Tajuk n3.. if zara tanya aku cam tu..
So below tip2 yg aku copy paste buat panduan aku nnti. Dan juga utk korang yg mempunyai anak yg nak try posa.
Menjelang bulan penuh keberkatan, Ramadan Al- Mubarak, si kecil juga mula sibuk hendak berpuasa. Mari kita kupas dengan lebih lanjut bagaimana menggalakkan anak kecil berpuasa.
Kedatangannya sering dinantikan dengan penuh gembira. Selain berpeluang untuk menghimpun banyak pahala dengan seribu keberkatan dan kemuliaan yang dijanjikan oleh Allah SWT, bulan yang mulia ini juga satu cara untuk mengukuhkan ikatan kekeluargaan.
Bahkan pada bulan Ramadan juga ibu dan bapa perlu mengambil peluang terbaik untuk mendidik si kecil erti sebenar berpuasa. Biasanya bila orang dewasa sibuk berpuasa anak-anak kecil pula mula sibuk bertanyakan persiapan hari raya. Ada juga si kecil yang mula bertanya bagaimana persiapan menyambut Ramadan dan apa yang biasa dilakukan sebaik menjelang bulan ini. Malahan mereka juga tidak ketinggalan hendak bangun bersahur.
Kata orang melentur buluh biar dari rebungnya. Justeru sebagai ibu bapa, kita sewajarnya mendidik anak-anak belajar mematuhi rukun Islam yang ketiga ini sejak kecil walaupun puasa tidak wajib ke atas kanak-kanak yang belum baligh.
Mereka perlu dilatih secara perlahan-lahan sebagai persediaan dan pengertian tanggungjawab seorang muslim agar apabila dewasa dan telah baligh kelak mereka sudah biasa dengan kewajipan tersebut.
Dalam sahih Bukhari, diriwayatkan daripada ar-Rabi’e binti Muawiz berkata: “Kami semua berpuasa dan kami juga melatih anak-anak kami berpuasa. Kami menyediakan permainan daripada bulu untuk mereka. Apabila salah seorang daripada mereka ingin makan, kami berikan mainan itu sehingga tiba waktu berbuka puasa.”
Panduan Menggalakkan Anak-anak Berpuasa
- Ajak anak-anak untuk menghias rumah dan membersihkan keperluan ibadat seperti sejadah, songkok dan telekung agar anak-anak dapat merasakan kepentingan bulan yang mulia ini.
- Bercerita kepada anak-anak tentang sejarah wajib puasa, syarat-syaratnya, rukun dan sunah di samping hikmah berpuasa supaya anak-anak melakukan ibadah ini dengan penuh kefahaman dan penghayatan.
- Melatih anak berpuasa secara beransur-ansur selama beberapa jam dan kemudian beberapa hari. Berikan ganjaran serta pujian di samping hadiah untuk menggalakkan mereka terus berpuasa.
- Bagi anak kecil yang berpuasa raikan mereka ketika berbuka dan bersahur supaya mereka dapat bersama berdoa dan berkongsi kegembiraan dengan keluarga. Libatkan mereka dalam persiapan menyediakan juadah berbuka puasa.
- Ingatkan anak agar menjalani ibadah puasa dengan penuh sabar dan beritahu mereka Allah SWT sentiasa bersama dan melihat setiap perbuatan mereka. Latih jiwa anak untuk reda dengan perintah Allah SWT, ikhlas beramal dan menjaga pantang larang berpuasa setiap masa.
- Jaga solat fardu lima waktu dan menunaikan solat berjemaah. Jika tiada halangan, bawalah anak untuk bersolat fardu dan Tarawih berjemaah di masjid. Bagi ibu yang tidak dapat ke masjid kerana menjaga anak kecil, mereka boleh solat fardu dan Tarawih berjemaah bersama anak perempuan di rumah.
- Beritahu anak-anak, Al-Quran diturunkan pada bulan Ramadan. Jadi ingatkan mereka supaya menghidupkan Ramadan dengan banyak membaca kitab suci Al-Quran.
- Sebaik-baiknya ajak anak-anak bertadarus bersama supaya dapat memperbetulkan tajwid dan pemahaman anak terhadap al-Quran. Malahan seeloknya galakkan mereka menghafal surah-surah pendek sepanjang bulan Ramadan.
- Beritahu anak-anak berpuasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga. Ingatkan mereka supaya memelihara kesempurnaan ibadah puasa dengan mengamalkan akhlak yang mulia seperti mengisi masa lapang dengan berzikir dan membaca buku berfaedah serta menjaga adab sopan.
- Amalan berjimat cermat dan mengelakkan pembaziran dalam urusan berbelanja untuk berbuka, bersahur dan persiapan hari raya patut diamalkan oleh anda agar dicontohi oleh anak-anak.
- Ajak anak-anak agar mengeratkan silaturahim dengan keluarga, jiran dan sahabat handai seperti mengadakan majlis berbuka puasa bersama serta amalan bersedekah.
- Ingatkan anak-anak kelebihan 10 hari terakhir Ramadan dan tidak meninggalkan takbir hari raya kerana terlalu sibuk dengan persiapan hari raya. Sambut hari raya dengan penuh keinsafan dan kesyukuran.
No comments:
Post a Comment