Monday, August 8, 2011

Zara nak posa jugakkk..

Tajuk n3.. if zara tanya aku cam tu..
So below tip2 yg aku copy paste buat panduan aku nnti. Dan juga utk korang yg mempunyai anak yg nak try posa.  

Menjelang bulan penuh keberkatan, Ramadan Al- Mubarak, si kecil juga mula sibuk hendak berpuasa. Mari kita kupas dengan lebih lanjut bagaimana menggalakkan anak kecil berpuasa.
Kedatangannya sering dinantikan dengan penuh gembira. Selain berpeluang untuk menghimpun banyak pahala dengan seribu keberkatan dan kemuliaan yang dijanjikan oleh Allah SWT, bulan yang mulia ini juga satu cara untuk mengukuhkan ikatan kekeluargaan.
 
Bahkan pada bulan Ramadan juga ibu dan bapa perlu mengambil peluang terbaik untuk mendidik si kecil erti sebenar berpuasa. Biasanya bila orang dewasa sibuk berpuasa anak-anak kecil pula mula sibuk bertanyakan persiapan hari raya. Ada juga si kecil yang mula bertanya bagaimana persiapan menyambut Ramadan dan apa yang biasa dilakukan sebaik menjelang bulan ini. Malahan mereka juga tidak ketinggalan hendak bangun bersahur.
 
Kata orang melentur buluh biar dari rebungnya. Justeru sebagai ibu bapa, kita sewajarnya mendidik anak-anak belajar mematuhi rukun Islam yang ketiga ini sejak kecil walaupun puasa tidak wajib ke atas kanak-kanak yang belum baligh.
 
Mereka perlu dilatih secara perlahan-lahan sebagai persediaan dan pengertian tanggungjawab seorang muslim agar apabila dewasa dan telah baligh kelak mereka sudah biasa dengan kewajipan tersebut.
Dalam sahih Bukhari, diriwayatkan daripada ar-Rabi’e binti Muawiz berkata: “Kami semua berpuasa dan kami juga melatih anak-anak kami berpuasa. Kami menyediakan permainan daripada bulu untuk mereka. Apabila salah seorang daripada mereka ingin makan, kami berikan mainan itu sehingga tiba waktu berbuka puasa.”
 
Panduan Menggalakkan Anak-anak Berpuasa
 
  1. Ajak anak-anak untuk menghias rumah dan membersihkan keperluan ibadat seperti sejadah, songkok dan telekung agar anak-anak dapat merasakan kepentingan bulan yang mulia ini.
     
  2. Bercerita kepada anak-anak tentang sejarah wajib puasa, syarat-syaratnya, rukun dan sunah di samping hikmah berpuasa supaya anak-anak melakukan ibadah ini dengan penuh kefahaman dan penghayatan.
     
  3. Melatih anak berpuasa secara beransur-ansur selama beberapa jam dan kemudian beberapa hari. Berikan ganjaran serta pujian di samping hadiah untuk menggalakkan mereka terus berpuasa.
     
  4. Bagi anak kecil yang berpuasa raikan mereka ketika berbuka dan bersahur supaya mereka dapat bersama berdoa dan berkongsi kegembiraan dengan keluarga. Libatkan mereka dalam persiapan menyediakan juadah berbuka puasa.
     
  5. Ingatkan anak agar menjalani ibadah puasa dengan penuh sabar dan beritahu mereka Allah SWT sentiasa bersama dan melihat setiap perbuatan mereka. Latih jiwa anak untuk reda dengan perintah Allah SWT, ikhlas beramal dan menjaga pantang larang berpuasa setiap masa.
     
  6. Jaga solat fardu lima waktu dan menunaikan solat berjemaah. Jika tiada halangan, bawalah anak untuk bersolat fardu dan Tarawih berjemaah di masjid. Bagi ibu yang tidak dapat ke masjid kerana menjaga anak kecil, mereka boleh solat fardu dan Tarawih berjemaah bersama anak perempuan di rumah.
     
  7. Beritahu anak-anak, Al-Quran diturunkan pada bulan Ramadan. Jadi ingatkan mereka supaya menghidupkan Ramadan dengan banyak membaca kitab suci Al-Quran.
     
  8. Sebaik-baiknya ajak anak-anak bertadarus bersama supaya dapat memperbetulkan tajwid dan pemahaman anak terhadap al-Quran. Malahan seeloknya galakkan mereka menghafal surah-surah pendek sepanjang bulan Ramadan.
     
  9. Beritahu anak-anak berpuasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga. Ingatkan mereka supaya memelihara kesempurnaan ibadah puasa dengan mengamalkan akhlak yang mulia seperti mengisi masa lapang dengan berzikir dan membaca buku berfaedah serta menjaga adab sopan.
     
  10. Amalan berjimat cermat dan mengelakkan pembaziran dalam urusan berbelanja untuk berbuka, bersahur dan persiapan hari raya patut diamalkan oleh anda agar dicontohi oleh anak-anak.
     
  11. Ajak anak-anak agar mengeratkan silaturahim dengan keluarga, jiran dan sahabat handai seperti mengadakan majlis berbuka puasa bersama serta amalan bersedekah.
     
  12. Ingatkan anak-anak kelebihan 10 hari terakhir Ramadan dan tidak meninggalkan takbir hari raya kerana terlalu sibuk dengan persiapan hari raya. Sambut hari raya dengan penuh keinsafan dan kesyukuran.

Thursday, August 4, 2011

Kesilapan mendidik anak..

Tinggal beberapa hari Baby nur zara nak masuk setaun. Byk perkara saya x nak terlepas.. terutama dlm mendidik Nur zara menjadi seorang anak yg solehah, berilmu dan beriman. Sekarang dia sedang bertakteh2 nak jln. Alhamdulillah,, sbgai mummy.. sy sgt teruja dgn perkembangan terbaru Nur zara. Mudah-mudahan dia dpt jalan dgn baik masa raya nnti.. amiiiiin

kali nak kongsi dgn korang info dlm mendidik anak..

“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.” (Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)
Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hamba-Nya. Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat. Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda :
“Tahukah engkau siapakah orang yang mandul.” Berkata para sahabat : “Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak.” Lalu Rasulullah SAW berkata : “Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia.”-(Maksud Al-Hadith )
Ini mungkin disebabkan beberapa kesilapan dalam mendidik anak-anak.
1. Kesilapan pertama: Kurang berdoa
1.1 Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah
* Saidul (penghulu) Istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 38)
* Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)
1.2 Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah
* Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 :128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 :74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.
2. Kesilapan kedua: Banyak memberi belaian Tarhib
(menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti :
* menakutkan anak-anak dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur
3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
* tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
* terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Kesilapan keempat: Menegur anak secara negatif
* mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah).
* membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)
* ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani

6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka.
Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. :
Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’ : “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata : “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”-(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas
* ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas.
Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.


9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.
10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak.
Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.
11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia.
Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam.
12. Kesilapan keduabelas: Bertengkar di depan anak-anak
Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.
13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar
14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video.
Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.
15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak.
Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.
sumber: http://tumarawatimanshor.wordpress.com
 Selamat menjalani ibadah puasa ya!

Tuesday, July 26, 2011

Nak berkenalan dgn baby Sophea...



Comel kannn..comel kann.... cute! olololo geram betol!

Nama baby Sophea Isabella..

 Tahniah kepada Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dan Dr. Halina Mohd Yunos selamat bersalin pada 21 julai lalu menerusi kaedah bersalin dlm air. Wow lepas ni mesti jadi trend kaedah bersalin nih yea. Pada yg mampu lah! Berat Sophea 3.6 kilogram. Boleh tahan!

Fuh pas ni i nak p cari magazine kot ada cerita pasal dorang ni. I admire lah!

Psstt.. pg td drive ke keje.. 1st time dgr lagu omputih siti Nurhaliza. Fallin in love. Not bad!

Thursday, July 21, 2011

.... kantoi!


Alahaiiiiiiiii zara oiii zara.. mak su balik nnti apa la mommy nak gtahu nnti.

Ada yg berjaya dia koyakkan. Buku mcm biodata ke apa. Kulit depan ada kartun2 tu. Suka ja dia yeaaa..

Asal hilang n senyap sunyi tu.. maknanya ada la yg dia nak proses. Ini salah satu feveret dia lah.

 Dictionary mak su pun nak amik. Sabar la nnti sampai masanya.. mommy beli buku yg tebal2 hehehe Cuma kena la belajar rajin2 nnti la yeaaaaa sayang.. 

Wednesday, July 20, 2011

nasi lemuni kegemaran ku..

hai..

Mood: lembik n tak bermaya

Hari ni saya berjaya puasa. N now jumlah nak ganti berjaya kurang sebyk 2 hari lagi.

Jap g x tau la nak buka puasa lauk apa.


Just nak kongsi salah satu feveret makanan saya. Di mana kalo saya mkn confirm tambah 2 x hehe..Ya la i kan suka ada ulam2 ni.. hehee Gambar ada lah goggle yoo.

Resepi Nasi lemuni atau leguni:


6 cawan beras

3 genggam daun lemuni ( leraikan dari btgnya) - mesin daun tersebut dan tapis utk. dapatkan airnya

5 cawan air daun lemuni

2 cawan santan

2 labu bawang besar )

2 ulas bawang putih)

3 inci halia ) mesin halus sedikit garam dan gula minyak



Masukkan beras, air daun lemuni,santan, bawang yang dah dimesin, gula+garam dan minyak ke dalam periuk nasi. Kacau nasi sekali-sekala untuk mengelakkan nasi dari mentah. Sedap you nasi ni kalau makan dengan sambal tumis ataupun gulai ikan kering!

Ini info pasal daun lemuni.



 
Nama Tempatan: Lemuni


Nama Saintifik: Vitex Trifolia var Negundo

Nama Lain: Dangla, lagundi,lipuk, tigau,three leaves chaste tree,Indian Privet, Indian wild-pepper

Famili: Lamiaceae/Verbenaceae



Keterangan:

Lemuni ialah tumbuhan dari jenis renek yang boleh mencapai ketinggian 1 hingga 4 meter.Satu tangkai daun memegang 5 daunnya,dengan daunnya berkilat di bahagian atas.Menurut kajian, daunnya juga mempunyai minyak pati dan resin.

kegunaan:

Akarnya boleh direbus dan diminum bagi perempuan lepas bersalin.Ia juga boleh digunakan untuk merawat luka terbakar dengan cara memanaskan daunnya didalam periuk yang panas tanpa dicampur air. daun yang panas ini kemudiannya ditekapkan pada luka tadi.Lakukannya dua hingga 3 kali sehari.Daunnya juga boleh digunakan untuk merawat penyakit beri beri, rheumatik dan cirit birit dan juga boleh digunakan sebagai antiseptik.Di Malaysia daunnya yang telah ditumbuk bersama bawang butih, lada hitam, kunyit dan nasi, kemudian digentel kecil-kecil digunakan selalunya untuk merawat sakit kepala, mata berair dan juga untuk menggalakkan pertumbuhan janggut.Ia juga digunakan untuk merawat kanser payudara.selain itu daunnya boleh juga dijadikan bantal untuk mengubat sakit kepala selain daunnya juga dijadikan ulam dan bahan campuran ketika memasak nasi. Daunnya juga dapat membunuh jentik-jentik dan boleh digunakan sebagai ubat nyamuk (nyamuk aedes).

Tuesday, July 12, 2011

Celeb kids

Alahai tomeinya anak pak tom n mak cik katie.
Ngan gayanya.. rambutnya. Mula la aku nak berangan nak dress up si baby zara nih..

 Kasut bertumit n handbag pun mengalahkan maknya.. Merah juga yg menawan





 Hijau tu mcm menarik.. dok pikiaq nak beli baju raya si zara.. stylo lah Suri Cruise!

Monday, July 11, 2011

So True? So False?

Isnin.. saya puasa
Isnin.. kat opis panas. Air cond tgh maintenance huhu
Isnin.. i buat BERSIH atas meja. Byk sgt kertas. Lega tgk dah.

MONDAY FEVER..!

I boring..Take five.. so jom saya nak cite my faveret artis. KIM KARDASHIANS. Dia dah tunang laa hehe. Pas ni lagi laa i ikut cita dia.Chanel 712.
Malas nak taip pjg2.. so i copy paste ja la kat korang.





The Kardashians don't do anything small. Least of all weddings.
But it was nevertheless surprising when it emerged this morning that Kim Kardashian's baller fiancé Kris Humphries liked it so much he put a 20.5-carat ring on it—after all, you don't have to be a jewelry expert to know that that's a lot. (But just for a little perspective, Kate Middleton's practically-visible-from-space bauble is a cool 18 carats.)

Naturally, it wasn't long before the estimates started rolling in, with experts speculating that the ring set the NBA star back a whopping $2 million. Forget two months' salary, that's almost a year's worth for Humphries, who last summer extended his option with the New Jersey Nets and pocketed just $3.2 million for the current season.
So is it true? Did Humphries really fork over seven figures for his bride-to-be's engagement ring? This rumor is…

So true!

"Big diamonds were always Kim's passion," the ring designer herself, Lorraine Schwartz, told E! News. "Growing up she always loved to look at rings. When Kris came in, he knew this but he wanted to make it his decision. He knew he wanted that 'wow' big, and he could have gone bigger, but he wanted Kim's ring to be something she would wear for the rest of her life."

After being schooled on the cuts and colors available to him, he ultimately went with an Emerald cut because "it's classy and elegant and he said it reminded him of Kim."

Now for those specifics: the Emerald-cut white diamond sits in a platinum setting, has a VS clarity grade (it stands for "very slight," and if you couldn't tell, is a very good ranking), and is a 16.5-carat gem with two side stones of approximately 2 carats each. Altogether, the ring, caught gracing Kim's hand at the airport by bauergriffinonline.com, is roughly 20.5 carats and valued at—yep—just over $2 million.

Not only that—Schwartz exclusively told E! News that Humphries got a special quote engraved inside the band of the ring, which also features a tiny heart engraved between the couple's initials.

While she's not disclosing what the message reads, she said that Kris took "three days to get it right" and that the quote is "very special and meaningful to the two of them."

Which he should be able to recoup soon enough. As Lamar Odom can no doubt attest, marrying a Kardashian comes with perks, among them access to endorsement dealmaker and brand manager extraordinaire Kris Jenner. Not that being engaged to Kim isn't its own kind of jackpot.

Read more: http://www.eonline.com/uberblog/b243960_true_false_did_kim_kardashians.html#ixzz1Rlf6DKHK

Friday, July 8, 2011

We love GREEN!

"Syg.. mana sayur???"

Bila saya dgr ayat tu kuar dari mulut En. abg. Dlm hati saya yea! *berjaya aku meracuni laki saya wajib mkn sayur*. Buat pengetahuan semua, en. suami bukan penggemar sayur. Siap kata saya ni mcm kambing suka mkn sayur. "cisss. Sebab saya mmg hantu sayur n ulam. Tika mengandungkan zara pun lagi la. Cuma saya x ambil sambal belacan. Konon nak bg kulit anak tantik hehe. So saya ratah mcm tu saja.

Ehem.. ehem.. puan blog sedang menjaga kesihatan dgn ketat. bukan diet yea.. *ke korang nak kata saya  diet.. suka atilah hehe*

Meh2 kita kongsi sama2.

Pelbagai kajian mendapati makanan berserat tinggi bukan saja membantu mengurangkan risiko barah, serangan sakit jantung dan tekanan darah tinggi, malah ia membuatkan kita kenyang dan membantu untuk mengurangkan kalori yang diambil setiap hari.

Cuma, ramai yang berfikir kita perlu menjamah bijirin yang rasanya mungkin tidak sesedap mana bagi mengikut saranan pengambilan 30 gram serat setiap hari.

Selain oat dan bijirin penuh yang kaya dengan kandungan serat, serat juga boleh dijamah dalam pelbagai jenis makanan.

Ada beberapa cara mudah untuk menambah serat dalam makanan. Antara cara berkenaan termasuk:

•Hiris halus bawang dan bawang putih. Satu pertiga cawan campuran bawang berkenaan boleh ditambah ketika menyediakan telur hancur. Menerusi jumlah terbabit, ia akan menambah kira-kira satu gram serat.

•Kisar sebiji oren untuk dinikmati di waktu pagi untuk menambah pengambilan serat.

•Gunakan mentega sapuan berserat misalnya badam untuk disapu pada roti. Dua sudu besar mentega kekacang itu menambah dua gram serat.

•Selepas menikmati kopi, jika ingin terus menikmati minuman panas, gantikan dengan coklat panas. Kebanyakan campuran koko segera mempunyai sebanyak tiga gram serat secawan.

•Bagi yang menggemari jagung, bertih jagung juga mempunyai serat. Oleh itu, jika teringin mengunyah, pilihan bertih jagung lebih baik daripada kerepek kentang. Pilihan lain yang banyak serat adalah jagung manis.

•Ketika memasak sup kegemaran, campurkan setengah cawan kacang kuda. Bahan ini menyerap rasa sup dan menyediakan kira-kira enam gram serat.

•Sayuran disarankan iaitu campuran brokoli, kubis bunga dan lobak merah, menyediakan tiga hingga lima gram serat setiap sajian. Jumlah itu adalah kira-kira dua kali ganda lebih banyak berbanding kandungan serat sayuran terbabit yang dimakan mentah.

•Untuk penggemar coklat, pilihan menarik adalah coklat yang disediakan dengan tambahan ramuan kekacang.

•Apabila menikmati aiskrim, tambahkan ia dengan beberapa jenis buah-buahan segar seperti rasberi, strawberi, beri biru atau pisang yang banyak kandungan serat.

•Pes tomato juga banyak serat dan ia boleh dipelbagaikan dalam pelbagai jenis masakan

Pegaga.. salah satu feveret ulam saya. Ratah gitu ja. Nyummy! hehe..

daa.. slmt berhujung minggu. *Minggu ni nak cari pegaga kat pasar pdg serai =)*

Monday, July 4, 2011

Alhamdulillah..

Syukur. Tuhanku

Baby Nur Zara semakin sihat. 27 hb june.. bb zara di masukkan ward. kelam kabut saya dibuatnya. Risau sepanjang bb zara di wad. Paling x tahan saya tgk dia menangis kesakitan bila doc masukkan jarum di tangan. Aduh.. Di bawah jagaan Dr. Dinesh zara di pantau dari semasa ke semasa. Dr. Dinesh mmg best!

Ini semua gara2 bb zara demam x kebah seminggu cam tu.. ubat pun dah abis.. mkn pun x lalu. (sakit anak tekak) Pagi isnin tu (27hb jun) bb zara jd lembik. Ubat punggung pun semuanya dah abis. Last saya tempek cool fever. Kurang la skit. Pas tu tanpa pikir pjg saya terus bw bb zara ke hospital. Dan doc suggest admit. Cal hubby.. then dia pun setuju.

So ibu2 di luar.. bila rasa badan anak panas. Cepat2 la bawa anak ke klinik. Jgn la nak tangguh2. Bahaya okay. nak2 baby2 nih. Dah la x bole nak ngadu. x bole bercakap lagi. nangis.. n nangis tu ja la tandanya dorang x sihat.

Dan korang jgn la nak bg sweater  yg tebal2 tu. Baju pun saya pakaikan yg lobang2. N kadang2 saya mandi dan biarkan bb zara hanya pakai pampers. Duduk dlm bilik . pasangkan aircond.

Dan pagi ni i dah stat antar ke rumah pengasuh. Nampak hepi je dia. Ya la dah sihat. Lega saya tgk. Lagi sekali.. syukur tuhan. Semoga Bb zara semakin sihat, cergas.. amiiiin. Mommy sayang sgt ngan kamu!

Oh yeah.. i've been fasting like everyday.. ya la korang tinggal 7 hari. Saya 23 hari okayyy!. N alhamdulillah now tinggal 9 hari lagi. Caiyok2.

Lain2.. saya dok jeles baca status di facebook.. masing2 dok report "nak" , "dah sudah", "baru"  nak pergi tonton transformers. Disebabkan anak sakit kami terpaksa tangguh. Ini semua demi anak. Mak tok zara pun bz. huhu. Ke KL sajaa.

Below pic bb zara n i, 2nd days at hospital.....


 Mlm nak tido bb zara tantrum. Plus dia rimas dengan balutan di tgn. Abis nurse guna skill pujuk si bb zara. (Actually i ada rakam video si zara nangis2.. bila i tunjuk kat dia balik, bole dia x nak tgk, n wat dunno. video hepy2 nak tgk pulak dia. isk2.. malu la tu)


 i bawa feveret book "ricky rabbit".. sian nengok bb open book guna sblh tgn. Pandai plak tu hehe.. mulut jgn ckp la.. aaa wuuu hehe. Ikutkan saya si patrick pun i nak bawa. haha kang penuh pulak katil tu..

dann 
>
>
>
>



Encik suami ku.. terima kasih abg.. korbankan cuti n wang..(bukankah suamiku seromantik mcm seth? haha) Jaga anak n mommy skali hehe. (Sbb i asyik order mkn haha, ya lah i x sakit.)hubby i X bole ke mana.. cos bb zara.. b4 tdo cek dulu ayah n mommy ada. jenguk ayah di bwh katil then dia pun sleep. Kelakar i tgk.

4th day... oooo demam campak rupanya. byk kan???

psstt.. byk dah perkembangan terbaru Bb zara. Later lah i story

Hv a happy 4th of july guys!

daa =)

Monday, June 13, 2011

I loveeeeeeee JUNE


Di mulakan dgn pic bayi berumur 10 bulan =) Luv u so much!

Hello..

Yeaaa dah bulan Jun. I likeeeeeee june. (nak lompat2 lah!) Korang tau kan hehe(muka malu). Tp bila pikir balik adus.. tinggal bp angka je lagi nak no 3.. huhu dun like.. dun like

Sebelum tu ..nak kecoh.. i berjaya puasa lagi hr ni.. yeah..caiyok2. *byk lagi weh huhu*
okie.. now i want update story my lil princess. Bb nz now officially 10mnths. wah...Time flies.. yeah i know. a lot memory me n my bb NZ. i spend time together. Dia nangis kesakitan sy pun sama. Dia ketawa sy pun ketawa.

Me?? i'm so bad at updating blog. Konon ada blog.. tp hampeh. Lagi skali sy kagum blogger yg hari2 update.  Ermm i stop since My bb demam2. N sy ayik ulang alik ke klinik n hospital. Gelabah, risau.. tu la yg berlaku. Almaklum 1st time jd mommy. Tika ni lah kesabaran, ketahanan, fizikal n mental di uji.  

Now, keadaan bertambah tenang. My princess makin active.. maka berat pun turun. N maka mula la dpt nasihat dr nurse supaya tambahkan berat bdn. Tp sy rasa ok je. *Nak soh anak aku obes ke apa huhu..*


Kuat menjerit.. sekiranya tidak puas ati dgn sy. Sakit telinga. Dan kuat gigit. Zara menggigit tangan n kaki saya like my body ayam goreng KFC hehe.. *eheh.. kat taman sy baru ada KFC lah.. haha* sakit okk.. gigi atas dah tumbuh.. lagi la huhu..

Kuat mengajuk.. terutama kalo dgr org bersin. satu lagi perkara yg bole buat saya scream n saya bole dpt serangan jantung aktiviti stunt zara. Menghempas badan. If atas katil ok la. If atas simen.. atas mana2 yg permukaan yg keras... x kena gaya , jatuh ke apa..mmg menangis kuat la dia. Lain stunt, berdiri lalu melepaskan tgn sambil sengih2. Alahai zara risau mommy. Mkn pun ok lah. Kena puji2 n kis2.. clap2 kat dia pas satu suap porridge. Baru abis licin porridge saya.



Lain2 perkembangan zara.. i noticed, mula fokus, suka ambil brg n lempar. Apa saja lah. ONE THING yg membuat saya happy, dan berharap pun sudah berhasil. Zara dpt bezakan Book n toys. Good2. Dia akan mengambil buku, then terus belek, n buka page by page. Mommy bangga ok. Bila baca.. dia akan guna bahasa dia lah haha uuuu aaaa. Seperti nada saya bila bacakan dia sebelum tido. Yg toys lain dia akan mkn. If buku, zara x kan mkn.  Alhamdulillah. Syukur.

Setiap kali sy memandang zara, saya berdoa, supaya saya diberi kekuatan, kesabaran untuk menjaga zara menjadi anak solehah dan sentiasa sihat amiiiin. Dan saya masih memerlukan ilmu menjadi ibu yg baik n more tips about parenting..

Bulan june jugak saya mmg ibuk.. next week majlis tahlil di rumah sepupu permatang sungai dua. Dok pikir, nak bg apa eh.. Pas tu ke Kl. Tp x pasti nak pegi ke tidak huhu.. semua masih dlm planning.

Sekian.. dr mommy zara.

*Kepada pengguna ipad.. kadang2 i rimas nengok u all nih, jgn nak perasan aku nak tgk ipad kau, Padahal kau dah lindung aku nak pilih handbag yg gojes2 di rak. Kau pegi cari tempat duduk then tenung la ipad kau tu puas2.*


Last.. pic Zara merajuk.. kena tinggal. Sebab mak pak dia nak p tgk Maharajalawak di PISA. Sory Ya baby, masih belum sesuai untuk umo zara.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails