Friday, October 1, 2010

Zara kesayanganku..

Hari ni umur Zara dah 1 bulan 12 hari.. berat dah pun 4.8kg. Patutla menyuskan Zara kejap dah lenguh tgn. Skang Zara kuat memerap minta dberi perhatian. Atau Zara rindukan ayah.  (Ayah pun rindu kamu) I guess. Saya suka tgk aksi2 cumel Zara. Terutama bila  Zara menangis. comel. Bila Zara nangis saya akan biar sehingga piccing yg tinggi baru saya sedar haha.. kadang2 husbend marah cos biarkan Zara cam tu. Nak wat cam na mmg saya suka tgk zara nangis.

Satu lagi Zara suka wat magic ngan saya. Dari hari ke sehari.. muka berubah2. Kejap Angelina Jolie.. kejap JenifferAniston. tak.tak haha And lastly mummy tgk Zara x ubah mcm ayah. Ok fineeee Nur Zara anak daddy. (Sambil berharap org pasan dagu terbelah Zara mcm saya). Zara pun dah makin tembun. Belek tgn.. belek peha. semua nya makin tembun.

Nak protest pangai Zara bila tido. Zara tido lasak. Pusing kiri kanan sampai tercium bantal then jerit nangis.. mcm mummy wat salah. Terkejut ooh. Now Zara lebih suka tido dlm buaian dan x mahu tido sebelah ngan mummy. Kecewa okay.. nnti nak ngadu ngan ayah. hehe

Bulu mata dah panjang. Rambut cacak2. Look boy. x nmpak gurgurl lah!.. Zara cepatla besar nnti bleh ikut mummy tgk wayang sama2. 

pssst.. korang x tau la problem apa.. dok upload pic zara x leh laa. Later2 la yeaa

Wednesday, September 22, 2010

Hari Majlis berendoi & Akikah Nur Zara

ibu bapa saudara saudari sekalian.. anak di ayun kami syairkan. bersama2 kami doakan ..
jika besar.. anak ini tetapkan iman. pabila sudah dewasa .. jgn ingkar.. dgr ckp ibubapa
syaitan dan iblis harap dijauhkan.

Ini lah salah satu lyric melayu ketika berendoi kan Nur Zara. Ada yg tersentuh bila mendengar lyric nih.. mendalam sungguh.. Saya hanya mengamin kan.

Mlm sebelum hari berendoi hubby ada tanya saya. Cam na majlis berendoi tu.. nnti Zara kena wat pe?? serius saya pun x bp tahu. Ikut ja Mak tok dia yg wat. hehe

Majlis berendoi dimulai ngan tahlil jam 10 pagi

Groupe Tok Su.. sedang baca tahlil. Setelah bacaan tahlil abis dibaca..mula la majlis berendoi. Saya diarahkan duduk di tgh2 bersama Zara. Serius masa ni pun saya x tau apa yg berlaku seterusnya hahaha




Apa yg saya wat tu?? Zara rengek2 nak nangis.. Zara kalo nangis suka di tepuk dgn cara belakang. Then terus lena. Senangkan. :)

Next pic.. Zara akan dikelilingi semua tetamu. Dan saya pasan makcik2 tu  doa n hembus kat muka Zara. 
 Last.. Tok su suapkan Zara ngan air zam2 n kurma disusuli dgn doa.

 Hah ni lah pengantinnya hehe.. sepanjang majlis berendoi Zara lena ja. Bagus x wat pangai. Risau jugak saya. alhamdulillah selesai sudah.

 si kecik ni semuanya nak tolong tapi.. nyusahkan lagi ada ler. una..una




 Antara tetamu yg hadir..

Semoga anak Mummy menjadi anak yg soleh.. seperti doa2 yg dibacakan. Insyaallah mummy akan didik Nur zara menjadi anak yg berguna, dan seterusnya cemerlang. 

psstt... ayah Zara dah gtahu nak anak dia jadi seorang Doktor. Wahh besar tanggungjwb saya tu huhu.. Insyaallah.

Persiapan Akikah Nur Zara

Salam.. baru tgk calendar. Lagi seminggu sy nak abis pantang. X sabar nak tibai ayaq tin.. haha kat setaun x minum ayaq tin. Zara tgh nyenyak tido. Kat luar ujan.. dan saya rasa Zara akan lena lama skit.. so i tgh free. Tumpang rajin.. meh nak story kikah Zara.

Akikah Zara buat time raya ke 6. Buat terus. B4 hubby terbang. Lagipun semua cuti hubby dah pakai. Pas ni x yah nak pikir2 dah. Kikah Zara hanya wat kecik2 sajoo..  Jemputan lebih fokus pada adik badik. Dan segala perancangan majlis tentulah diketuai ummi oopsss Dah tuka Mak tok. I malas nak pikir ulur duit jaa.. haha.. 

Meh la tgk gambar. Pic byk.. tp yg ada ni pun ok laaa....
   
Mak Teh adalah ketua tukang masak anak didik  arwah tok saya. Yang sgt garang n berdisplin ketika masak. Hasilnyaa mmg terbaikkk ooohh. mkn sehingga menjilat jari. Next pic rempah ratus terpilih oleh Mak Teh dan hasilnnya.. masak kambing masamah betoi ka eja huhu



Pembantu2 Mak Teh.. ramaiii tp malas nak boh. Ko tgk tu Mak teh saya.. tgh bg arahan byk mana sukatan ditentukan oleh Mak Teh sajoo. Yg lain ikut saja hehe. Aik tok wan cbuk wat pe tu???

alaaa lupa nak soh hubby capture pic kambing Zara handsome ke xxx??? daging yg telah siap dibersihkan
Di sebelah mlm cbuk buat bunga telur n bunga rampai gift pada tetamu. Ko tgk budak kecik tuu husna nak menyibuk jugak.
Bunga telur siap untuk diberi kepada tetamu

Tuesday, September 21, 2010

Good Luck Najihah!!!

Hari ni adik bongsu saya Farhah Najihah sedang berjuang dlm UPSR.
Kaklong tahu jihah bersungguh2 nak dpt 5A.
Ummi.. abah.. dan lain2 selalu berdoa tuk jihah.
Moge jihah jwb ngan tenang dan cemerlang.
Selamat maju jaya Jihah!
amiiiiin


Sunday, September 19, 2010

1st Raya as a wife & Mummy

Wahhhh.. penyakit M.A.L.A.S saya dah dtggg. Tapi nak kena ada jugak n3 raya. At lease ada gak satu. Raya taun ni mcm2 pgalaman yg saya dpt. Ya la Raya 1431H saya dah berstatus isteri n mummy. Rasa lain sgttt. Plus raya tgh pantang.

Hah bab yg paling kelakar time bersalam ngan si suami. Bleh x saya ilang ngatan jap. Sehingga di tegur si suami "hai syg.. x maaf ngan abg pun" : a'aa laa haha. Abg yg last sy salam.

Terus kami dua lari masuk bilik. Malu lahh. 
Bleh time sy nak bersalam bleh gelak2. Siap tanya Hubby nak kata apa. "Hai dosa byk nih kena mintak maaf dr ujung rambut ke ujung kaki".. then sy pun ikut ja la apa yg abg kata. haha adoi hai. teruk tol.X pe lah janji dah minta maaf hehe

Oh ya hari ni genap Nur zara 1 bulan. Sok nak bw Zara ke klinik. Nak cucuk, Hopefully dia x wat peel.
okay.. sekian. di akhiri foto keluarga


Selamat hari raya. Maaf Zahir & Batin dari kami..

Mohammad Muzammil

Farah wahida

Nur Zara Muzalifah

Sunday, August 29, 2010

Nur Zara dah botak..

Ptg smlm Nur Zara dah selamat cukur rambut.Kelakar lak tgk face Nur Zara botak. Lewat skit  cukur sbb Nur Zara masuk wad demam kuning.

Sampai hari ni kuning Nur Zara ada.. risau saya. Doakan Baby Nur Zara Sihat ya!

Oh ya.. hari ni Nur zara DAH MASUK HARI KE 10. Hampir setiap hari org dtg melawat Nur Zara. Terima kasih yg datang. Kwn2 opis, (kak riena thanx dtg smlm!) kwn2 ummi, n jiran2 dll.
ok nak out.. nak tgk Nur zara kat depan. byee.. selamat berbuka nnti! :)

Psst.. ayah Nur zara nak terbang ke Miri ptg ni.. so saya dah x dak broadband.. x dptla nak update dah huhu.

Thursday, August 26, 2010

1 st time mengurut..

Pagi ni first day saya mengurut. Gila sakit aaarrrrrrrrrrr
X sangka badan saya byk angin. Terutama bhgn kaki. That's y.. kaki saya bengkak masa pregnent.

Masa mak cik naina ka apa nama dia.. lupa, sentuh ja terus saya mengerang sakit.
Saya mcm nak sepak ja mak cik tu.. tp dgn pgalaman yg dia ada, mak cik tu berjaya mengawal saya.

Sambil mengurut mak cik tu bg ceramah laa. Katanya kita org pompuan kena jaga. Terutama bhgn lutut n peranakkan kita. Bila dah tua ini la yg sakit. Okkkkkkkkkk . Saya mengangguk sambil mengerang kesakitan. Tapi lepas abis ngurut.. rasa ringan.

Sok continue lagi. Mak cik tu nak dtg awal la plak. Ni yg maleh huhu..

Wednesday, August 25, 2010

Muzammil & Muzalifah

Hola.. hari ni saya berpantang dah masuk hari ke 7.. saya hanya menurut perintah ummi. Menu hr ni ikan haruan n daun pegaga. tu la menu saya.. tp saya layannn. Satu pengalaman yg besar sy pakai kain batik n stokin spanjg masa. Gila terseksa jugak rasanya.Sambil berharap cepatlah tempoh pantang ni berakhir..

ohhh Skrg kami ada hobi baru... suka bertenggek tepi baby Nur Zara.. hehee
Then hubby n saya akan tgk setiap pergerakan Nur zara.
Bayangkan hubby nak baca suratkhabar pun nak bertenggek tepi Nur Zara

Pas tu mula la..

saya: Eh.. eh.. Zara cebik mcm abg la
Abg: Eh.. eh dagu dia double chin mcm syg.
     Syg.. tdo mcm ni la..
haha..

adeh.. saya mmg x leh tinggalkan  Nur zara wpun sesaat. mmuahh


Anak daddy..

Okay.. nak tdo.. tata ..ada sapa2 nak kim slm kat Nur zara? hehe

Tuesday, August 24, 2010

Welcome...

Alhamdulillah saya dah selamat bersalin...

Introduce.. My lil princess

Baby Nur Zara 2 day..

Baby Nur Zara 1 Days

Nur Zara Muzalifah Binti Mohammad Muzammil

19/8/2010

Berat: 3.15kg

11.37 p.m

Bersalin normal

Wish me selamat Berpantang hehe...

Wednesday, August 18, 2010

8 Ramadhan 1431

Selamat pagi semua.. hehe hr ni saya baru stat keje. 2 hari mc. Saya masih belum ponteng pose. Baby dlm perut seolah2 memahami bulan ni bulan ramadhan. Kadang2 senyap di dlm perut saya. Masa tu juga saya akan pujuk baby  "baby.. sabar eh.. lagi 1/2 jam nak berbuka" dah berbuka baru la dia bergerak2 suka la tu dpt mkn hehe..

Alhamdulillah.. smlm kami berbuka sederhana sahaja. Kuah pejeri, pecal (kalo kat KL dulu panggil gado2), dan saya buat kuew tiaw sup.. simple n mavles. Puas hati buat sendiri. Sbb kita tahu x kan kecewa. Kalo beli kadang2 hampeh.. dan sedikit kuih. Abis licin hehe. X dak isu pembaziran makanan. Kan molek gitu.

ohh saya masih belum ada tanda2 nak bersalin. Makanya saya boleh lagi mkn mcm2. saya sedar skrg idung pun dah kembang semacam huhu.. badan jgn ckp laa. kaki masih lagi bengkak. Kulit di perut pulak gatal2. Sungguh menguji.

Adik ku yg bongsu x abis2 ngan peel dia. Asal balik umah, najihah akan belek2 baju2 baby then lipat. Aduh.. stress kak long tgk najihah wat cam tu. Sabar yeaaa..

Ok la kita tunggu perkembangn baby sbtu ni. appoiment ngan Dr. Chan.. Dr. chan soh saya byk berjln. yess Dr.. sy akan berjln sampai sakit pingang.

Di akhiri.. sesuai ka bw budak2 smyg terawikh. Tidakkah akan menganggu jemaah yg lain.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails