Wednesday, September 28, 2011

Learning activities For one year old baby

Sharing is caring..
So you have taken the plunge and decided to stay at home with your one year old child. Now, what?

  • Here are some activities you can do with your child that will facilitate learning as though they were in a preschool environment. At this stage in life, children are learning how to walk, and their vocabulary is increasing everyday . Developing hand-eye coordination is important at this point, so you will want to do things with them to help them strengthen skills in those areas.

  • Games to play at this stage of life include: Peek-a-Boo, Patty Cake, and "Where's the Baby?". Hide the baby under a blanket or cover them with a towel and ask where the baby is. Move the towel or blanket, say, "There s/he is!", and laughter will surely ensue.
  • Focus on speaking to the child as though they can understand you. Using baby talk will only hinder their vocabulary; (jangan cakap pelat dengan anak tau@ Cakap jer dengan bahasa yang biasa!!) the more you speak to them as though they understand adult words, the better they will speak to you in the end.

  • Turn every part of the day into learning. Say the names of body parts as you wash them during bath time. Soon the child will be able to point out parts of their body on their own. Some good toys to have at your disposal are blocks, shape sorters, and simple puzzles.

  • Count the blocks with the child as they play with them or when you put them away. Even though they will be a while before they can count with you, it will help them later. Tell the child the shapes as they put them in the sorter. Ask the child to point out each shape. Soon, they will not only be saying each shape, but will know which one is which and right where it goes into the box.


  • During meal times, tell the child what color the food is that they are eating. Point out colors of everything around them and soon enough they will be able to identify colors, and even tell you a favorite. Always talk to your child. You can never say too much, and anything is sufficient. The more they soak in the better. Reading to your child is still just as important as it has been up to this point, and you should continue to do so frequently. Take suggestions from your child as to what you should read, even if it is just a point or a giggle.

Tuesday, September 27, 2011

Why, Why, Why??? my babymoon =(

Pagi ahad yang lepas.. pagi yg memang cbuk. Saya cbuk dgn tugas yg paling setia..(x pasti redha atau tak hahaha)  mengemas.. dll.

Si ayah tido seperti mmg x da harapan akan bangun. Si anak tiba2 jadi morning person. Mood baby pun ok. Sbb baru bagi susu. Sebelum buat kerja yang lain pastikan tiada barang yg bole si anak masuk dlm mulut. Dia mcm biasa tetap tak duduk diam. Ah.. biarla dia di dpn. Saya biarkn dia dgn Tv chanel 618, baby tv. Fevret her tv. Ok done!

Saya terus menerus membuat kerja rumah dan saya rasa mmg keadaan agak tenang. Tiba2 saya rasa rumah saya senyap sunyi.. seperti tiada pergerakan langsung dlm umah (seperti x dak org ler huhu).. dgn perasaaan ingin tahu..dan syak wasangka yg tebal terus mnge"check dan saya ternampak seorang bayi menunjukan one development. yang mmg menguji mental saya.

whatttttttt?



Accepted. Tahniah zara.. finally, sayang (still call her sayang even i dok ratapi kehilangan liptic tuh huhu)berjaya dptkn lipstic kesayangan mommy. Mommy tahu dah beberapa kali sayang mommy cuba dptkan. mommy bole bayang betapa anak mommy seronok bermain2 dgn lipstic mommy.

Life so beautifulll (huh!) uwaaaaaaaaaaaaaaaaaa.

Monday, September 26, 2011

Bila dah dapat kaki..

Salam isnin...

Tiba2 teringat ada blog hahaha.. ok2. Minggu ni stress skit.. cos ada beberapa perkara perlu saya setelkn. Harap semuanya berjalan dengan lancar. Amiiiiin.

Below.. sedikit perkembangan my little lady babyyy.. nak jugak letak baby.. cos she alwiz my baby huhu.. dulu selalu dgr org ckp.. "fara tunggu la anak hang bole jln.. jenuh kejaqq"

Now saya dah merasa haha amik .. dulu saya ada la perempuan yg sopan n pemalu haha ya ke.. di sebabkan anak yg semakin aktif.. abis semua org dgr sora menjerit melarang si anak.. n of cos aksi kejar mengejar saya dan anak. (harap makin kurus ler saya uwekk hehe) sama ada berada di tempat formal n tak formal.

Kejadian.. di sunway carnival mall
Motif nak mkn2 di fish manhattan.. (iye saya penggemar mr. manhattan)


 x peduli dah. kalo boleh satu supermarket dia nak ukur. run n run





Cubaan lari dr mummy nya

Nak bergambar pun susah.. too hard


Today.. my baby turns 1 years one months.. how time flies isnt? huhu it feel like just yesterday i gve birth to her..

i love u sayang...


ur the reason i became i momma

and i thank you for introducing me to all these wonderful experiences...



may ALLAH will always guide you and bless you



sayang



Ayah and mummy!

muahhhhhhhhhhhhhhhh



Wednesday, August 10, 2011

Raja ISTIGHFAR



Allahumma anta Rabbi la ilaha illa anta khalaqtani, wa ana ‘abduka wa ana ‘ala ‘ahdika ma-statha’tu, a’udzu bika min syarri ma shana’tu, abu’u laka bini’matika ‘alayya wa abu’u bidzanbi fa-gfir li, fainnahu la yaghfirudz-dzunuba illa anta

Ertinya:

Ya Allah, Engkau adalah Tuhanku, yang tiada Tuhan pantas disembah melainkan Engkau. Tuhan yang telah menciptakan diriku. Aku adalah hamba-Mu dan aku ada dalam perjanjian-Mu, yang dengan segala kemampuanku aku laksanakan perintah-Mu. Aku berlindung kepada-Mu dari segala perbuatan buruk yang aku lakukan kepada-Mu. Engkau telah mencurahkan nikmat-Mu kepadaku, sedangkan aku senantiasa berbuat dosa. Ampunilah dosaku karena tidak ada yang dapat mengampuni dosa kecuali Engkau. 

(HR. Abu Dawud, Nasa’i, Ibnu Majah, dan Hakim)

 (Hadis Riwayat al-Bukhari (no. 6306, 6323), Ahmad (4/122, 125), dan an-Nasa’I (8/279-280) dari Syaddad bin Aus radhiyallahu ‘anhu)
Rasulullah membiasakan membaca doa itu dan beliau menyebutkan sebagai Sayyidul Istighfar atau Raja Istighfar. Bahkan, Rasulullah menegaskan, barangsiapa yang membaca sayyidul istighfar pada sore hari dan hamba Allah itu meninggal pada malam harinya hingga terbit matahari ia berhak masuk surga. Barangsiapa yang membaca sayyidul istighfar pada malam hari, kemudian hamba Allah itu meninggal pada siang hari (mulai matahari terbit hingga terbenamnya) ia berhak masuk surga.

Monday, August 8, 2011

Zara nak posa jugakkk..

Tajuk n3.. if zara tanya aku cam tu..
So below tip2 yg aku copy paste buat panduan aku nnti. Dan juga utk korang yg mempunyai anak yg nak try posa.  

Menjelang bulan penuh keberkatan, Ramadan Al- Mubarak, si kecil juga mula sibuk hendak berpuasa. Mari kita kupas dengan lebih lanjut bagaimana menggalakkan anak kecil berpuasa.
Kedatangannya sering dinantikan dengan penuh gembira. Selain berpeluang untuk menghimpun banyak pahala dengan seribu keberkatan dan kemuliaan yang dijanjikan oleh Allah SWT, bulan yang mulia ini juga satu cara untuk mengukuhkan ikatan kekeluargaan.
 
Bahkan pada bulan Ramadan juga ibu dan bapa perlu mengambil peluang terbaik untuk mendidik si kecil erti sebenar berpuasa. Biasanya bila orang dewasa sibuk berpuasa anak-anak kecil pula mula sibuk bertanyakan persiapan hari raya. Ada juga si kecil yang mula bertanya bagaimana persiapan menyambut Ramadan dan apa yang biasa dilakukan sebaik menjelang bulan ini. Malahan mereka juga tidak ketinggalan hendak bangun bersahur.
 
Kata orang melentur buluh biar dari rebungnya. Justeru sebagai ibu bapa, kita sewajarnya mendidik anak-anak belajar mematuhi rukun Islam yang ketiga ini sejak kecil walaupun puasa tidak wajib ke atas kanak-kanak yang belum baligh.
 
Mereka perlu dilatih secara perlahan-lahan sebagai persediaan dan pengertian tanggungjawab seorang muslim agar apabila dewasa dan telah baligh kelak mereka sudah biasa dengan kewajipan tersebut.
Dalam sahih Bukhari, diriwayatkan daripada ar-Rabi’e binti Muawiz berkata: “Kami semua berpuasa dan kami juga melatih anak-anak kami berpuasa. Kami menyediakan permainan daripada bulu untuk mereka. Apabila salah seorang daripada mereka ingin makan, kami berikan mainan itu sehingga tiba waktu berbuka puasa.”
 
Panduan Menggalakkan Anak-anak Berpuasa
 
  1. Ajak anak-anak untuk menghias rumah dan membersihkan keperluan ibadat seperti sejadah, songkok dan telekung agar anak-anak dapat merasakan kepentingan bulan yang mulia ini.
     
  2. Bercerita kepada anak-anak tentang sejarah wajib puasa, syarat-syaratnya, rukun dan sunah di samping hikmah berpuasa supaya anak-anak melakukan ibadah ini dengan penuh kefahaman dan penghayatan.
     
  3. Melatih anak berpuasa secara beransur-ansur selama beberapa jam dan kemudian beberapa hari. Berikan ganjaran serta pujian di samping hadiah untuk menggalakkan mereka terus berpuasa.
     
  4. Bagi anak kecil yang berpuasa raikan mereka ketika berbuka dan bersahur supaya mereka dapat bersama berdoa dan berkongsi kegembiraan dengan keluarga. Libatkan mereka dalam persiapan menyediakan juadah berbuka puasa.
     
  5. Ingatkan anak agar menjalani ibadah puasa dengan penuh sabar dan beritahu mereka Allah SWT sentiasa bersama dan melihat setiap perbuatan mereka. Latih jiwa anak untuk reda dengan perintah Allah SWT, ikhlas beramal dan menjaga pantang larang berpuasa setiap masa.
     
  6. Jaga solat fardu lima waktu dan menunaikan solat berjemaah. Jika tiada halangan, bawalah anak untuk bersolat fardu dan Tarawih berjemaah di masjid. Bagi ibu yang tidak dapat ke masjid kerana menjaga anak kecil, mereka boleh solat fardu dan Tarawih berjemaah bersama anak perempuan di rumah.
     
  7. Beritahu anak-anak, Al-Quran diturunkan pada bulan Ramadan. Jadi ingatkan mereka supaya menghidupkan Ramadan dengan banyak membaca kitab suci Al-Quran.
     
  8. Sebaik-baiknya ajak anak-anak bertadarus bersama supaya dapat memperbetulkan tajwid dan pemahaman anak terhadap al-Quran. Malahan seeloknya galakkan mereka menghafal surah-surah pendek sepanjang bulan Ramadan.
     
  9. Beritahu anak-anak berpuasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga. Ingatkan mereka supaya memelihara kesempurnaan ibadah puasa dengan mengamalkan akhlak yang mulia seperti mengisi masa lapang dengan berzikir dan membaca buku berfaedah serta menjaga adab sopan.
     
  10. Amalan berjimat cermat dan mengelakkan pembaziran dalam urusan berbelanja untuk berbuka, bersahur dan persiapan hari raya patut diamalkan oleh anda agar dicontohi oleh anak-anak.
     
  11. Ajak anak-anak agar mengeratkan silaturahim dengan keluarga, jiran dan sahabat handai seperti mengadakan majlis berbuka puasa bersama serta amalan bersedekah.
     
  12. Ingatkan anak-anak kelebihan 10 hari terakhir Ramadan dan tidak meninggalkan takbir hari raya kerana terlalu sibuk dengan persiapan hari raya. Sambut hari raya dengan penuh keinsafan dan kesyukuran.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails