Friday, November 20, 2009

During akad

Haha ntah sape pic nih.. diri sendiri lum nikah.. so terpaksa amik org punya.
Some more tips.. lets scroll
Semasa akad nikah :

1. Khutbah nikah
Not sure. Ada dibuat sebelum akad nikah, ada jugak selepas. Ikut tempat lah kot. Masa ni, dua-dua pengantin kena duduk dekat sikit lah kan. Pastikan pengapit yang usung bantal nikah pergi dekat sikit dengan tempat pengantin lelaki dan tok kadi. BUKAN pengantin yang angkut sendiri,ye! Lepas tu, duduk lah atas tu. Takyah segan-segan nak suruh pengapit buat itu-ini.

2. Bacaan taklik
Lepas akad nikah, ada bacaan taklik. Macam ikrar janji suami-isteri gitu, la. Mula-mula, pengantin lelaki lepas tu baru yang perempuan. Kalau tiba-tiba kena baca dalam tulisan Jawi, pandai-pandai lah. Get ready je.

3. Penyerahan
Macam proses penyerahan penjagaan dan tanggungjawab oleh keluarga sebelah perempuan kepada pengantin lelaki. Adalah nanti yang lelaki kena pegang ubun-ubun kepala isteri sambil buat akujanji, wali dan ibu kena baca ikrar penyerahan, pengantin perempuan pulak baca ikrar pelepasan mintak halal air susu ibu bagai. Pendek kata, memang sandiwara semasa lah biasanya. Siap-siap lah letak sekotak tisu kat sebelah, ye.


4. Solat lepas nikah.
Siap je semua ni. Kalau air sembahyang belum batal lagi, boleh tunaikan solat selepas nikah. Kena tahu
niat dan cara mengerjakan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails