Wednesday, November 11, 2009

Berinai / Henna

Suatu hari (cewahhh) Ummi bersuara "Long bila nak stat cuti kawin" , "ntah.. b4 akad la kot, nape?" "nak tanya la nak pakai inai kat long" terus sy jwb " APA? inai.. eh nak kena pakai ke? x payah la kot" haha terus ummi jwb "cam tu x nmpak mcm kawin" haha tu la ummi sy.

Serius sy x ingat langsung bab2 tuh.. nak harap sy nak wat design mcm pic atas. Jgn harapppp haha. Gila ahh nak dtg keja nnti tgn mcm tu. But sy dah maklumkan ummi. Pakai inai yg biasa sudah lerr.. Kalau pengantin x pakai inai, orang keliru pulak yg mana pengantin yg mana pengapit. Betul x??

Trend zaman skrg. Org suka buat ukiran inai. Pergi kedai, kadang-kadang upah mengukir boleh cecah RM 50 sebelah tangan. Kalau dah memang ada bakat semulajadi melukis, boleh la lukis sendiri. Jimat. Tak tahu nak lukis corak macam mana pun, tak jadik masalah rasanya.

Nak ulas pasal hukum-hakam pakai inai berukir ni, saya bukanlah orangnya. Nak kena rujuk pada yang pakar lah. Kalau tanya sy, prinsip sy mudah je. Kalau setakat buat suka-suka, takde masalah rasanya. Yang penting niat. Tp kalau sy kiranya nak memenuhi permintaan ummi hehe.

Dlm kes sy.. i just wat syarat, Pakai 10 jari tanpa ukiran hehe.. Pengantin lelaki, manis pakai kat tiga jari hujung je kot. Mula dari jari tengah hingga jari kelingking. Pakai belah kanan je pun jadik lah. Bagi nampak sikit seri pengantin tu, kan. Saya kurang berkenan sikit kalau pengantin lelaki pakai inai penuh sepuluh jari. Nampak macam kurang maskulin gitu. hehe. My michale x tau la.. ntah2 x pakai langsung. Cos.. kami dua2 jenis simple n easy hehe..

2 comments:

زاريرح زبيدي said...

wah..wah..wah..xlama lagi kwkku sorg ni dh nk jd isteri orang..selamat melayari alam perkahwinan ya..semga berbahagia selalu n tabah menghadapi apa jua rintangan..rs cm xleh ja pi knduri...ya la..kn kita sama tarikh.abg aku kawin..huhahaauaahau....semakin berseri la...hahahaha..kn nk jd ratu dh,,pas ni..ratu kpd raja men..(xtau nm betoi men pa)hahaahaha...

Mommy Nur Zara said...

hahaha tenkiu.. x best ang x mai. Nak wat cam na Yeaaa suka ayat akhir tu ratu kpd raja men hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails