Monday, June 7, 2010

Panduan pemakanan hamil saiz XX




Sy kerap di sapa dgn ayat ini.. "Eh fara.. makin berisi laa (maksudnya makin tembam). Aduhai x pasan ke?? Lihat la peyut sy nih. I berisi ada sebab lah! huhu. Of cos lah ada perubahan dr segi fizikal. Sabo je la yeaaa..

Ok la sy x mau bebel2 pjg. Sesiapa yg hamil.. mesti risau pasal berat badan. K.. now nak share tips skit ngan u all. Mana tau berguna tuk anda yg sedang berbadan dua :).


Berat badan ketika hamil perlu dipantau terutamanya bagi anda yang bertubuh gempal. Mahu tahu bagaimana?

Anda dikategorikan sebagai memiliki berat badan berlebihan jika BMI awal usia kandungan adalah antara 25 dan 29.9. Bagi BMI 30 atau lebih anda adalah obes. Walau bagaimanapun, jangan khuatir. Apa yang penting, anda perlu melalui kehamilan ini dengan sentiasa menjaga pemakanan seharian.

Langkah pertama yang perlu diketahui ialah berat badan yang seharusnya anda tambah sepanjang hamil ialah antara 7 - 11kg di akhir kehamilan. Ini bererti setiap bulan, pertambahan berat badan perlu berada di antara 0.9 - 1.3kg sahaja terutamanya di trimester kedua dan ketiga. Bagi yang obes pula, pertambahan adalah antara 5 - 9kg.

Sementara itu, anda mungkin ingin mengehadkan pemakanan sehingga melampaui batasan semata-mata mahu menjaga purata pertambahan berat badan. Usah berbuat demikian! Amalan itu berpotensi memberi bahaya kepada anda dan bayi.

Dalam trimester pertama, adalah normal jika berat badan berkurangan.Ini kerana anda mengalami morning sickness. Loya yang dialami sering mematikan selera makan manakala kekerapan muntah menyebabkan kalori yang diambil berkurangan. Namun, jangan risau. Bayi anda tetap mendapat zat pemakanan yang diperlukannya untuk membesar.

Dia mendapat keperluannya menerusi simpanan kalori dalam lemak yang disimpan oleh tubuh anda. Jadi, biarpun anda mengalami sedikit penurunan berat badan pada trimester atau mengekalkan berat badan sedia ada, tiada apa-apa yang perlu dibimbangkan.

Strategi utama anda kini ialah makan secara sihat dan cuba untuk kerap melakukan senaman setiap hari. Belajarlah untuk makan secara seimbang. Paling penting, jangan lupa untuk minum air mencukupi setiap hari. Lakukan senaman secara tetap tetapi pastikan ia bersesuaian dengan keadaan anda kini. Antara jenis senaman yang digalakkan ialah berjalan, berenang dan aerobik. Walau bagaimanapun, anda perlu berbincang dengan doktor terlebih dahulu sebelum memilih apa-apa jenis senaman.
Makan secara sihat

Kehamilan merupakan masa penting untuk menjaga pemakanan. Apa yang bakal anda makan akan disalurkan kepada bayi. Malah, keperluan nutrisi anda pun penting agar mampu menyokong perkembangan bayi yang sihat. Walaupun bertubuh besar, ini bukan masanya untuk anda berdiet. Untuk itu amalkan panduan berikut untuk memastikan anda kekal sihat sepanjang kehamilan.

1.Ambil sarapan

Hari anda perlu dimulakan dengan sarapan yang sihat. Sarapan yang mengandungi protein, lemak, karbohidrat dan serta akan membuatkan anda kekal selesa sepanjang hari.

2.Makan sedikit

Makanlah dalam jumlah yang sedikit tetapi pastikan anda selangkan dengan snek di antara waktu makan. Sebaik-baiknya makan 6 kali sehari berbanding hanya makan tiga kali waktu makan utama.

3.Protein

Pastikan dalam setiap hidangan mengandungi protein dan elakkan makanan yang dihasilkan daripada gula halus atau tepung putih. Dengan cara ini, ia berupaya membantu menstabilkan paras gula dalam darah dan mengurangkan rasa lapar.

4.Buah dan sayur

Tambahkan kreativiti dalam menyediakan hidangan buah dan sayur. Masukkan parutan lobak merah di dalam telur hancur atau taburkan hirisan zucchini atau timun di dalam sandwic. Potongan kecil epal, sayur-sayuran pelbagai warna pula sangat enak jika dijadikan salad.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails