Salmon steak dan sos putih.
2 keping ikan salmon
1 sudu besar minyak zaitun
Secubit garam
Secubit lada hitam
*1 cawan mashed potatoes atau nasi putih
Bahan-bahan untuk sos
2 sudu besar majerin atau mentega
1/2 biji bawang besar (dicincang)
1 sudu besar tepung gandum
1/2 sudu kecil daun parsli kering (herb lain pun boleh)
1 cawan susu segar
Secubit garam
Secubit lada hitam
Cara-cara 1.Sediakan sos dulu: Panaskan majerin dlm periuk kecil, goreng bawang besar sehingga layu. Masukkan tepung gandum dan kacau sehigga tepung gandum melekat kat bawang. Masukkan bahan2 lain, masak sampai didih sambil tu kacau-kacaukan. Matikan api dan diketepikan. 2.Ikan disalut dgn garam dan lada hitam. Gorengkan dgn minyak zaitun sehingga perang/masak. 3.Letak 1/2 nasi di dlm pinggan kemudian letak ikan ke atas nya. Tuangkan sedikit sos kat atas ikan dan di sekeliling nasi. 4.Bahan2 lain ikut citarasa masing-masing, yg pentingnya adalah sos putih.
Tapi mungkin puan blog nak perap cara sendiri.Nak letak ketumbar, lada hitam, bawang putih, garam, gula dan sos tiram. Kiranya ni selera puan blog.
Saja letak ikan mentah. Aku x buat lagi. dok ada dlm peti ais. Selamat bercuti. 3 hari tuu..
No comments:
Post a Comment