajar baru.. Semester ni 3000 lebih pelajar baru. Fuh mmg ramaiii. Jenuh la kami nak layan karenah2 budak2 nih..

Jom kita tgk soalan2nyaaaa..

1) Apa yang bermain di fikiran you all sekarang?


:: Ingat balik nnti nak makan salad… rebus ubi, boh salad, kalo ada carrot dalam peti ais bleh la letak last boh thousand island. Then tabor pasli. Pas tu nak minum fresh milk wahhhh sedapnya. Hahaha otak aku nak mkn ja..



2) Apakah nama samaran you all?

:: Dari sekolah org call me Farah..



3) Berikan 3 orang you all syg:

:: My lovey dovey familia.. My buddies n sepupu papat..



4) Panggilan untuk si dia:

:: abang ermm kalo nak kan sesuatu darlinggggggggg.. kehkeh



5) Hadiah yang you all impikan dari seseorang yang istimewa:

:: I nak gi Perth, Australia. Dah gtahu. X tau la dia ingat saya main2. Sungguh saya nak pegi laaaa



6) Blog mana yang you all suka visit:

:: mama blog.. nak tau experience org bersalin, jaga anak... N onother all my fren blog list.. I visit.. ya la nak tau perkembangan semasa dorang.



7) Tag kan kepada 15 org blogger yang you all rasa menarik:

:: hah selalu saya yg terkena. Now nak kenakan jeng2 :



irah

Daniamy

Kak ina (Keranamu aku disini)

Eqen (my life)

Riy (Aku Gadis Ikan)



Hehe.. kawan-kawanku sekalian.. sila jawab ya! I tungguu..
Pesan saya.. HADAPI DENGAN SENYUMAN kehkeh



terima kasih.



Saturday, June 19, 2010

1906

Saja nak ada entry tarikh 1906 hehe..Tarikh ni special sempena kelahiran seorg puteri cewah.. yg bernama FARAH WAHIDA hehe.. apa2 pun saya bersyukur di atas nikmat tuhan beri kepadaku. Semoga hidup saya terus cemerlang n gemilang. Dan saya sgt bahagia menjalani kehidupan bersama org2 tersayang.

Seperit mana pun esok....
Senyumlah...
Kerana senyuman itu penawar kepahitan..
Semoga ALLAH mempermudahkan urusan kita esok dan seterusnya...
Amiiiiiiiiiiin

Tuesday, June 8, 2010

Tujuh ayat cinta

Sabda Rasulullah SAW:

Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan..


1. Bismillahhirrahmannirrahim : pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Alhamdulillah : pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.

3. Astagfirrullah : jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4. Insyaallah : jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

5. Lahaulawalaquatai llahbillah : bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.

6. Innalillah : jika menghadapi musibah atau melihat kematian.

7. Laailaahaillallah : bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya.

* Amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah.

Monday, June 7, 2010

Panduan pemakanan hamil saiz XX




Sy kerap di sapa dgn ayat ini.. "Eh fara.. makin berisi laa (maksudnya makin tembam). Aduhai x pasan ke?? Lihat la peyut sy nih. I berisi ada sebab lah! huhu. Of cos lah ada perubahan dr segi fizikal. Sabo je la yeaaa..

Ok la sy x mau bebel2 pjg. Sesiapa yg hamil.. mesti risau pasal berat badan. K.. now nak share tips skit ngan u all. Mana tau berguna tuk anda yg sedang berbadan dua :).


Berat badan ketika hamil perlu dipantau terutamanya bagi anda yang bertubuh gempal. Mahu tahu bagaimana?

Anda dikategorikan sebagai memiliki berat badan berlebihan jika BMI awal usia kandungan adalah antara 25 dan 29.9. Bagi BMI 30 atau lebih anda adalah obes. Walau bagaimanapun, jangan khuatir. Apa yang penting, anda perlu melalui kehamilan ini dengan sentiasa menjaga pemakanan seharian.

Langkah pertama yang perlu diketahui ialah berat badan yang seharusnya anda tambah sepanjang hamil ialah antara 7 - 11kg di akhir kehamilan. Ini bererti setiap bulan, pertambahan berat badan perlu berada di antara 0.9 - 1.3kg sahaja terutamanya di trimester kedua dan ketiga. Bagi yang obes pula, pertambahan adalah antara 5 - 9kg.

Sementara itu, anda mungkin ingin mengehadkan pemakanan sehingga melampaui batasan semata-mata mahu menjaga purata pertambahan berat badan. Usah berbuat demikian! Amalan itu berpotensi memberi bahaya kepada anda dan bayi.

Dalam trimester pertama, adalah normal jika berat badan berkurangan.Ini kerana anda mengalami morning sickness. Loya yang dialami sering mematikan selera makan manakala kekerapan muntah menyebabkan kalori yang diambil berkurangan. Namun, jangan risau. Bayi anda tetap mendapat zat pemakanan yang diperlukannya untuk membesar.

Dia mendapat keperluannya menerusi simpanan kalori dalam lemak yang disimpan oleh tubuh anda. Jadi, biarpun anda mengalami sedikit penurunan berat badan pada trimester atau mengekalkan berat badan sedia ada, tiada apa-apa yang perlu dibimbangkan.

Strategi utama anda kini ialah makan secara sihat dan cuba untuk kerap melakukan senaman setiap hari. Belajarlah untuk makan secara seimbang. Paling penting, jangan lupa untuk minum air mencukupi setiap hari. Lakukan senaman secara tetap tetapi pastikan ia bersesuaian dengan keadaan anda kini. Antara jenis senaman yang digalakkan ialah berjalan, berenang dan aerobik. Walau bagaimanapun, anda perlu berbincang dengan doktor terlebih dahulu sebelum memilih apa-apa jenis senaman.
Makan secara sihat

Kehamilan merupakan masa penting untuk menjaga pemakanan. Apa yang bakal anda makan akan disalurkan kepada bayi. Malah, keperluan nutrisi anda pun penting agar mampu menyokong perkembangan bayi yang sihat. Walaupun bertubuh besar, ini bukan masanya untuk anda berdiet. Untuk itu amalkan panduan berikut untuk memastikan anda kekal sihat sepanjang kehamilan.

1.Ambil sarapan

Hari anda perlu dimulakan dengan sarapan yang sihat. Sarapan yang mengandungi protein, lemak, karbohidrat dan serta akan membuatkan anda kekal selesa sepanjang hari.

2.Makan sedikit

Makanlah dalam jumlah yang sedikit tetapi pastikan anda selangkan dengan snek di antara waktu makan. Sebaik-baiknya makan 6 kali sehari berbanding hanya makan tiga kali waktu makan utama.

3.Protein

Pastikan dalam setiap hidangan mengandungi protein dan elakkan makanan yang dihasilkan daripada gula halus atau tepung putih. Dengan cara ini, ia berupaya membantu menstabilkan paras gula dalam darah dan mengurangkan rasa lapar.

4.Buah dan sayur

Tambahkan kreativiti dalam menyediakan hidangan buah dan sayur. Masukkan parutan lobak merah di dalam telur hancur atau taburkan hirisan zucchini atau timun di dalam sandwic. Potongan kecil epal, sayur-sayuran pelbagai warna pula sangat enak jika dijadikan salad.

Thursday, June 3, 2010

Tick tock... Tag!!!!

Wahh.. dah lama x dpt tag. Sekali dpt.. fuhhh mmg mencabar. Tp dun wory la mesti bleh jwb nya. Tag ni dr Daniamy. Masa saya jawab tag ni buat sambil gelak2 haha.. gasak la ko amy.. janji saya jwb. So hope amy tima la yeaaa. If x jupa sila google kkkkkk hehehe


So.. ni rules dia.. amboi kunun2 nak bg susah la tu hukhuk


Rules :

It's harder than it looks...Copy to your own notes...
Erase my answers...
Enter yours and tag twenty (20) people...
Use the first letter of your name to answer each of the following questions...
They have to be real...
Nothing made up...
If the person before u had the same first initial, you must use different answers...
You cannot use any words twice...
and
You can't use your name for the boy / girl name question...


1. What is your name : of course my nice name is.. Farah :)

2. A four letter word : Free

3. A boy's name : Farid

4. A girl's name : Faridah.. haha

5. An occupation : Farmer

6. A colour : Floral

7. Something you wear : Flip flops Shoes ahakksss

8. A food : Fried rice

9. Something found in the bathroom : Feminine wash.

10. A place : France

11. A reason for being late : Feeling still 6.00am haha (kiranya rasa hari masih gelap)

12. Something u shout : Fuhhh!

13. A movie title : Ferris Bueller’s Day off

14. Something u drink : Fresh oren

15. A musical group : Feminin haha Ingat x?

16. An animal : Flamingo

17. A street name : Fetter Lane Street (hah tau x kat mn? Kalo korang gi London pasti jupa wakakaka)

18. A type of car : Fair Lady


Mangsa seterusnya.. ooohh sy x kejam. Sapa yg bc this n3 sila la jwb :):)

p/s: amacam Amy... ok la tu. Janji i jwb hahaha

Thursday, May 27, 2010

Saya tgh hepy nih...

hehe.. n3 pun hepy tentu dimulai ngan sengih2 manja saya. haha. Apa sgt la yang saya suka tu.. First skali esok suami tercinta ku nak balik dah. Waahhh rinduu tau.. eceh. Siap gtahu kat husband " abg.. nnti syg kemas beg nak ada present" sengih ja laki ku tu.. serius tau. x mau kecewa bila buka beg dia heh.

Bulan 6 sudah tentu padat dgn mcm2 acara. Kenduri pun banyak. Nampaknya badan saya akan dipam-pam ngan lauk2 kenduri ayam n daging. Nak kena behave next week ada check up lagi. Bulan ni makin kerap. Lg pun kandungan saya nak masuk 7 bulan. Cepat sungguh masa berlalu. Dan saya sgt hepy dgn gerakan strching baby dlm perut. X sabar nak main ngan mumy la tu. Sabar yea baby hehe. Ok la selamat bercuti ya. daa :) :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails