Tuesday, May 26, 2009

Duit.. duit.. duit.. hoho


U all mesti ada problem ni kan??? wawa pun sama tau. k.. ni ada tip tuk u all. Selamatttt.. (wink2)

Jika kita merasa tertekan ketika ini, disebabkan oleh duit gaji sudah tidak mampu menanggung gaya hidup kita ataupun kita menangung bebanan hutang yang tidak mampu dibayar, mungkin artikel ini dapat membantu.
Tekanan ataupun stres yang sedang menimpa kita adalah sebagai satu ujian dari Allah, dan lihatlah bebanan ini sebagai satu peluang yang Allah berikan kepada kita. Kita ini Allah sayang dengan mengingatkan kita tentang kebesaranNya dengan menjadikan ‘ujian’ dalam hidup kita.
Pertama jika kita masih sayang dengan status sebagai ‘makan gaji’, apa yang kita boleh buat adalah :
1. Hentikan makanan tidak berbaloi iaitu makanan segera untuk kita sekeluarga , kerana hidup kita bahagia, ceria tanpanya.
2. Hentikan menghantar anak ke tadika yang lebih mahal dari harga untuk tadika biasa. Ciri-ciri orang yang berjaya tidak bergantung kepada di mana beliau belajar sewaktu tadika.
3. Hentikan menghabiskan masa bersama keluarga di shopping mall ‘window shopping’ yang akhirnya makan duit kita. Gantikan dengan lawatan ke tempat seperti air terjun seperti di FRIM Kepong’ bagi yang tinggal di Kuala Lumpur ataupun kawasan berdekatan sebagai contohnya. Tukar ke kedai buku ataupun perpustakaan.
4. Tetapkan waktu malam waktu untuk membaca untuk sekeluarga.
5. Hentikan ataupun kurangkan pakej ‘Saluran Berbayar’, jika informasi dalam salurannya tidak membantu kita urus duit dengan lebih baik dan menjimatkan kita dari berbelanja.
6. Hentikan dari membeli handphone baru dan hadkan perbelanjaan bil telefon kepada jumlah minimun yang dapat dicapai oleh rakan sekerja kita.
7. Jika perlu buat ‘garaj sales’ jual barang-barang yang kita tidak perlu lagi yang ada dalam rumah ketika ini.
8. Baca buku ‘Hidup Tenang Walaupun Berhutang dan Makan Gaji Tetapi Kaya’ secara bergilir-gilir dengan pasangan kita.
9. Hentikan game-game seperti playstation : kerana ianya bukannya penentu kepada kejayaan kita dan anak-anak supaya dapat hidup tenang dan ceria apabila dewasa kelak.
10. Hentikan perayaan yang tidak meningkatkan kualiti hidup iaitu ‘Birthday, Anniversary’ - baca artikel berkenaan hujah disebalik tindakan ini di dalam arkib http://www.shamsuddinkadir.com/.
11. Hentikan pengunaan kad kredit secara 100%.
12. Hentikan dari membeli barangan makanan yang kita sebenarnya tidak mampu pada ketika ini.
13. Hentikan membeli suratkhabar, majalah ataupun buku-buku yang negatif yang tidak membawa kita kemana-mana.
Itu adalah antara langkah yang kita lakukan.
Bagi yang sudah tidak ingin menjadi individu yang makan gaji, baca buku ‘Makan Gaji tetapi Kaya’ di bahagian menjadi pekerja hebat, pratikkan sekarang ditempat kerja, ianya menjadi mudah apabila kita memulakan bisnes sendiri nanti.
Berhati-hati dengan orang yang memberi nasihat kepada kita. Juga cari mentor-mentor sebanyak yang boleh dan baca banyak buku.
Semoga Allah memberikan kemudahkan kepada kita dalam melalui saat getir ini, dengan kemudahan menyelesaikan situasi yang kritikal ini. Amin.
Jangan lupa perkara yang terpenting sekali, dunia ini Allah yang punya. Setiap situasi adalah dalam kawalan Allah secara 100%, maka tunduklah kepada Allah bagi solat yang paling ringkas ‘Solat Dhuha’. Selepas artikel ini ditaip saya juga akan melakukannya. Insyaa-Allah saya akan kongksikan ‘rahsia solat Dhuha yang amat berkuasa itu’. Sama-sama kita mendapat fadhilat solat Dhuha.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails