Selamat hari Ibu.. Terima kasih dia atas segala-galanya. Terutama melayan karenah lima adik beradik. Dan mlm smlm kami adik beradik dah beri adiah yg comei2. Harap ummi hepy ngan hadiah kami. Ermm cuma sukar nak cari kad yg tertulis nama Ummi. Semuanya dah diluahkan di dlm kad ucapan tu oleh 5 beradik. Dan Ummi siap tampal di cermin. Ummi la sahabat baikku di dunia dan akhirat. Mmuwah luv u Ummi..
Duhai bonda
Bagai kerdipan lilin yang berkilau, bercahaya
Menggantikan mentari terangi malam nan gelita
Membakar diri pun membeikan cahaya
Membiar diri musnah terleburKorban segalanya penuh rela
Biar dimamah arus usia
Tidak pernah kenal derita
Bagai sungai kasih yang mengalir
Tiada penghentiannya, tak bertebing
Duhai ibunda kaulah anugerah istimewa
Berkorban jiwa raga redahi hidup nan mencabar
Berusaha dan sabar dalam mengharungi derita
Hidupmu penuh ranjau meniti kepayahan yang tiada kesudahan
Tidak sekali mengharapkan dibalasi permata
Cukup engkau rasa bahagia
Lihat anak-anakmu berjayaKau penawar hati duka
Walau hatimu terluka
Engkau ibu engkaulah bapa
Pabila ayah tiada
Hanya Tuhan saja yang dapat membalas jasamu
Kerana Tuhan saja yang tahu penderitaanmu
Wahai bonda
sob.. sob :(
No comments:
Post a Comment