Wednesday, August 10, 2011

Raja ISTIGHFAR



Allahumma anta Rabbi la ilaha illa anta khalaqtani, wa ana ‘abduka wa ana ‘ala ‘ahdika ma-statha’tu, a’udzu bika min syarri ma shana’tu, abu’u laka bini’matika ‘alayya wa abu’u bidzanbi fa-gfir li, fainnahu la yaghfirudz-dzunuba illa anta

Ertinya:

Ya Allah, Engkau adalah Tuhanku, yang tiada Tuhan pantas disembah melainkan Engkau. Tuhan yang telah menciptakan diriku. Aku adalah hamba-Mu dan aku ada dalam perjanjian-Mu, yang dengan segala kemampuanku aku laksanakan perintah-Mu. Aku berlindung kepada-Mu dari segala perbuatan buruk yang aku lakukan kepada-Mu. Engkau telah mencurahkan nikmat-Mu kepadaku, sedangkan aku senantiasa berbuat dosa. Ampunilah dosaku karena tidak ada yang dapat mengampuni dosa kecuali Engkau. 

(HR. Abu Dawud, Nasa’i, Ibnu Majah, dan Hakim)

 (Hadis Riwayat al-Bukhari (no. 6306, 6323), Ahmad (4/122, 125), dan an-Nasa’I (8/279-280) dari Syaddad bin Aus radhiyallahu ‘anhu)
Rasulullah membiasakan membaca doa itu dan beliau menyebutkan sebagai Sayyidul Istighfar atau Raja Istighfar. Bahkan, Rasulullah menegaskan, barangsiapa yang membaca sayyidul istighfar pada sore hari dan hamba Allah itu meninggal pada malam harinya hingga terbit matahari ia berhak masuk surga. Barangsiapa yang membaca sayyidul istighfar pada malam hari, kemudian hamba Allah itu meninggal pada siang hari (mulai matahari terbit hingga terbenamnya) ia berhak masuk surga.

Monday, August 8, 2011

Zara nak posa jugakkk..

Tajuk n3.. if zara tanya aku cam tu..
So below tip2 yg aku copy paste buat panduan aku nnti. Dan juga utk korang yg mempunyai anak yg nak try posa.  

Menjelang bulan penuh keberkatan, Ramadan Al- Mubarak, si kecil juga mula sibuk hendak berpuasa. Mari kita kupas dengan lebih lanjut bagaimana menggalakkan anak kecil berpuasa.
Kedatangannya sering dinantikan dengan penuh gembira. Selain berpeluang untuk menghimpun banyak pahala dengan seribu keberkatan dan kemuliaan yang dijanjikan oleh Allah SWT, bulan yang mulia ini juga satu cara untuk mengukuhkan ikatan kekeluargaan.
 
Bahkan pada bulan Ramadan juga ibu dan bapa perlu mengambil peluang terbaik untuk mendidik si kecil erti sebenar berpuasa. Biasanya bila orang dewasa sibuk berpuasa anak-anak kecil pula mula sibuk bertanyakan persiapan hari raya. Ada juga si kecil yang mula bertanya bagaimana persiapan menyambut Ramadan dan apa yang biasa dilakukan sebaik menjelang bulan ini. Malahan mereka juga tidak ketinggalan hendak bangun bersahur.
 
Kata orang melentur buluh biar dari rebungnya. Justeru sebagai ibu bapa, kita sewajarnya mendidik anak-anak belajar mematuhi rukun Islam yang ketiga ini sejak kecil walaupun puasa tidak wajib ke atas kanak-kanak yang belum baligh.
 
Mereka perlu dilatih secara perlahan-lahan sebagai persediaan dan pengertian tanggungjawab seorang muslim agar apabila dewasa dan telah baligh kelak mereka sudah biasa dengan kewajipan tersebut.
Dalam sahih Bukhari, diriwayatkan daripada ar-Rabi’e binti Muawiz berkata: “Kami semua berpuasa dan kami juga melatih anak-anak kami berpuasa. Kami menyediakan permainan daripada bulu untuk mereka. Apabila salah seorang daripada mereka ingin makan, kami berikan mainan itu sehingga tiba waktu berbuka puasa.”
 
Panduan Menggalakkan Anak-anak Berpuasa
 
  1. Ajak anak-anak untuk menghias rumah dan membersihkan keperluan ibadat seperti sejadah, songkok dan telekung agar anak-anak dapat merasakan kepentingan bulan yang mulia ini.
     
  2. Bercerita kepada anak-anak tentang sejarah wajib puasa, syarat-syaratnya, rukun dan sunah di samping hikmah berpuasa supaya anak-anak melakukan ibadah ini dengan penuh kefahaman dan penghayatan.
     
  3. Melatih anak berpuasa secara beransur-ansur selama beberapa jam dan kemudian beberapa hari. Berikan ganjaran serta pujian di samping hadiah untuk menggalakkan mereka terus berpuasa.
     
  4. Bagi anak kecil yang berpuasa raikan mereka ketika berbuka dan bersahur supaya mereka dapat bersama berdoa dan berkongsi kegembiraan dengan keluarga. Libatkan mereka dalam persiapan menyediakan juadah berbuka puasa.
     
  5. Ingatkan anak agar menjalani ibadah puasa dengan penuh sabar dan beritahu mereka Allah SWT sentiasa bersama dan melihat setiap perbuatan mereka. Latih jiwa anak untuk reda dengan perintah Allah SWT, ikhlas beramal dan menjaga pantang larang berpuasa setiap masa.
     
  6. Jaga solat fardu lima waktu dan menunaikan solat berjemaah. Jika tiada halangan, bawalah anak untuk bersolat fardu dan Tarawih berjemaah di masjid. Bagi ibu yang tidak dapat ke masjid kerana menjaga anak kecil, mereka boleh solat fardu dan Tarawih berjemaah bersama anak perempuan di rumah.
     
  7. Beritahu anak-anak, Al-Quran diturunkan pada bulan Ramadan. Jadi ingatkan mereka supaya menghidupkan Ramadan dengan banyak membaca kitab suci Al-Quran.
     
  8. Sebaik-baiknya ajak anak-anak bertadarus bersama supaya dapat memperbetulkan tajwid dan pemahaman anak terhadap al-Quran. Malahan seeloknya galakkan mereka menghafal surah-surah pendek sepanjang bulan Ramadan.
     
  9. Beritahu anak-anak berpuasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga. Ingatkan mereka supaya memelihara kesempurnaan ibadah puasa dengan mengamalkan akhlak yang mulia seperti mengisi masa lapang dengan berzikir dan membaca buku berfaedah serta menjaga adab sopan.
     
  10. Amalan berjimat cermat dan mengelakkan pembaziran dalam urusan berbelanja untuk berbuka, bersahur dan persiapan hari raya patut diamalkan oleh anda agar dicontohi oleh anak-anak.
     
  11. Ajak anak-anak agar mengeratkan silaturahim dengan keluarga, jiran dan sahabat handai seperti mengadakan majlis berbuka puasa bersama serta amalan bersedekah.
     
  12. Ingatkan anak-anak kelebihan 10 hari terakhir Ramadan dan tidak meninggalkan takbir hari raya kerana terlalu sibuk dengan persiapan hari raya. Sambut hari raya dengan penuh keinsafan dan kesyukuran.

Thursday, August 4, 2011

Kesilapan mendidik anak..

Tinggal beberapa hari Baby nur zara nak masuk setaun. Byk perkara saya x nak terlepas.. terutama dlm mendidik Nur zara menjadi seorang anak yg solehah, berilmu dan beriman. Sekarang dia sedang bertakteh2 nak jln. Alhamdulillah,, sbgai mummy.. sy sgt teruja dgn perkembangan terbaru Nur zara. Mudah-mudahan dia dpt jalan dgn baik masa raya nnti.. amiiiiin

kali nak kongsi dgn korang info dlm mendidik anak..

“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.” (Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)
Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hamba-Nya. Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat. Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda :
“Tahukah engkau siapakah orang yang mandul.” Berkata para sahabat : “Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak.” Lalu Rasulullah SAW berkata : “Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia.”-(Maksud Al-Hadith )
Ini mungkin disebabkan beberapa kesilapan dalam mendidik anak-anak.
1. Kesilapan pertama: Kurang berdoa
1.1 Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah
* Saidul (penghulu) Istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 38)
* Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)
1.2 Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah
* Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 :128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 :74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.
2. Kesilapan kedua: Banyak memberi belaian Tarhib
(menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti :
* menakutkan anak-anak dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur
3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
* tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
* terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Kesilapan keempat: Menegur anak secara negatif
* mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah).
* membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)
* ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani

6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka.
Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. :
Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’ : “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata : “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”-(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas
* ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas.
Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.


9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.
10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak.
Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.
11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia.
Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam.
12. Kesilapan keduabelas: Bertengkar di depan anak-anak
Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.
13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar
14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video.
Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.
15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak.
Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.
sumber: http://tumarawatimanshor.wordpress.com
 Selamat menjalani ibadah puasa ya!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails