Monday, April 16, 2012

Penangan air tangan Ummiku

Di opis.. Bila time rehat tengahari.. aku kerap disoal oleh kawan2. kenapa tak makan nasi farah??

Ye.. ye.. jarang la aku nak makan nasi tengahari. Kecuali aku lapar sangat2. Tapi jangan tertipu.
Balik ke rumah amik zara.. langkah masuk rumah ummi aku dah bau harum haha..terus tewas dengan masakan ummi. Kadang2 bertambah2 haha. Ummi memang hebat dalam masakan.

Itulah kuasa air tangan  ummi..  
Percayalah seorang anak akan sentiasa merindui masakan ibunya jika terpisah sekian lama. Rindu masakan ibu yang sukar ditandingi. Walaupun si anak mungkin pernah menjamah makanan yang lebih mahal, eksotik dan sebagainya tetapi manakan sama masakan ibu. Betul tak angah? (kerap mkn mewah di luar.. last2 balik umah makan lagi hehe).

Bila ummi dah masak siap. kami akan berkumpul adik beradik. Aku rasa itulah saat indah kami. sambil makan kami akan berbual hal masing2. Hampir setiap hari kami begini. kecoh ngan zara makan tumpah. Dia pun nak berebut amik. Memang kecoh.

so.. jom tgk masakan ummi. hampir setiap hari kami mkn. Goodbye.. pizza hut.. gud bye kenny. hehe

Heaven on earthhhh


salad dan mushroom sup


Pizza hut ummi.

sayur.. wajib. feveret adik2

bubur nasi.. aku punya. licin

Puding peach

roti

Kek kurma zara.. mmg heavennn.. dpt tempahan paling banyakk. sapa nak?? hehe

kenny rogers ummi minggu lepas. yummmyyy!



Jadi, air tangan pada hakikatnya ialah aliran kasih-sayang semasa ibu memasak untuk anaknya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails