No one is born hEpy, But all of us are borN with the ability to create happiness. So... today, make others hePy. FlasH ur sweEtest smile...."
Tuesday, May 26, 2009
Bertenang...
Cuba baca kes..then fikir2kan
Anaknya bersama menantunya telah membeli sebuah proton Gen-2 dengan mengambil pinjaman secara bersama selama 6 tahun. Selepas 2 tahun mengunakan kereta tersebut anaknya kehilangan kerja (saya tidak pasti sama ada diberhentikan ataupun sebaliknya). Mulai dari saat itu anaknya itu tidak mampu lagi membayar ansuran kereta, sehingga kereta itu ditarik. Apa yang saya faham dari perbualan dalam telefon dengan ibunya, kereta itu sudah dilelong tetapi tidak cukup untuk menjelaskan hutang anaknya itu. Kini anak dan menantunya menerima surat saman dari bank bagi menjelaskan RM 30,000 yang tidak mencukupi.
Kini setiap seorang menangung hutang sebanyak RM15,000. Anaknya sudah mendapat kerja lain, dan kini merasa tertekan kerana pihak bank selalu menghubunginya dan memberitahu bahawa beliau akan dibuang kerja di tempat baru, kerana telah diblacklisted. Anaknya juga diberitahu oleh pihak bank bahawa, apabila anaknya itu ingin mengeluarkan gaji melalui kat ATM, duit dalam akaun akan menjadi kosong, kerana sudah diambil oleh bank pada setiap bulan.
SK memberi pandangan kepada ibunya agar berbincang dengan anaknya dan membuat satu surat kepada bank dan pihak peguam yang menghantar surat saman itu, bahawa dia hendak membayar hutang itu secara ansuran berdasarkan jumlah yang mereka mampu.
Teruskan membuat bayaran sebanyak yang dicadangkan ke akaun ansuran kereta, jika akaun itu masih wujud. Apabila tiba masa masuk mahkahmah jika perlu, beritahu kepada pihak mahkamah, bahawa kita bukannya hendak lagi dari membayar ansuran, tetapi disebabkan kita diberhentikan kerja. Kini kita sudah bekerja semula dan sudah ada pendapatan, maka kami ingin meneruskan membayar ansuran tersebut secara bulanan. Kita juga maklumkan kita sudah meneruskan membayar ansuran secara bulanan kepada bank, bawa buktinya sekali.
Jika akaun itu sudah ditutup, masukkan ke dalam akaun simpanan di bank berkenaan jika ada, pada setiap bulan, bawa buktinya, duit itu disimpan bagi dibayar kepada bank berkenaan.
Lupakan tentang ugutan bank berkenaan, blacklisted tidak dapat membuatkan kita diberhentikan kerja, kecuali ada clause dalam undang-undang organisasi bahawa seseorang yang telah diblacklisted tidak boleh bekerja di sini.
Orang yanng Muflis juga masih diberi peluang untuk bekerja di hampir banyak tempat.
Tenangkan fikiran, mulakan membaca buku-buku kewangan diri, supaya tidak dipatuk oleh ular yang sama berkali, kali dan supaya kita dapat belajar ular mana yang telah patuk kawan-kawan kita.
Membaca buku menghalang kita dipatut ular yang sama untuk kali kedua, ianya juga membantu kita mengelakkan dan mengurangkan risiko dari dipatut oleh ular.
Tenangkan fikiran, kesilapan ataupun bebanan yang kita tanggung pada hari ini adalah sebenarnya satu peluang untuk kita menjadi orang yang lebih kuat, teguh dan bersemangat di masa depan.
Semua ini hanyalah bagi membantu kita menjadi kuat, banyak rahmat Allah disebaliknya dengan syarat kita mengambil iktibar dan jangan lagi BELAJAR DARI KESILAPAN DIRI SENDIRI, tetapi BELAJAR DARI KESILAPAN DAN PENGALAMAN ORANG LAIN. Melalui BUKU dan MENTOR.
Duit.. duit.. duit.. hoho
U all mesti ada problem ni kan??? wawa pun sama tau. k.. ni ada tip tuk u all. Selamatttt.. (wink2)
Jika kita merasa tertekan ketika ini, disebabkan oleh duit gaji sudah tidak mampu menanggung gaya hidup kita ataupun kita menangung bebanan hutang yang tidak mampu dibayar, mungkin artikel ini dapat membantu.
Tekanan ataupun stres yang sedang menimpa kita adalah sebagai satu ujian dari Allah, dan lihatlah bebanan ini sebagai satu peluang yang Allah berikan kepada kita. Kita ini Allah sayang dengan mengingatkan kita tentang kebesaranNya dengan menjadikan ‘ujian’ dalam hidup kita.
Pertama jika kita masih sayang dengan status sebagai ‘makan gaji’, apa yang kita boleh buat adalah :
1. Hentikan makanan tidak berbaloi iaitu makanan segera untuk kita sekeluarga , kerana hidup kita bahagia, ceria tanpanya.
2. Hentikan menghantar anak ke tadika yang lebih mahal dari harga untuk tadika biasa. Ciri-ciri orang yang berjaya tidak bergantung kepada di mana beliau belajar sewaktu tadika.
3. Hentikan menghabiskan masa bersama keluarga di shopping mall ‘window shopping’ yang akhirnya makan duit kita. Gantikan dengan lawatan ke tempat seperti air terjun seperti di FRIM Kepong’ bagi yang tinggal di Kuala Lumpur ataupun kawasan berdekatan sebagai contohnya. Tukar ke kedai buku ataupun perpustakaan.
4. Tetapkan waktu malam waktu untuk membaca untuk sekeluarga.
5. Hentikan ataupun kurangkan pakej ‘Saluran Berbayar’, jika informasi dalam salurannya tidak membantu kita urus duit dengan lebih baik dan menjimatkan kita dari berbelanja.
6. Hentikan dari membeli handphone baru dan hadkan perbelanjaan bil telefon kepada jumlah minimun yang dapat dicapai oleh rakan sekerja kita.
7. Jika perlu buat ‘garaj sales’ jual barang-barang yang kita tidak perlu lagi yang ada dalam rumah ketika ini.
8. Baca buku ‘Hidup Tenang Walaupun Berhutang dan Makan Gaji Tetapi Kaya’ secara bergilir-gilir dengan pasangan kita.
9. Hentikan game-game seperti playstation : kerana ianya bukannya penentu kepada kejayaan kita dan anak-anak supaya dapat hidup tenang dan ceria apabila dewasa kelak.
10. Hentikan perayaan yang tidak meningkatkan kualiti hidup iaitu ‘Birthday, Anniversary’ - baca artikel berkenaan hujah disebalik tindakan ini di dalam arkib http://www.shamsuddinkadir.com/.
11. Hentikan pengunaan kad kredit secara 100%.
12. Hentikan dari membeli barangan makanan yang kita sebenarnya tidak mampu pada ketika ini.
13. Hentikan membeli suratkhabar, majalah ataupun buku-buku yang negatif yang tidak membawa kita kemana-mana.
Itu adalah antara langkah yang kita lakukan.
Bagi yang sudah tidak ingin menjadi individu yang makan gaji, baca buku ‘Makan Gaji tetapi Kaya’ di bahagian menjadi pekerja hebat, pratikkan sekarang ditempat kerja, ianya menjadi mudah apabila kita memulakan bisnes sendiri nanti.
Berhati-hati dengan orang yang memberi nasihat kepada kita. Juga cari mentor-mentor sebanyak yang boleh dan baca banyak buku.
Semoga Allah memberikan kemudahkan kepada kita dalam melalui saat getir ini, dengan kemudahan menyelesaikan situasi yang kritikal ini. Amin.
Jangan lupa perkara yang terpenting sekali, dunia ini Allah yang punya. Setiap situasi adalah dalam kawalan Allah secara 100%, maka tunduklah kepada Allah bagi solat yang paling ringkas ‘Solat Dhuha’. Selepas artikel ini ditaip saya juga akan melakukannya. Insyaa-Allah saya akan kongksikan ‘rahsia solat Dhuha yang amat berkuasa itu’. Sama-sama kita mendapat fadhilat solat Dhuha.
Who knows, god n the universe can be mysterious....
Errmm.. now, u all realize x.. di dada akhbar skang byk problem isu2 penjenayah, peragut yg semakin menjadi-jadi. Paling menyedihkan melibatkan kehilangan nyawa org2 yg tersayang. Kejadian seperti ini tidak sepatutnya terjadi di dalam negara kita. Ianya seolah2 penjenayah skang tidak respect pada law n kepimpinan pentadbir negara.
Pelbagai cara untuk mengelak kejadian seperti ini. Tapi ya lah sometime kita dah secure. But who knows.. bila kita dah berhati2 tapi still jugak jadi. Harap2 kejadian seperti ini akan berkurang.. Saya dan lain2 ingin idup dgn aman dan tenteram. Malah bleh berjalan2 seorg diri.
Pelbagai cara untuk mengelak kejadian seperti ini. Tapi ya lah sometime kita dah secure. But who knows.. bila kita dah berhati2 tapi still jugak jadi. Harap2 kejadian seperti ini akan berkurang.. Saya dan lain2 ingin idup dgn aman dan tenteram. Malah bleh berjalan2 seorg diri.
Subscribe to:
Posts (Atom)