Sunday, August 29, 2010

Nur Zara dah botak..

Ptg smlm Nur Zara dah selamat cukur rambut.Kelakar lak tgk face Nur Zara botak. Lewat skit  cukur sbb Nur Zara masuk wad demam kuning.

Sampai hari ni kuning Nur Zara ada.. risau saya. Doakan Baby Nur Zara Sihat ya!

Oh ya.. hari ni Nur zara DAH MASUK HARI KE 10. Hampir setiap hari org dtg melawat Nur Zara. Terima kasih yg datang. Kwn2 opis, (kak riena thanx dtg smlm!) kwn2 ummi, n jiran2 dll.
ok nak out.. nak tgk Nur zara kat depan. byee.. selamat berbuka nnti! :)

Psst.. ayah Nur zara nak terbang ke Miri ptg ni.. so saya dah x dak broadband.. x dptla nak update dah huhu.

Thursday, August 26, 2010

1 st time mengurut..

Pagi ni first day saya mengurut. Gila sakit aaarrrrrrrrrrr
X sangka badan saya byk angin. Terutama bhgn kaki. That's y.. kaki saya bengkak masa pregnent.

Masa mak cik naina ka apa nama dia.. lupa, sentuh ja terus saya mengerang sakit.
Saya mcm nak sepak ja mak cik tu.. tp dgn pgalaman yg dia ada, mak cik tu berjaya mengawal saya.

Sambil mengurut mak cik tu bg ceramah laa. Katanya kita org pompuan kena jaga. Terutama bhgn lutut n peranakkan kita. Bila dah tua ini la yg sakit. Okkkkkkkkkk . Saya mengangguk sambil mengerang kesakitan. Tapi lepas abis ngurut.. rasa ringan.

Sok continue lagi. Mak cik tu nak dtg awal la plak. Ni yg maleh huhu..

Wednesday, August 25, 2010

Muzammil & Muzalifah

Hola.. hari ni saya berpantang dah masuk hari ke 7.. saya hanya menurut perintah ummi. Menu hr ni ikan haruan n daun pegaga. tu la menu saya.. tp saya layannn. Satu pengalaman yg besar sy pakai kain batik n stokin spanjg masa. Gila terseksa jugak rasanya.Sambil berharap cepatlah tempoh pantang ni berakhir..

ohhh Skrg kami ada hobi baru... suka bertenggek tepi baby Nur Zara.. hehee
Then hubby n saya akan tgk setiap pergerakan Nur zara.
Bayangkan hubby nak baca suratkhabar pun nak bertenggek tepi Nur Zara

Pas tu mula la..

saya: Eh.. eh.. Zara cebik mcm abg la
Abg: Eh.. eh dagu dia double chin mcm syg.
     Syg.. tdo mcm ni la..
haha..

adeh.. saya mmg x leh tinggalkan  Nur zara wpun sesaat. mmuahh


Anak daddy..

Okay.. nak tdo.. tata ..ada sapa2 nak kim slm kat Nur zara? hehe

Tuesday, August 24, 2010

Welcome...

Alhamdulillah saya dah selamat bersalin...

Introduce.. My lil princess

Baby Nur Zara 2 day..

Baby Nur Zara 1 Days

Nur Zara Muzalifah Binti Mohammad Muzammil

19/8/2010

Berat: 3.15kg

11.37 p.m

Bersalin normal

Wish me selamat Berpantang hehe...

Wednesday, August 18, 2010

8 Ramadhan 1431

Selamat pagi semua.. hehe hr ni saya baru stat keje. 2 hari mc. Saya masih belum ponteng pose. Baby dlm perut seolah2 memahami bulan ni bulan ramadhan. Kadang2 senyap di dlm perut saya. Masa tu juga saya akan pujuk baby  "baby.. sabar eh.. lagi 1/2 jam nak berbuka" dah berbuka baru la dia bergerak2 suka la tu dpt mkn hehe..

Alhamdulillah.. smlm kami berbuka sederhana sahaja. Kuah pejeri, pecal (kalo kat KL dulu panggil gado2), dan saya buat kuew tiaw sup.. simple n mavles. Puas hati buat sendiri. Sbb kita tahu x kan kecewa. Kalo beli kadang2 hampeh.. dan sedikit kuih. Abis licin hehe. X dak isu pembaziran makanan. Kan molek gitu.

ohh saya masih belum ada tanda2 nak bersalin. Makanya saya boleh lagi mkn mcm2. saya sedar skrg idung pun dah kembang semacam huhu.. badan jgn ckp laa. kaki masih lagi bengkak. Kulit di perut pulak gatal2. Sungguh menguji.

Adik ku yg bongsu x abis2 ngan peel dia. Asal balik umah, najihah akan belek2 baju2 baby then lipat. Aduh.. stress kak long tgk najihah wat cam tu. Sabar yeaaa..

Ok la kita tunggu perkembangn baby sbtu ni. appoiment ngan Dr. Chan.. Dr. chan soh saya byk berjln. yess Dr.. sy akan berjln sampai sakit pingang.

Di akhiri.. sesuai ka bw budak2 smyg terawikh. Tidakkah akan menganggu jemaah yg lain.

Friday, August 13, 2010

Hari ke-2 mmg menduga saya :(

Pose hari ke-2 mmg mencabar saya. Dahaga tahap melampau.. lapar pun tahap melampau. 1st day ok la plak. Nak2 baby gerak sakan. Perut saya mengeras ja.

Ngadu kat ummi... di jawabnya "alaaa long buka je, jgn paksa2"
Sms kat abg... di balasnya "Syg buka ja, jgn tahan2"

Eh.. sorry saya kuat tauuuu. Lagipun saya n baby dah janji sama2 nak pose hehe.. Alhamdulillah saya dpt jugak bertahan sampai 7.30 p.m.

Bila berbuka ja.. saya mkn tanpa bercakap.. mkn dah x tgk sapa2 hahaha. Angah n awie x abis2 ketawakan saya. Cisssss geram saya. Hari2 saya jd bahan ketawa budak2 tu.

Hey angah.. awie.. korang x rasa apa yg kak long rasa. Meh letak batu kat perut korang. Baru tau. eeeiii geram oooh ngan adik2 saya yg sengal tuhhh..

Wednesday, August 11, 2010

Hari ini..... 1 Ramadhan 1431 :)


Nampak x anak bulan tu hehe Ramadhan yang dinanti kini tiba lagiiiii. Saya pose tau .. wpun pregnant. 1 st time dpt pengalaman cam gini. Selagi boleh saya akan pose. Sy rasa baby dlm perut pun nak saya pose hehe.. sbb dia tau mommy dia malas nak ganti.Wah pecah rahsia.

Khas wat rakan2 blogger n silent rider (eceh ada ke? ada kan? haha...):-

Kian berlabuh tirai Syaaban
Lambaian Ramadhan kian dinanti,
Luhur hati ikhlas amalan,
Semoga segala ibadat Allah berkati,
Selamat menyambut Ramadhan

Friday, August 6, 2010

Dapat ketam yayy!!

Hari ni dpt ketam yayyyy. 2 hari lepas kak su bw udang. Ketam x dak. Frust la jugak. Ya.. saya beli dari Kak su. Laki dia dah tuka dr usahawan pertanian ke laut plak.

Sbg opismate saje sy nak supoort. Pesan la udang n ketam. Kak su punya la risau x dpt ketam. Terus cal saya " Fara.. jgn beranak lagi nnti jumaat kak su bw ketam" hahahaa  

Pg ni nmpak je ketam di pantry, terusss msg kat ummi " mlm ni kita masak ketam"

Okayy baby mlm ni kita makan ketam lemak cili padi dengan nenas (sambil usap2 perut :)).

Nyum..nyum

Selamat bercuti



Babai dari jauh


Hari ni opis kosong hehe.. eh x saya ada. Kat kaunter adalah staf sorang. Tp x digalakkan anda tipon opis saya sbb nnti sy yg kena angkat. Ni pun saya dah diserang ngan panggilan2 org luar. Byknya pertanyaan. Adeh.

Semua staf bahagian HEA ada family day di Pulau Pangkor. Ni la nasib mak buyung kena tinggal huhu..

Selamat jalan dan selamat pulang semua staf HEA. Jgn sonok2 sgt. Saya dah pesan ole2 kat Irah. Jgn dia lupa sudah.

Sok pagi saya ada cek up ngan Dr Chan. X sabar nak tau perkembangan baby. Berat baby dah bp la skang. Sbb bila berjalan rasa berat sgtttt. Perbualan saya ngan hubby pun asyik baby.. baby. Abg x sabar yeaa.. tp saya yg takut. huhu

Thursday, August 5, 2010

" Mama.. saya lapar"

Selamat pagi semua.. amacam keje di opis? Saya sekarang cbuk siapkan fail2 sebelum bersalin. Mana tau minggu dpn saya bersalin.. x la teringat sgt keje di opis. Baru la rasa bahagia duduk ngan baby.

Saya bila duduk sorg2 mesti terpikir.. mcm mana la nak mencorak anak saya bila lahir nnti. Semua ibu nak anak cemerlang.. Nak wat terbaik untuk anak. So.. saya mula la mencari buku2 berkaitan hal anak2, termasuk la penjagaan anak selepas lahir.

Salah satu buku yg sy baca ialah Wardina Safiyyah, Mama.. saya lapar. Enjoy sgt baca buku Wardina. Selepas pelancaran buku Wardina saya terus dptkan di pasaran. Susah jugak nak cari buku Wardina ni. Sampai saya ke Border, Queensbay cari. Buku ini sangat berguna untuk para ibu di luar sana untuk dijadikan panduan mengenai pengalaman pemakanan berkhasiat.

Terutama tips bagaimana untuk mengatasi masalah anak-anak cerewet memilih makanan, cara nak ajar anak makan sayur. Selain menerangkan tentang penyusuan susu ibu, Wardina juga menceritakan tentang pengalamannya apabila menghadapi anak yang sedang sakit. Tak lupa juga ada resepi menarik untuk dicuba tau!.

Salah satu yg Wardina tulis, jgn bg anak mkn junk food. Ya!  saya ada pengalaman pasal junk food nih pada adik bongsu saya. Saya dan family dah pakat x mau ajar adik bongsu saya Farhah Najihah mkn junk food. Hasilnya Najihah sampai sekarang memandang pelik sapa2 yg mkn keropok. Najihah pun alhamdulillah cemerlang dlm pelajaran. Baru2 ni trial Najihah dpt 4A 1B. kaklong, ummi, abah, angah n lain2 sentiasa mendoakan kejayaan Najihah. (hanya dia sorg yg masih sekolah punn)  pasti Najihah akan dpt 5A. Amiiinn. Caiyok!

Ok lahh.. tunggu apa lagi dptkan di pasaran. x rugi kalo beli. Ohh next week dah masuk bulan Ramadhan. x sabar rasanya. Mcm mana persiapan korang. Sy x de pengalaman berpuasa semasa mengandung nih. Mcm mana la yea.. ermmm..



Monday, August 2, 2010

Bila dah rinduuuuuuuuu...

Kalo cite pasal rindu mesti la kat hubby sy yg sorang ni.. Lately ni sy mcm perlu perhatian yg lebih dr suami. Pantang lambat hubby reply siap la dia kena marah ngan sy hehee. Kadang kala dah mcm kebudak-budak dah. Bertuah la korang yg ada hubby di sisi. So hargai lah. eceh.. Dan mulalaa kami asyik sent MMS haha.. mcm2 sy nak tunjuk kat dia. kaki saya yg bengkak pun sy sent. Suatu mlm...

me: abg.. rindu kat syg x...
Abg: rindu laaa
me: kalo cam tu abg rindu balik sekarang jugakkkkkkk
(Saya dah stat wat perangai mcm budak2)

Abg: Mana boleh abg kat sini keje.. nak bg duit  kat syg lg (see... hubby pujuk pun mcm budak darjah satu hahaha). Nnti abg balik laa. tiket pun dah beli. x lama dah punnn.

(Bila dgr nak cari duit teruss...)
me: ok laaaaaaaa.. sory la syg rasa lambat sgtt

sy rasa tiap kali hubby fon.. tiap tu la sy soh dia balik. hee

Oh ya.. kandungan saya dah masuk 36 minggu. Sy kerap nak mkn. Asyik lapoorr ja. Mlm pun tdo susah. Pusing kanan pusing kiri. Semua serba x kena. Baby pun makin padat dlm peyut. Sy rasa ni simptom biasa bg trimester akhir. Saya harap baby sihat.. sempurna di dlm. amiiiiiiiin

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails