Thursday, November 26, 2009

Tips after akad


Ok2 biar sy abiskan bout akad.. before n during sy dah bg.


N now.. after akad. Jom baca2 sama2.


Selepas akad nikah :


1. Penyerahan mas kahwin dan wang hantaran.
Kadang-kadang, ada jugak ayat yang nak kena sebut masa ni. Ikut je lah apa tok kadi kata. Lepas tu, sah-sah kena posing lama sikit untuk diambil gambar. Kenalah pandai berlakon sikit-sikit, ok.

2. Upacara pembatalan air sembahyang.
Mintak tolong pengapit siap-siap pergi ambil cincin/gelang/rantai yang nak digunakan dalam upacara ni. Kalau sarung cincin takde masalah rasanya. Cuma kalau nak sarung rantai leher atau gelang tangan, pesan siap-siap kat pengantin lelaki kamu tu, suruh dia berlatih dulu pakaikan kat mak dia ke. Takdelah sejam haa orang tunggu sebab terkial-kial tak reti nak cangkukkan rantai atau gelang tu nanti :p

3. Bersalaman + cium tangan suami.
Ni lah yang dinanti-nantikan kamu semua, kan? Eleh, malu-malu tak nak mengaku pulak. Memang saat paling syahdu, gitu! Salam tangan macam biasa dan ciumlah. Dah kata suami. Kenalah cium tangan dia :p Masa ni pun sama. Orang akan buli suruh cium lama sikit sebab nak ambik gambar. Apa boleh buat. Layankan aje. Yang penting gambar cun, kan.

4. Cium dahi.
Yang ni buat kalau ada orang suruh je, ok. Jangan nak pandai-pandai buat. Nanti dikata gelojoh pulak. Tapi, kalau memang dah mengidam nak buat jugak, setkan awal-awal, cakaplah kat pengapit ke, makcik saudara ke, suruh diorang cakap nanti. Konon-konom macam diorang yang suruh la :p Ni pun, nak kena suruh pengantin lelaki berlatih jugak. Suruh lah dia cium bantal tiap hari. Tak nak lah buat muncung itik pulak nanti. Cacat gambar, kamu jugak yang menyesal tak sudah.
Cara-caranya? sebelah tangan pegang bahu pengantin perempuan, sebelah lagi pegang dagu dia. Saling memegang tangan satu sama lain pun boleh. Barulah dapat cium kat dahi isteri. Bukannya cium tudung macam Mawi dengan Ekin dulu :p

5. Bersalaman dengan ahli keluarga.
Tang ni pun ada protokolnya. PENTING! Hati orang tua kan sensitif. Kita kenalah berhati-hati. Lepas selesai semua, pengantin lelaki akan diminta untuk membawa pengantin perempuan untuk bersalaman dengan ahli keluarga dan semua hadirin. Mulakan dengan wali, mak ayah sebelah perempuan atau mak ayah sebelah lelaki. Tak kira lah berapa jauh pun diorang duduk antara satu sama lain, bawak pengantin perempuan pergi jumpa dan salam mereka dulu. Lepas tu, barulah salam yang lain-lain.


Lepas baca, jangan lupa sampaikan kat bakal pengantin lelaki. Biasalah, orang lelaki mana suka nak baca benda-benda macam ni. Selaku bakal pengantin perempuan yang dedikasi, kitalah bertanggungjawab untuk memberitahu. Biarlah dia nak kata leceh ke apa, yang penting, majlis kita nanti berjalan dengan baik tanpa sebarang rasa tak puas hati mahupun kontroversi =)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails