Hai all... sejak2 saya nak kawin nih.. ramai plak member saya bg tip2 perkahwinan. Wah baru terasa macam nak kawin hehe.. but ilmu kawin ni penting what.. so saya nak kongsi2 ilmu kahwin ni ngan kawan-kawan. Tuk saya jugaaaaaaaaaaa..
Cadangan Dr. Fazilah ;
1) Lagi bagus kalau dapat duduk rumah sendiri.Lebih-lebih lagi, kalau pengantin baru sebab baru nak pupuk kemesraan antara satu sama lain. Kalau ada ahli keluarga terdekat tinggal bersama, mesti lah ada rasa segan dan kekok bila nak bermanja-manja.
2)Lagi pulak, bila dapat suami yang punya ego tinggi.Tak suka tunjuk kasih sayang kat isteri depan orang lain.Tak nak dikata sebagai mat bunga, jiwang, geli-geleman dan sebagainya. Memang kecik lah hati isteri tadi.
Tapi, kata Dr. Fazilah, duduk dengan ibu pun tak jadi masalah.Lagi besar pahalanya.Cuma, antara suami isteri, perlu ada komunikasi.Isteri perlu cakap dengan suami yang dia suka dibelai dan dimanja, tak kiralah kat mana-mana, depan siapa pun. Tapi, takdelah bermanja sampai tahap melebih-lebih, kan.
3) Sambil menonton Tv, isteri boleh baring atas riba suami. Kalau ibu tegur, tak manis ke, macam miang je kamu berdua, balas balik, ini sunnah Nabi, ibu. Nabi dulu selalu baring atas riba isteri kalau nak bermanja dengan isterinya.Kalau dah dikata sunnah Nabi, takkan lah ibu nak tuduh macam-macam lagi, kan?
4) Semasa tidur malam, pegang tangan antara satu sama lain.Gugur dosa antara keduanya.Amalkan jugak tidur berkongsi satu selimut dan tidak memakai apa-apa dibawahnya.(Dr. Fazilah yang cakap, ye. :p)
5) Kalau bergaduh, jangan memaling muka daripada suami semasa tidur. Hadap jugak.Tak kiralah muka monyok macam mana sekalipun.Kalau boleh, tetapkan peraturan, solat berjemaah dan makan bersama-sama, sekurang-kurangnya sekali dalam sehari. Selain tu, mandi bersama-sama pun boleh dijadikan sebagai rutin untuk eratkan lagi hubungan antara suami isteri.
6) Isteri perlu sentiasa berhias dan berwangi-wangian untuk suami. Bukan setakat keluar rumah je baru nak melawa.Kalau isteri dah pakai lawa-lawa, jangan lah buat tak tau aje,pujilah dia cantik, dia lawa.Suami jugak tak terkecuali.Jangan dok sarung kain pelekat dan baju Pagoda je 24 jam.Macam mana lah isteri nak tergoda.
7) Pulang dari kerja, terus peluk dan cium isteri.Sentuhan itu bagaikan satu terapi. Nescaya, penat lelah kerja akan hilang serta-merta. Belajar lebih banyak mendengar daripada bersuara sebab perempuan ni lebih suka kalau suaminya mendengar masalah dia.Cuba bahagiakan isteri dengan sekali-sekala membantu buat kerja-kerja di dapur, masak untuk isteri, sidai kain baju.Ingat tarikh-tarikh penting kamu berdua dan belikan hadiah.Senyum lebar sampai telinga lah dia.
8) Paling penting, sentiasa ucapkan kata-kata cinta dan rindu macam zaman bercinta dulu setiap hari. Orang perempuan memang suka.Lebih-lebih lagi kalau dah bertahun-tahun berumahtangga.Lagi lah dia nak dengar kata-kata yang suami sayang dia,kalau boleh tiap saat, tiap ketika. Walaupun dia tak beritahu, tapi dia mahu sebenarnya. Bukan susah sangat pun nak goda isteri, kata Dr. Fazilah lagi.
Wahh.. my michale pun kena baca nih.. :) Insyaallah sy akan ikut tip ni hehe (yg mana bab pompuan je la yea)
4 comments:
harap2 tips ni berguna n digunakan ms kawin ya..jgn x ikut plak..hahhaahah...yg baik ikut..x baik tu..pandai2 ejasla no :)
oit..lupa nk komen..pic tu seksi sgt la..gatainya hg ni..huahauahahauaah...18sx,sg,apa pa ja lah...kuakauakau...jgn marah aa
oitt.. n3 ni mmg 18sx.. xkan aku nak boh pic kanak2 kottt hahaha
wakakakakakka..farah dh gatai...hahahaha..ops.tlebih sudah...
Post a Comment