Wahh.. dah lama x dpt tag. Sekali dpt.. fuhhh mmg mencabar. Tp dun wory la mesti bleh jwb nya. Tag ni dr Daniamy. Masa saya jawab tag ni buat sambil gelak2 haha.. gasak la ko amy.. janji saya jwb. So hope amy tima la yeaaa. If x jupa sila google kkkkkk hehehe
So.. ni rules dia.. amboi kunun2 nak bg susah la tu hukhuk
Rules :
It's harder than it looks...Copy to your own notes...
Erase my answers...
Enter yours and tag twenty (20) people...
Use the first letter of your name to answer each of the following questions...
They have to be real...
Nothing made up...
If the person before u had the same first initial, you must use different answers...
You cannot use any words twice...
and
You can't use your name for the boy / girl name question...
1. What is your name : of course my nice name is.. Farah :)
2. A four letter word : Free
3. A boy's name : Farid
4. A girl's name : Faridah.. haha
5. An occupation : Farmer
6. A colour : Floral
7. Something you wear : Flip flops Shoes ahakksss
8. A food : Fried rice
9. Something found in the bathroom : Feminine wash.
10. A place : France
11. A reason for being late : Feeling still 6.00am haha (kiranya rasa hari masih gelap)
12. Something u shout : Fuhhh!
13. A movie title : Ferris Bueller’s Day off
14. Something u drink : Fresh oren
15. A musical group : Feminin haha Ingat x?
16. An animal : Flamingo
17. A street name : Fetter Lane Street (hah tau x kat mn? Kalo korang gi London pasti jupa wakakaka)
18. A type of car : Fair Lady
Mangsa seterusnya.. ooohh sy x kejam. Sapa yg bc this n3 sila la jwb :):)
p/s: amacam Amy... ok la tu. Janji i jwb hahaha
No one is born hEpy, But all of us are borN with the ability to create happiness. So... today, make others hePy. FlasH ur sweEtest smile...."
Thursday, June 3, 2010
Thursday, May 27, 2010
Saya tgh hepy nih...
hehe.. n3 pun hepy tentu dimulai ngan sengih2 manja saya. haha. Apa sgt la yang saya suka tu.. First skali esok suami tercinta ku nak balik dah. Waahhh rinduu tau.. eceh. Siap gtahu kat husband " abg.. nnti syg kemas beg nak ada present" sengih ja laki ku tu.. serius tau. x mau kecewa bila buka beg dia heh.
Bulan 6 sudah tentu padat dgn mcm2 acara. Kenduri pun banyak. Nampaknya badan saya akan dipam-pam ngan lauk2 kenduri ayam n daging. Nak kena behave next week ada check up lagi. Bulan ni makin kerap. Lg pun kandungan saya nak masuk 7 bulan. Cepat sungguh masa berlalu. Dan saya sgt hepy dgn gerakan strching baby dlm perut. X sabar nak main ngan mumy la tu. Sabar yea baby hehe. Ok la selamat bercuti ya. daa :) :)
Monday, May 24, 2010
Awarded!!!
Wahhhh.. x dtg keje 3 hari. Cek blog sy dpt award. Ok thanx amy!. Ni mcm nak galak saya menulis ya amy.Actually, kewujudan blog ni, disebabkan paksaan kwn2 saya. Sememangnya saya tidak minat menulis. Seumur idup saya, dari sekolah x pnh ada diari. Terukkan! kecuali menulis perbelanjaan harian saya. Tu sajo hehe. Ya.. saya akui agak perahsia orgnya. Semuanya bersebab. Sy byk memerhati karenah org lain.
Ok, first sy create blog ni, i'm just want talk about economy, politic, world n pengetahuan am. I like semua topic tu. But, lagi skali atas desakan kwn2.. sy mula menulis kisah kehidupan seharian saya. Lama2 sy rasa hepy sgt dpt kongsi ngan kwn2. Byk jugak kebaikan blog ni. especially kita tahu story kwn2 yg dah lama terpisah.Rasa mcm dekat ja bila ada blog ni.
Insyaallah.. saya akan improve selok belok blog ni. Tp satu la perangai sy yg x ubah. PEMALAS nak update. Haha what to do. Dan saya amat kagum pada kwn2 yang dah lama berbloging, update hari2. Bila tgk.. wah rajin ya korang. Napalah sy x jd cam tu. huhu
Thursday, May 20, 2010
Saya dah letih..nak lari jauh
Hai semua.. x tahan. Mula la nak luah dlm blog. Dr stat student exam sampai tarikh sekarang, sy masih belum berpeluang rehat. Sabtu ahad saya kena kerja. Esok meeting besar dlm HEA so.. saya perlu siapakan semua report every faculty. hoh gila saya dah buhsan menengok kertas2 report tu. Nak2 kalo mesin wat hal.
Plus tetiba saya dpt surat jd fasilitator dari unit lain.Dlm otak saya.. mampus sy nak berlari ke sana sini. Dan satu lagi sy masih x berpeluang cuti lg. Sbb program tu sampai ujung minggu ni. Oh tidakkkk. Mlm plak tu.. dah lah keadaan saya yg berbadan dua. Tercungap2 di wat nya. Saya rasa muka pun dah x leh nak senyum. huhu Hrp org x perasan.
Plus tetiba saya dpt surat jd fasilitator dari unit lain.Dlm otak saya.. mampus sy nak berlari ke sana sini. Dan satu lagi sy masih x berpeluang cuti lg. Sbb program tu sampai ujung minggu ni. Oh tidakkkk. Mlm plak tu.. dah lah keadaan saya yg berbadan dua. Tercungap2 di wat nya. Saya rasa muka pun dah x leh nak senyum. huhu Hrp org x perasan.
Ngadu2 kat hubby.. then dia gtahu cuti sklh kita gi jejalan. Terus setuju. Doc ada pesan jgn byk bergerak. Tp x leh la.. responsibilty.. kena wat gak huhu..
Monday, May 17, 2010
Semoga pjg umur abah..
Hari ni besday abah.. pg2 lagi dah wish. So saya adalah org pertama. Baru disusuli wish dr ummi. hehe. Saya dah tempah kek gula hangus kat abah. Simple sajoo.. semua kena jaga kesihatan.. no cream ecehh.. (padahal sy yg tingin nak mkn kek tu hahaha.)
Semoga di murah rezeki. Dan dikurniakan kesihatan yg baik. Amiiiiiin.
Sunday, May 9, 2010
~ Selamat Hari Ummi ~
Khas buat Ummi tersayang...
Duhai bonda
Biar dimamah arus usia
Duhai ibunda kaulah anugerah istimewa
Lihat anak-anakmu berjayaKau penawar hati duka
Hanya Tuhan saja yang dapat membalas jasamu
Kerana Tuhan saja yang tahu penderitaanmu
Wahai bonda
sob.. sob :(
Selamat hari Ibu.. Terima kasih dia atas segala-galanya. Terutama melayan karenah lima adik beradik. Dan mlm smlm kami adik beradik dah beri adiah yg comei2. Harap ummi hepy ngan hadiah kami. Ermm cuma sukar nak cari kad yg tertulis nama Ummi. Semuanya dah diluahkan di dlm kad ucapan tu oleh 5 beradik. Dan Ummi siap tampal di cermin. Ummi la sahabat baikku di dunia dan akhirat. Mmuwah luv u Ummi..
Duhai bonda
Bagai kerdipan lilin yang berkilau, bercahaya
Menggantikan mentari terangi malam nan gelita
Membakar diri pun membeikan cahaya
Membiar diri musnah terleburKorban segalanya penuh rela
Biar dimamah arus usia
Tidak pernah kenal derita
Bagai sungai kasih yang mengalir
Tiada penghentiannya, tak bertebing
Duhai ibunda kaulah anugerah istimewa
Berkorban jiwa raga redahi hidup nan mencabar
Berusaha dan sabar dalam mengharungi derita
Hidupmu penuh ranjau meniti kepayahan yang tiada kesudahan
Tidak sekali mengharapkan dibalasi permata
Cukup engkau rasa bahagia
Lihat anak-anakmu berjayaKau penawar hati duka
Walau hatimu terluka
Engkau ibu engkaulah bapa
Pabila ayah tiada
Hanya Tuhan saja yang dapat membalas jasamu
Kerana Tuhan saja yang tahu penderitaanmu
Wahai bonda
sob.. sob :(
Wednesday, March 24, 2010
Mana kau duriannnn.....
Minggu ni saya tingin sgttttttt nak mkn durian. Tiba2 tingin semasa OTW hantar hubby ke airport. X sempatla nak memerap kat hubby hehe.. So satu family mempunyai misi mencari durian tuk saya. Tp paham2 la.. bukan musim durian. So agak sukar nak jupa. Sian abah cari setiap pasar mlm. Ma kasih abah.. angah.. ummi
Dan akhirnya smlm.. seorg jiran yg sgt baik hati jupa durian di Kulim. Terus beli kan tuk saya. huhu terharu sgt. Walaupun sebijik. janji saya dpttt. sukaaaaaaaaa. Saya dapat isi yg cantik. Blink2 ja mata nengok isi yg warna kuning pekat tu. Alhamdulillah. Ma ka sih Pak cha n isteri.
Tuesday, March 2, 2010
Maaf... saya makin malas
Ye.. sy tahu dah lama x update blog nih. Bleh x sy salahkan hormon2 dlm badan saya? huhu.. Byk perkara yg berlaku.. start from january.. ada yg berita mengejut, gembira. Semuanya berlaku dgn pantas. Kadang-kadang sy masih dlm keadaan terkejut n terpinga2 X tau apa perasaan.. x bersedia n x tau nak hadapi. N now alhamdulillah.. berkat sokongan dr kwn2, family n hubby sendiri sy makin ok. Thanx semua. Dan mereka juga tahan ngan karenah sy. Sy anggap semuanya rezeki dari Allah. Syukur sgt. Jd x sabar plak nak lihat anugerah dr Allah yg satu ni.
Oh ya 28/2.. besday my Michale. Hepy belated! n dia dah tau apa adiah dr saya. hehe.. Doakan kami bahagia n semua yg pkr yg indah2 lah! ok daa
Wednesday, January 20, 2010
Stress tak???

Dlm seharian mesti kita ada perasaan stress. X kat umah.. may be di ofis.
Meh2 sy kongsi tips lagi..
TIPS MENGURUSKAN SENDIRI TEKANAN ANDA
* Tarik nafas panjang/dalam beberapa kali. Ia akan membuatkan pernafasan anda menjadi perlahan sekali gus mengecut dan merehatkan gentian otot- otot dalaman
* Bersenam secara tekal – 20 minit setiap sesi, sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Senaman bukan sahaja dapat meningkatkan kesihatan emosi. Ia juga membantu mendapatkan fizikal yang lebih menarik sekali gus membuatkan diri anda berasa lebih yakin dengan penampilan diri
* Terimalah diri anda seadanya dan cuba menyukai diri sendiri. Bersikap realistik terhadap keupayaan anda dan tetapkan matlamat yang boleh dicapai. Cuba lakukan sesuatu yang dapat menimbulkan rasa kepuasan
* Bersikap positif dan belajar menerima kelemahan diri. Jangan berasa gusar mengenai perkara-perkara yang di luar kawalan anda. Berfikir secara positif dan renungkan kembali pencapaian dan kejayaan yang dimiliki apabila berasa tertekan
* Dapatkan sokongan dan bantuan sebelum anda berasa tenggelam punca. Kongsi masalah dan perasaan dengan seseorang yang anda boleh percayai seperti pasangan hidup, ahli keluarga, rakan-rakan dan pemimpin agama. Berkomunikasilah dengan mereka supaya mereka dapat membantu anda
* Bina silaturahim yang baik dengan ahli keluarga dan rakan-rakan. Biarkan diri anda berasa disayangi, dihargai, dihormati dan mempunyai tempat mengadu. Bersikap jujur dan bertimbang rasa dalam sesuatu perhubungan. – Amalkan pemakanan sihat dan tidur yang secukupnya
* Seimbangkan masa kerja dan bermain. Peruntukan masa untuk hobi dan rekreasi
* Kira dari satu hingga 10. Aktiviti ini boleh menjadikan anda berhenti dan rehat sebentar sebelum memberikan respons terhadap situasi yang memberikan tekanan
* Luahkan perasaan anda dengan menangis atau ketawa semahunya. Anda juga boleh menulis, jika mahu. Mendengar muzik juga boleh menenangkan
* Rehat dan tenangkan diri anda dengan mandi wap, berurut, meditasi, membuat renungan seperti membayangkan pemandangan yang menenangkan, misalnya.
Selain urut, anda juga boleh melakukan regangan bagi merehatkan otot-otot dan membantu mengurangkan ketegangan. Selalunya, otot-otot di belakang leher dan bahagian atas belakang menjadi tegang apabila anda mengalami stres.
* Dapatkan bantuan sekiranya diperlukan. Jika anda tidak dapat tidur, sakit kepala dan sakit belakang atau leher, pergilah berjumpa doktor
* Bantulah mereka yang memerlukan. Menolong seseorang akan dapat mengubah tumpuan dan perhatian kita dari masalah dan kerisauan yang dihadapi
* Ubah suai persekitaran anda untuk menyingkirkan unsur-unsur yang menyebabkan tekanan. Pilih persekitaran yang selesa dan bersesuaian dengan diri anda
* Tingkatkan kemahiran anda. Bersedialah untuk membuat sesuatu keputusan dan menangani masalah dengan berkesan. Lengkapkan diri anda bagi menjawat pekerjaan atau kerjaya yang memuaskan
* Uruskan masa dengan baik. Senaraikan perkara-perkara yang perlu dilakukan mengikut kepentingannya. Elakkan dari menerima kerja yang terlalu banyak
* Bijaksana dalam membuat keputusan. Pertimbangkan buruk baiknya sebelum memutuskan sesuatu.
Thursday, January 14, 2010
Tips menjadi pasangan jarak jauh (PJJ) yang terhebat

Yeah.. special for PJJ couple. Another tips to sharing with u.
Tarik nafas panjang-panjang, ayuh, kita mulakan!
1) Simpan gambar pasangan di tempat yang paling mudah dilihat.
Tak kiralah nak lekat kat dinding ke, selit bawah bantal ke, celah ketiak ke, mana-mana lah asalkan di tempat yang memang kita akan hadap hari-hari.
Dengan syarat, pilih gambar pasangan yang kita rasakan dia berada pada tahap paling kacak / jelita walaupun gambar tu macam dah ‘lari jauh’ dari keadaan diri semasa :p
Ya. Bunyi macam tipikal. Lebih-lebih lagi bila simpan gambar passport dalam dompet. Siapa yang tak pernah buat, kan?
Tapi, sedar tak sedar, tiap kali nak keluarkan duit, perkara tipikal ni lah yang akan sentiasa ingatkan kita betapa Tuhan dah kurniakan seorang insan terhebat, terkacak/tercantik di mata kita, dan ter-segala-macam-lagilah untuk kita.
Jadi, tak perlu lah nak toleh pada yang lain. Jangan jadikkan alasan tinggal berjauhan untuk kamu berfoya-foya carik orang lain demi mengisi kesunyian, kononnya. Belajar bersyukur dan hargai apa yang kita ada serta berusaha untuk kekalkannya sampai bila-bila.
2) Dating.
Tak dapat seminggu sekali, buat dua minggu sekali takpun sebulan sekali. Ikut kesesuaian. Dan, dating di sini bermaksud berdua saja.
Kenapa mesti berdua je?
Sebab kamu berdua memang sangat perlukannya. Dah nama pun jumpa sekali-sekala, ni lah masanya kamu nak berbincang tentang semua perkara. Dari hal ehwal semasa 1Malaysia hinggalah kepada ubat lipas terbaru di pasaran yang baru dibeli untuk dicuba. Ini je lah masa yang ada.
Kalau ada orang lain, dikhuatiri salah seorang pasangan tak dapat cerita all out segala macam perkara yang dah dia peram. Tak manis lah kan macam tu. Kalau boleh, selesaikan segala jenis gaduh atau mogok yang dah berlaku di sepanjang kamu tidak bertemu.
Lagipun, kalau tak diperuntukkan masa khas macam ni, memang susah nak carik masa lain lagi. Di samping tu, dapat jugak mengimbas memori indah saat bercinta dating makan KFC hehe
3) Raikan setiap hari-hari penting.
Cara sambutan ataupun besar mana hadiah, tu bukan keutamaan. Yang penting ingatan antara satu sama lain. Selain tarikh harijadi dan ulangtahun perkahwinan, jadikan setiap hari-hari biasa yang dilalui bersama sebagai penting.
Sangat surprise bila terima hadiah berupa begini sempena ulangtahun ke-6 perkenalan (ala, yang korang sebut sebagai tarikh declare tu). I loikeeee!!!
Sekali-sekala, buat kejutan untuk pasangan bila bertemu. Tak payah berbelanja besar pun boleh buat kejutan, apa. Misalnya, memasak makanan kegemaran dia yang kamu paling fedap nak buat, seperti kuih dodol misalnya. Ataupun memakai baju yang dibelikan oleh dia walaupun kamu rasa gemuk bila memakainya.
Apa saja, asalkan yang boleh buatkan dia teruja!
4) Masa berkualiti.
Tak semestinya sampai nak kena pergi berbulan madu ke Bali, Gold Goast semua semata-mata untuk dapatkan masa berkualiti ni.
Habiskan masa hujung minggu berdua kat rumah dengan lakukan aktiviti baru pun dikira sebagai berkualiti jugak. Contohnya, bercucuk-tanam pokok cili. Atau pun berjogging sama2.
Dapat buat satu perkara yang kemudian boleh diceritakan semula dengan penuh semangat setiap kali teringat, dah dikira berkualiti. Buat perkara bodoh berdua dan hanya kamu berdua saja yang faham, pun dah masuk dalam kategori masa berkualiti.
Layankan je. Buatlah apa saja yang boleh jadikkan hari-hari yang kamu berdua lalui benar-benar berkualiti.
5) Ghairah sentiasa.
Wah, kemain lagi. Asal sebut ghairah je, mula lah tu nak fikir sampai cerita dalam selimut. Ghairah di sini merujuk kepada ghairah bercinta. Tak kiralah walau dah berapa lama usia perkahwinan kamu. Jadikan seolah-olah baru mula-mula bercinta. Biar macam angau pun tak apa. Tidur tak lena, makan tak kenyang, mandi tak basah bila seminit tak dengar khabar berita.
Tahukah kamu bahawa perkara kecik yang kadang-kadang kita anggap remeh dan terlepas pandang, bila kita sesekali lakukan, boleh buat pasangan kita senyum sampai ke telinga?
Sentiasa beri pujian dan kata-kata manis untuk pasangan. Kalau boleh, setiap hari. Flirting dari jauh pun boleh, apa. Jangan sia-siakan segala bentuk teknologi telefon, sms, webcam, internet yang ada. Biar pasangan sentiasa berasa dekat dengan kita.
Tapi ingat, jangan sampai tahap baju kemeja warna apa yang patut dia pakai esok, kat mana dia perlu makan tengahari dan pukul berapa perlu masuk tidur semua pun kita nak masuk campur. Itu bukan ghairah, itu dah kes parah!
Bersederhanalah dalam semua perkara.
Yang terpenting antara semua, jangan takut untuk letakkan kepercayaan pada pasangan.
Subscribe to:
Posts (Atom)