Monday, August 2, 2010

Bila dah rinduuuuuuuuu...

Kalo cite pasal rindu mesti la kat hubby sy yg sorang ni.. Lately ni sy mcm perlu perhatian yg lebih dr suami. Pantang lambat hubby reply siap la dia kena marah ngan sy hehee. Kadang kala dah mcm kebudak-budak dah. Bertuah la korang yg ada hubby di sisi. So hargai lah. eceh.. Dan mulalaa kami asyik sent MMS haha.. mcm2 sy nak tunjuk kat dia. kaki saya yg bengkak pun sy sent. Suatu mlm...

me: abg.. rindu kat syg x...
Abg: rindu laaa
me: kalo cam tu abg rindu balik sekarang jugakkkkkkk
(Saya dah stat wat perangai mcm budak2)

Abg: Mana boleh abg kat sini keje.. nak bg duit  kat syg lg (see... hubby pujuk pun mcm budak darjah satu hahaha). Nnti abg balik laa. tiket pun dah beli. x lama dah punnn.

(Bila dgr nak cari duit teruss...)
me: ok laaaaaaaa.. sory la syg rasa lambat sgtt

sy rasa tiap kali hubby fon.. tiap tu la sy soh dia balik. hee

Oh ya.. kandungan saya dah masuk 36 minggu. Sy kerap nak mkn. Asyik lapoorr ja. Mlm pun tdo susah. Pusing kanan pusing kiri. Semua serba x kena. Baby pun makin padat dlm peyut. Sy rasa ni simptom biasa bg trimester akhir. Saya harap baby sihat.. sempurna di dlm. amiiiiiiiin

Friday, July 30, 2010

Banyaknya produk di pasaran ya..

Hari ini hari Jumaat. Tu tandanya esok kita cutiii hehe. Pagi ni x dpt join ngan member pegi tazkirah kat CITU. Di sebabkan keadaan saya yg sarat. Jalan pun dah slow tahap melampau hehe. Jeles tau member pegi. Oh ya.. sekarang saya dah start survey produk berpantang. X beli lagi pun. Just nak tgk2 produk di pasaran. Saya x pikir sgt pun. Cuma disebabkan ummi yg terlalu komited pasal benda2 pantang nih  so.. saya pun nak tau skit2. Search di tenet. Sekali omak aiii byk ya.. antaranya

- jamu mak dara
- leesa formula
- nona roguy
- sendayu tinggi
- salindah

Korang berpantang mkn apa eh.. berkesan x??  Kalo mkn panas x? kongsi la.. 

Thursday, July 29, 2010

Trimester akhir: 35 minggu

Minggu 35 :


Hai mommy!! Umurku 33 minggu sekarang. Panjangku 45 cm dan berat badanku 2,2 kg. Aku akan berkonsentrasi meningkatkan berat badanku sekarang. Tinggal 5 minggu lagi!
 
Berat janin sekarang mencapai 2,2 kg dengan panjang total 45 cm. Sebagian besar organ janin sudah sempurna saat ini, janin akan berkonsentrasi untuk meningkatkan berat badannya di minggu terakhir kehamilan. Bila janin Ibu laki-laki maka testisnya sudah berada di kantung skrotum sekarang (kantung zakar).



Ibu :

Pengukuran rahim dari pusar berkisar 15 cm dan pengukuran dari simfisis pubis sampai bagian atas rahim mencapai 35 cm. Ibu mungkin mulai merasakan peningkatan dari frekuensi berkemih. Hal ini dapat terjadi kerana janin yang semakin besar mulai menekan kandung kemih. Kurangi minum sebelum tidur dapat membantu mengurangi frekuensi berkemih di malam hari. Produksi ASI di payudara Ibu dapat menyebabkan sedikit rembesan yang disebut kolostrum. Mulai minggu ini, Ibu akan diminta untuk datang kontrol 1 minggu sekali. Saat ini juga merupakan saat yang tepat untuk membicarakan rencana persalinan bersama pasangan dan dokter Ibu.



Persiapkan barang-barang yang akan dibawa apabila Ibu akan bersalin nantinya dan tentukan hospital dimana Ibu akan melakukan persalinan (lengkap dengan rute menuju rumah sakit tersebut). Jangan lupa untuk selalu makan dengan frekuensi yang teratur dan mempersiapkan makanan kecil untuk tenaga Ibu. Di saat persalinan nanti Ibu akan membutuhkan seluruh cadangan glukosa untuk mengedan.
 
 

Thursday, July 8, 2010

Saya dah raya dulu..

Helloooooooooo.. mesti terkejut kan. Raya apa laa tu.. Semalam Pulau pinang cuti sempena ulang tahun pengisytiharan bandar Gorgetown sebagai tapak warisan dunia UNESCO. Dan aktiviti sy semalam ada lah mkn.. mkn dan mkn hahaha . Saya tingin nak mkn ketupat ngan serunding. Maka semlm adalah hari yg terbaik tuk tunaikan hasrat sy. Mangsa saya adalah ummi n mak teh hehe. Nak bg meriah ya la kata nak wat mcm raya saya panggil sepupu2 saya haha.. sama-sama balut ketupat. Tp dgn daun pisang jaa.. mmg meriah kat umah tok saya. Ya la raya taun ni kan saya berpantang. So.. saya nak raya awal heehe. Ketupat n serunding Mak teh mmg terbaikkkkk.. puas dpt mkn.


Selain serunding daging.. mak teh wat gulai ayam. Kata ramai... penuh kuali tuu

Ptg lak.. mak buyung ni x dok diam weyyy haha kan saya kata cuti penuh aktiviti mkn. Saya tingin nak mkn rojak tonggek kat Bagan. Sebbaik kedai buka. Sampai2 ja mmg ramai yg tgh bertonggek. Ishk malulah mkn dlm keadaan cam tu. Kami tapau then terus mkn di rnr Bagan. Di sana pun sy ramai org. may be sbb cuti.


Mak buyung yg hepy dpt besrsantai di tepi pantai. Dah lama x dgr bunyi pantai. Nyamannnn ja.


Sambil duduk2 mkn saya perhati kaki. ohhh makin membengkak huhu.. kaki sy start membengkak masa kandungan 5 bulan tau! awalkan.. Ekceli byk pic. Tp di camera ummi. Later sy upload. Skang sy tingin nak mkn bubur lambuk haha ummi jgn lupa buatttt hehehe.

Tuesday, July 6, 2010

olololo.. comei sgttttttttttttttt


Saja tempek gambar baby.... comeiiiiiiiiiiiiiiiiii kan??? aduhai..
Baby baru lepas mandi hehehe


Wednesday, June 30, 2010

Tag Kak Riena..

Hohoho saya ada 3 tag yg masih belum dilangsaikan. So ptg ni nak kurang kan jumlah tag. Tag ni dari Kak riena.. sory kak terlambat skit. Ntah2 tuan punya pun dah lupa. huhu. Opis masih cbuk ngan pendaftaran pelajar baru.. Semester ni 3000 lebih pelajar baru. Fuh mmg ramaiii. Jenuh la kami nak layan karenah2 budak2 nih..

Jom kita tgk soalan2nyaaaa..

1) Apa yang bermain di fikiran you all sekarang?


:: Ingat balik nnti nak makan salad… rebus ubi, boh salad, kalo ada carrot dalam peti ais bleh la letak last boh thousand island. Then tabor pasli. Pas tu nak minum fresh milk wahhhh sedapnya. Hahaha otak aku nak mkn ja..



2) Apakah nama samaran you all?

:: Dari sekolah org call me Farah..



3) Berikan 3 orang you all syg:

:: My lovey dovey familia.. My buddies n sepupu papat..



4) Panggilan untuk si dia:

:: abang ermm kalo nak kan sesuatu darlinggggggggg.. kehkeh



5) Hadiah yang you all impikan dari seseorang yang istimewa:

:: I nak gi Perth, Australia. Dah gtahu. X tau la dia ingat saya main2. Sungguh saya nak pegi laaaa



6) Blog mana yang you all suka visit:

:: mama blog.. nak tau experience org bersalin, jaga anak... N onother all my fren blog list.. I visit.. ya la nak tau perkembangan semasa dorang.



7) Tag kan kepada 15 org blogger yang you all rasa menarik:

:: hah selalu saya yg terkena. Now nak kenakan jeng2 :



irah

Daniamy

Kak ina (Keranamu aku disini)

Eqen (my life)

Riy (Aku Gadis Ikan)



Hehe.. kawan-kawanku sekalian.. sila jawab ya! I tungguu..
Pesan saya.. HADAPI DENGAN SENYUMAN kehkeh



terima kasih.



Saturday, June 19, 2010

1906

Saja nak ada entry tarikh 1906 hehe..Tarikh ni special sempena kelahiran seorg puteri cewah.. yg bernama FARAH WAHIDA hehe.. apa2 pun saya bersyukur di atas nikmat tuhan beri kepadaku. Semoga hidup saya terus cemerlang n gemilang. Dan saya sgt bahagia menjalani kehidupan bersama org2 tersayang.

Seperit mana pun esok....
Senyumlah...
Kerana senyuman itu penawar kepahitan..
Semoga ALLAH mempermudahkan urusan kita esok dan seterusnya...
Amiiiiiiiiiiin

Tuesday, June 8, 2010

Tujuh ayat cinta

Sabda Rasulullah SAW:

Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan..


1. Bismillahhirrahmannirrahim : pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Alhamdulillah : pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.

3. Astagfirrullah : jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4. Insyaallah : jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

5. Lahaulawalaquatai llahbillah : bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.

6. Innalillah : jika menghadapi musibah atau melihat kematian.

7. Laailaahaillallah : bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya.

* Amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah.

Monday, June 7, 2010

Panduan pemakanan hamil saiz XX




Sy kerap di sapa dgn ayat ini.. "Eh fara.. makin berisi laa (maksudnya makin tembam). Aduhai x pasan ke?? Lihat la peyut sy nih. I berisi ada sebab lah! huhu. Of cos lah ada perubahan dr segi fizikal. Sabo je la yeaaa..

Ok la sy x mau bebel2 pjg. Sesiapa yg hamil.. mesti risau pasal berat badan. K.. now nak share tips skit ngan u all. Mana tau berguna tuk anda yg sedang berbadan dua :).


Berat badan ketika hamil perlu dipantau terutamanya bagi anda yang bertubuh gempal. Mahu tahu bagaimana?

Anda dikategorikan sebagai memiliki berat badan berlebihan jika BMI awal usia kandungan adalah antara 25 dan 29.9. Bagi BMI 30 atau lebih anda adalah obes. Walau bagaimanapun, jangan khuatir. Apa yang penting, anda perlu melalui kehamilan ini dengan sentiasa menjaga pemakanan seharian.

Langkah pertama yang perlu diketahui ialah berat badan yang seharusnya anda tambah sepanjang hamil ialah antara 7 - 11kg di akhir kehamilan. Ini bererti setiap bulan, pertambahan berat badan perlu berada di antara 0.9 - 1.3kg sahaja terutamanya di trimester kedua dan ketiga. Bagi yang obes pula, pertambahan adalah antara 5 - 9kg.

Sementara itu, anda mungkin ingin mengehadkan pemakanan sehingga melampaui batasan semata-mata mahu menjaga purata pertambahan berat badan. Usah berbuat demikian! Amalan itu berpotensi memberi bahaya kepada anda dan bayi.

Dalam trimester pertama, adalah normal jika berat badan berkurangan.Ini kerana anda mengalami morning sickness. Loya yang dialami sering mematikan selera makan manakala kekerapan muntah menyebabkan kalori yang diambil berkurangan. Namun, jangan risau. Bayi anda tetap mendapat zat pemakanan yang diperlukannya untuk membesar.

Dia mendapat keperluannya menerusi simpanan kalori dalam lemak yang disimpan oleh tubuh anda. Jadi, biarpun anda mengalami sedikit penurunan berat badan pada trimester atau mengekalkan berat badan sedia ada, tiada apa-apa yang perlu dibimbangkan.

Strategi utama anda kini ialah makan secara sihat dan cuba untuk kerap melakukan senaman setiap hari. Belajarlah untuk makan secara seimbang. Paling penting, jangan lupa untuk minum air mencukupi setiap hari. Lakukan senaman secara tetap tetapi pastikan ia bersesuaian dengan keadaan anda kini. Antara jenis senaman yang digalakkan ialah berjalan, berenang dan aerobik. Walau bagaimanapun, anda perlu berbincang dengan doktor terlebih dahulu sebelum memilih apa-apa jenis senaman.
Makan secara sihat

Kehamilan merupakan masa penting untuk menjaga pemakanan. Apa yang bakal anda makan akan disalurkan kepada bayi. Malah, keperluan nutrisi anda pun penting agar mampu menyokong perkembangan bayi yang sihat. Walaupun bertubuh besar, ini bukan masanya untuk anda berdiet. Untuk itu amalkan panduan berikut untuk memastikan anda kekal sihat sepanjang kehamilan.

1.Ambil sarapan

Hari anda perlu dimulakan dengan sarapan yang sihat. Sarapan yang mengandungi protein, lemak, karbohidrat dan serta akan membuatkan anda kekal selesa sepanjang hari.

2.Makan sedikit

Makanlah dalam jumlah yang sedikit tetapi pastikan anda selangkan dengan snek di antara waktu makan. Sebaik-baiknya makan 6 kali sehari berbanding hanya makan tiga kali waktu makan utama.

3.Protein

Pastikan dalam setiap hidangan mengandungi protein dan elakkan makanan yang dihasilkan daripada gula halus atau tepung putih. Dengan cara ini, ia berupaya membantu menstabilkan paras gula dalam darah dan mengurangkan rasa lapar.

4.Buah dan sayur

Tambahkan kreativiti dalam menyediakan hidangan buah dan sayur. Masukkan parutan lobak merah di dalam telur hancur atau taburkan hirisan zucchini atau timun di dalam sandwic. Potongan kecil epal, sayur-sayuran pelbagai warna pula sangat enak jika dijadikan salad.

Thursday, June 3, 2010

Tick tock... Tag!!!!

Wahh.. dah lama x dpt tag. Sekali dpt.. fuhhh mmg mencabar. Tp dun wory la mesti bleh jwb nya. Tag ni dr Daniamy. Masa saya jawab tag ni buat sambil gelak2 haha.. gasak la ko amy.. janji saya jwb. So hope amy tima la yeaaa. If x jupa sila google kkkkkk hehehe


So.. ni rules dia.. amboi kunun2 nak bg susah la tu hukhuk


Rules :

It's harder than it looks...Copy to your own notes...
Erase my answers...
Enter yours and tag twenty (20) people...
Use the first letter of your name to answer each of the following questions...
They have to be real...
Nothing made up...
If the person before u had the same first initial, you must use different answers...
You cannot use any words twice...
and
You can't use your name for the boy / girl name question...


1. What is your name : of course my nice name is.. Farah :)

2. A four letter word : Free

3. A boy's name : Farid

4. A girl's name : Faridah.. haha

5. An occupation : Farmer

6. A colour : Floral

7. Something you wear : Flip flops Shoes ahakksss

8. A food : Fried rice

9. Something found in the bathroom : Feminine wash.

10. A place : France

11. A reason for being late : Feeling still 6.00am haha (kiranya rasa hari masih gelap)

12. Something u shout : Fuhhh!

13. A movie title : Ferris Bueller’s Day off

14. Something u drink : Fresh oren

15. A musical group : Feminin haha Ingat x?

16. An animal : Flamingo

17. A street name : Fetter Lane Street (hah tau x kat mn? Kalo korang gi London pasti jupa wakakaka)

18. A type of car : Fair Lady


Mangsa seterusnya.. ooohh sy x kejam. Sapa yg bc this n3 sila la jwb :):)

p/s: amacam Amy... ok la tu. Janji i jwb hahaha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails