Thursday, November 26, 2009

Walimatul Urus

Nah.. kad simple sy tuk jemputan semua...




Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..Saudara dan saudari rakan-rakan
Blogger/follower-follower/silent reader/rakan-rakan sekolah KL & IPOH/rakan2 ummi, rakan2 adik2 saya..Saya Farah wahida mustaffa dan tunangan saya Mohammad Muzammil bin Mohammad Hashim ingin menjemput saudara dan saudari ke majlis perkahwinan kami yang akan diadakan di Sungai dua, Bworth pada 05 Disember 2009. Kenduri lelaki pula 6 Disember 2009.
Big day..
4/12/2009 (JUMAAT)

3.00 p.m : Akad nikah di Masjid Ar-Rashid, Sungai Dua
5.00 p.m : Makan di rumah pengantin perempuan di Pengkalan Machang, Pmtg Pasir

5/12/2009 ( SABTU)

11.00 a.m : Burdah di Restoran Nasi Dalca, Sungai Dua
12.oo p.m : Tetamu hadir
12.30 -1.00 p.m : Ketibaan pengantin
6/12/2009 (AHAD)
Kenduri di rumah pengantin lelaki
7/12...... : Honeymoon!!! haha

Tips after akad


Ok2 biar sy abiskan bout akad.. before n during sy dah bg.


N now.. after akad. Jom baca2 sama2.


Selepas akad nikah :


1. Penyerahan mas kahwin dan wang hantaran.
Kadang-kadang, ada jugak ayat yang nak kena sebut masa ni. Ikut je lah apa tok kadi kata. Lepas tu, sah-sah kena posing lama sikit untuk diambil gambar. Kenalah pandai berlakon sikit-sikit, ok.

2. Upacara pembatalan air sembahyang.
Mintak tolong pengapit siap-siap pergi ambil cincin/gelang/rantai yang nak digunakan dalam upacara ni. Kalau sarung cincin takde masalah rasanya. Cuma kalau nak sarung rantai leher atau gelang tangan, pesan siap-siap kat pengantin lelaki kamu tu, suruh dia berlatih dulu pakaikan kat mak dia ke. Takdelah sejam haa orang tunggu sebab terkial-kial tak reti nak cangkukkan rantai atau gelang tu nanti :p

3. Bersalaman + cium tangan suami.
Ni lah yang dinanti-nantikan kamu semua, kan? Eleh, malu-malu tak nak mengaku pulak. Memang saat paling syahdu, gitu! Salam tangan macam biasa dan ciumlah. Dah kata suami. Kenalah cium tangan dia :p Masa ni pun sama. Orang akan buli suruh cium lama sikit sebab nak ambik gambar. Apa boleh buat. Layankan aje. Yang penting gambar cun, kan.

4. Cium dahi.
Yang ni buat kalau ada orang suruh je, ok. Jangan nak pandai-pandai buat. Nanti dikata gelojoh pulak. Tapi, kalau memang dah mengidam nak buat jugak, setkan awal-awal, cakaplah kat pengapit ke, makcik saudara ke, suruh diorang cakap nanti. Konon-konom macam diorang yang suruh la :p Ni pun, nak kena suruh pengantin lelaki berlatih jugak. Suruh lah dia cium bantal tiap hari. Tak nak lah buat muncung itik pulak nanti. Cacat gambar, kamu jugak yang menyesal tak sudah.
Cara-caranya? sebelah tangan pegang bahu pengantin perempuan, sebelah lagi pegang dagu dia. Saling memegang tangan satu sama lain pun boleh. Barulah dapat cium kat dahi isteri. Bukannya cium tudung macam Mawi dengan Ekin dulu :p

5. Bersalaman dengan ahli keluarga.
Tang ni pun ada protokolnya. PENTING! Hati orang tua kan sensitif. Kita kenalah berhati-hati. Lepas selesai semua, pengantin lelaki akan diminta untuk membawa pengantin perempuan untuk bersalaman dengan ahli keluarga dan semua hadirin. Mulakan dengan wali, mak ayah sebelah perempuan atau mak ayah sebelah lelaki. Tak kira lah berapa jauh pun diorang duduk antara satu sama lain, bawak pengantin perempuan pergi jumpa dan salam mereka dulu. Lepas tu, barulah salam yang lain-lain.


Lepas baca, jangan lupa sampaikan kat bakal pengantin lelaki. Biasalah, orang lelaki mana suka nak baca benda-benda macam ni. Selaku bakal pengantin perempuan yang dedikasi, kitalah bertanggungjawab untuk memberitahu. Biarlah dia nak kata leceh ke apa, yang penting, majlis kita nanti berjalan dengan baik tanpa sebarang rasa tak puas hati mahupun kontroversi =)

Wednesday, November 25, 2009

51209: we are getting married


Hola.. the ticker says...8 days to go! I'm so excited, scared, thrilled, curious.... and many more feelings mixed into one. hohoho
Checklist!.. Checklist!
1)Hantaran for future hubby will make after raya Qurban. Cuma i belum beli watch my michale. May be this week. Baju pun dah fitting.. but rasa mcm takut ngan myself haha.. Important easy sy nak gerak ke sana ke mari. Baju nikah done.
2)Videographer pun dah confirm..
3)Theme??? this femes quest from opismate.. my close frenz. Ermm suka di sini sy nyatakan MY WEDDING sgt la SIMPLE.. everything SIMPLE.. so anybody can wear any colour as long u selesa n suit.
4)My body still gendut haha.. what to do. EAT adalah sgt membahagiakan sy.
Pokoknya, a lot of things still needs to be done.
i only have about 5 days to prepare.
and nowadays, my bro awi n angah adalah tulang belakang sy yg sgt kuat. Tanpa mereka susah la preparation wedding sy. Tenkiu.. tenkiu
N my mom.. everything i need her. She's so patient thanx ummi!
Again Pls pray us!

Friday, November 20, 2009

During akad

Haha ntah sape pic nih.. diri sendiri lum nikah.. so terpaksa amik org punya.
Some more tips.. lets scroll
Semasa akad nikah :

1. Khutbah nikah
Not sure. Ada dibuat sebelum akad nikah, ada jugak selepas. Ikut tempat lah kot. Masa ni, dua-dua pengantin kena duduk dekat sikit lah kan. Pastikan pengapit yang usung bantal nikah pergi dekat sikit dengan tempat pengantin lelaki dan tok kadi. BUKAN pengantin yang angkut sendiri,ye! Lepas tu, duduk lah atas tu. Takyah segan-segan nak suruh pengapit buat itu-ini.

2. Bacaan taklik
Lepas akad nikah, ada bacaan taklik. Macam ikrar janji suami-isteri gitu, la. Mula-mula, pengantin lelaki lepas tu baru yang perempuan. Kalau tiba-tiba kena baca dalam tulisan Jawi, pandai-pandai lah. Get ready je.

3. Penyerahan
Macam proses penyerahan penjagaan dan tanggungjawab oleh keluarga sebelah perempuan kepada pengantin lelaki. Adalah nanti yang lelaki kena pegang ubun-ubun kepala isteri sambil buat akujanji, wali dan ibu kena baca ikrar penyerahan, pengantin perempuan pulak baca ikrar pelepasan mintak halal air susu ibu bagai. Pendek kata, memang sandiwara semasa lah biasanya. Siap-siap lah letak sekotak tisu kat sebelah, ye.


4. Solat lepas nikah.
Siap je semua ni. Kalau air sembahyang belum batal lagi, boleh tunaikan solat selepas nikah. Kena tahu
niat dan cara mengerjakan.

Thursday, November 19, 2009

Cobaan.... But rectified

Adoiiii...

Just when i was preparing.. Yesterday..my phothographer call me. He tell a bad news. OMG!!

So what am i to say?

Ok.. tarik nafas n i will rectifiied.. Insyaallah.

Pls pray for us the preparing will go smoothly.. amin

Wednesday, November 18, 2009

It's time for grooming! n tips

OMG! exactly two weeks to go! NOVEMBER really kills me. Work n wedding stuff make my life insane. Seriously, I'm so nervous but the same time happy :) My wedding dress .. this week i must go to fitting. Fasha i will always disturb u call n call till d-Day hehe confirm rimas.hehe sory YA!. Cos Still not confirm which one i will choose huhu . Nikah dress done.. Hantaran will make my mom.. fuh she really help me n full idea.. Frankly sometime the idea i don' expect. I'm just say WOW! Thanx Ummi!
Right now.. WORK TO BE DONE
1) We already distribute the invitation card to families and friends, bit by bit.. Bout invitation i really malu u know lah nak bg kad sendiri kat people. Hope org x pasan sgt gaya malu sy. Still, I don have enuff time to post some of it. Will do it today and hopefully sempat sampai before the wedding. For those still don receive it, sabaq no.. the card will arrive.. Tunggguuuuuuuu :)
2) yeah now its time for grooming! At this point of time, gonna be the best for us to do a eye treatment. Every morning n nite i will use collegen filler eye for prevent eyebag. i hate EYEBAG okkk!

3) N sy sgt la rajin scrub my body use mustika ratu brand. hehe but i think i scrub stat from sklh mngh. But now lagi la rajin. Okk if u want scrub don't forget scrub di lutut n siku. Sometime people forget to scrub this area.


4) Facial treatment. its a big no-no to do a facial a week or few days from your wedding day. Coz skin might show reaction after the treatment (and this is normal) and of course you don't want any redness or moon face during your big day! heh.
5) I also amalkan mkn ubat. I choose D-folia from sendayu tinggi. If u all x biasa amalkan satu kapsul shj. Cos some people x tahan ngan jamu cos panass..
6) Drink water n elak mkn yg pedas2
See.. sy yg sgt prihatin cewahhh.. Butt.. one more thing i hate DOUBLE CHIN. My mom always usik sy.. eh kak long ada double chin.. eeiii suka bg sy takuutt. x suka.. x suka huhu.. hope akan ilang laa

Tuesday, November 17, 2009

- Bored to DEATH -



Tett.. tett (sound msg nokia) i hv MMS msg.. skali tgk eeeiiiiiiiiiiiii show off yeaa.. My michale sengaja buat sy jeless.. terus sy wat ayat sedih wuwuwu.. " ye la sapa nak bw kita" haha mcm2 la sy msg kat dia. Then dia terus sent pic adiah yg beli tuk sy. Terus i jd okaayyy. Then msg dia seterusnya "nnti abg bw" ok fineeeeeeeeeee.


Korang paham2 la if sy tempek pic dia.. So diammm ckp n kutuk dlm hati masing2 hikhik.. the wedding ticker so scary right now. The nearer we are to our wedding date... I hardly to get see him. I MISS HIM SO! I miss us just hanging out and talking about nothing and everything. I MISS HIM!!! T__T


Thank you for being so sweet today.

Thank you for being so patient always...

Thank you for just being you...and loving me this way.

Sunday, November 15, 2009

Sambut besday Gall

Lalalalalala sy berjaya sampai ke Aidy's Cafe.. Tempat yg sy pilih tuk sambut besday gal hikhik.. Actually tempat ni dah di sebut2 oleh kwn2 sy. So mlm tu terus ajak adik2 ke sini. Serius service dia terbaikkkkkkkk cepat. Layanan pun mesra n selesa. So i advice u all try. X jauh pun area Telok air tawar.

Menu di Aidy's Cafe



Below.. ini la yg menu yg kami pilih

Chicken chop



Fish n chip.. ni menu yg sy pilih

Minuman kami.. mcm2 adaaa

Bihun tom yam

Angah pilih nasi grg nenek. Special di Aidy's

Besday gal di samping suami tercinta.. hehe romantik uuuuu
Satay pun ada. sedap weyyyy

Fuh.. kusyuk mkn tuuu
Mlm tu kami balik ngan penuh kenyang. Haipp sy pun mkn byk abis laa diet sy.. kehkeh ujan laa sejuk lapo haha. Nak salahkan ujan jugak haha

Saturday, November 14, 2009

131109: HEPY BESDAY UMMI!!


Sesungguhnya anak mu ini tidak pandai berkata2.
Apa yg ingin kaklong katakan
Hanya ummi yg memahami sy
Hanya ummi sahabat baik sy
thank you (1000 million)
HEPY BESDAY UMMI!!!!
HEPY BESDAY UMMI!!!
SEMOGA PJG UMO N MURAH REZEKI.
LUV U SO MUCHH.. MMUWAH

Thursday, November 12, 2009

Tips preparation b4 akad nikah

Wahhh tips lagi yee.. At this moment, sy terlalu byk tanya. Ye la 1st time kawin maa. So dgn gigih dorang story keadaan akad nikah nnti. Tenkiu.. tenkiu

Ye laa x la sy terhegeh-hegeh dlm pala ni pikir lepas ni buat apa, lepas tu apa. Lagi bagus, dah siap catat awal-awal dan dijelaskan kepada ahli keluarga terdekat. Takdelah nanti mak sy cakap gini, abah sy pulak suruh buat gitu, Mak Long pulak tiba-tiba masuk campur sekali masa majlis nanti. Saya jugak yang tension. Tak tahu nak ikut cakap siapa. Betul x?? hehe

Wahai bakal pengantin sekalian.. jom sy nak kongsi tips nih..

Sebelum akad nikah :


1. Pastikan sentiasa ada pengapit duduk di sebelah.
Pengantin perempuan terutamanya. PENTING! Untuk lapkan peluh, adjust veil yang panjang berjela masa nak duduk atau bangun, tolong alih-alih barang/kusyen tempat bertimpuh tu in case nak kena ubah tempat duduk ke apa. Lagipun, tak manis lah kalau pengantin perempuan duduk sorang-sorang. Dia pun tau segan jugak. Kalau nak kena bangun, berjalan untuk mintak IC pengantin perempuan ke apa, biar suruh pengapit yang buat. Pengantin duduk diam-diam sudah. Dah nama pun raja sehari, kan?

2. Sediakan IC / kad pengenalan.
Keluarkan siap-siap daripada dompet. Mintak tolong pengapit pegangkan. Nanti tok kadi mintak, tinggal hulur je.

3. Duit upah.
Untuk pengantin lelaki, jangan lupa sediakan duit upah tok kadi. Ada sesetengah tempat, saksi pun nak kena bagi saguhati. Tanya siap-siap kat wakil pihak perempuan pasal hal ni. Yg ni sy nak kena tanya my mom.. tok kadi sungai dua cam na? ermm

4. Solat sebelum nikah
Kalau buat kat masjid, lebih afdhal ditunaikan solat ni. Niat dan cara mengerjakannya sy kena soh my michale prepare ni.


5. Senyum! Senyum! Senyum!
Kot iye pun berdebar-debar, janganlah sampai muka masam mencuka tengok kamera. Satu lagi, kalau tengah duduk bertimpuh lama-lama tu, tiba-tiba kaki jadik kebas ke, tukarlah position dengan cara sehabis sopan. Jangan paksa diri menahan. Ada pulak kes pengantin kejang kaki sebab bertimpuh lama sangat kang.

Bab senyum2 nih sy x perlu di ajar. Semulajadi hehe takut terOver jek

Wednesday, November 11, 2009

Berinai / Henna

Suatu hari (cewahhh) Ummi bersuara "Long bila nak stat cuti kawin" , "ntah.. b4 akad la kot, nape?" "nak tanya la nak pakai inai kat long" terus sy jwb " APA? inai.. eh nak kena pakai ke? x payah la kot" haha terus ummi jwb "cam tu x nmpak mcm kawin" haha tu la ummi sy.

Serius sy x ingat langsung bab2 tuh.. nak harap sy nak wat design mcm pic atas. Jgn harapppp haha. Gila ahh nak dtg keja nnti tgn mcm tu. But sy dah maklumkan ummi. Pakai inai yg biasa sudah lerr.. Kalau pengantin x pakai inai, orang keliru pulak yg mana pengantin yg mana pengapit. Betul x??

Trend zaman skrg. Org suka buat ukiran inai. Pergi kedai, kadang-kadang upah mengukir boleh cecah RM 50 sebelah tangan. Kalau dah memang ada bakat semulajadi melukis, boleh la lukis sendiri. Jimat. Tak tahu nak lukis corak macam mana pun, tak jadik masalah rasanya.

Nak ulas pasal hukum-hakam pakai inai berukir ni, saya bukanlah orangnya. Nak kena rujuk pada yang pakar lah. Kalau tanya sy, prinsip sy mudah je. Kalau setakat buat suka-suka, takde masalah rasanya. Yang penting niat. Tp kalau sy kiranya nak memenuhi permintaan ummi hehe.

Dlm kes sy.. i just wat syarat, Pakai 10 jari tanpa ukiran hehe.. Pengantin lelaki, manis pakai kat tiga jari hujung je kot. Mula dari jari tengah hingga jari kelingking. Pakai belah kanan je pun jadik lah. Bagi nampak sikit seri pengantin tu, kan. Saya kurang berkenan sikit kalau pengantin lelaki pakai inai penuh sepuluh jari. Nampak macam kurang maskulin gitu. hehe. My michale x tau la.. ntah2 x pakai langsung. Cos.. kami dua2 jenis simple n easy hehe..

Monday, November 9, 2009

Tips kawinnnnn


Hai all... sejak2 saya nak kawin nih.. ramai plak member saya bg tip2 perkahwinan. Wah baru terasa macam nak kawin hehe.. but ilmu kawin ni penting what.. so saya nak kongsi2 ilmu kahwin ni ngan kawan-kawan. Tuk saya jugaaaaaaaaaaa..
Cadangan Dr. Fazilah ;
1) Lagi bagus kalau dapat duduk rumah sendiri.Lebih-lebih lagi, kalau pengantin baru sebab baru nak pupuk kemesraan antara satu sama lain. Kalau ada ahli keluarga terdekat tinggal bersama, mesti lah ada rasa segan dan kekok bila nak bermanja-manja.
2)Lagi pulak, bila dapat suami yang punya ego tinggi.Tak suka tunjuk kasih sayang kat isteri depan orang lain.Tak nak dikata sebagai mat bunga, jiwang, geli-geleman dan sebagainya. Memang kecik lah hati isteri tadi.
Tapi, kata Dr. Fazilah, duduk dengan ibu pun tak jadi masalah.Lagi besar pahalanya.Cuma, antara suami isteri, perlu ada komunikasi.Isteri perlu cakap dengan suami yang dia suka dibelai dan dimanja, tak kiralah kat mana-mana, depan siapa pun. Tapi, takdelah bermanja sampai tahap melebih-lebih, kan.
3) Sambil menonton Tv, isteri boleh baring atas riba suami. Kalau ibu tegur, tak manis ke, macam miang je kamu berdua, balas balik, ini sunnah Nabi, ibu. Nabi dulu selalu baring atas riba isteri kalau nak bermanja dengan isterinya.Kalau dah dikata sunnah Nabi, takkan lah ibu nak tuduh macam-macam lagi, kan?
4) Semasa tidur malam, pegang tangan antara satu sama lain.Gugur dosa antara keduanya.Amalkan jugak tidur berkongsi satu selimut dan tidak memakai apa-apa dibawahnya.(Dr. Fazilah yang cakap, ye. :p)
5) Kalau bergaduh, jangan memaling muka daripada suami semasa tidur. Hadap jugak.Tak kiralah muka monyok macam mana sekalipun.Kalau boleh, tetapkan peraturan, solat berjemaah dan makan bersama-sama, sekurang-kurangnya sekali dalam sehari. Selain tu, mandi bersama-sama pun boleh dijadikan sebagai rutin untuk eratkan lagi hubungan antara suami isteri.
6) Isteri perlu sentiasa berhias dan berwangi-wangian untuk suami. Bukan setakat keluar rumah je baru nak melawa.Kalau isteri dah pakai lawa-lawa, jangan lah buat tak tau aje,pujilah dia cantik, dia lawa.Suami jugak tak terkecuali.Jangan dok sarung kain pelekat dan baju Pagoda je 24 jam.Macam mana lah isteri nak tergoda.
7) Pulang dari kerja, terus peluk dan cium isteri.Sentuhan itu bagaikan satu terapi. Nescaya, penat lelah kerja akan hilang serta-merta. Belajar lebih banyak mendengar daripada bersuara sebab perempuan ni lebih suka kalau suaminya mendengar masalah dia.Cuba bahagiakan isteri dengan sekali-sekala membantu buat kerja-kerja di dapur, masak untuk isteri, sidai kain baju.Ingat tarikh-tarikh penting kamu berdua dan belikan hadiah.Senyum lebar sampai telinga lah dia.
8) Paling penting, sentiasa ucapkan kata-kata cinta dan rindu macam zaman bercinta dulu setiap hari. Orang perempuan memang suka.Lebih-lebih lagi kalau dah bertahun-tahun berumahtangga.Lagi lah dia nak dengar kata-kata yang suami sayang dia,kalau boleh tiap saat, tiap ketika. Walaupun dia tak beritahu, tapi dia mahu sebenarnya. Bukan susah sangat pun nak goda isteri, kata Dr. Fazilah lagi.
Wahh.. my michale pun kena baca nih.. :) Insyaallah sy akan ikut tip ni hehe (yg mana bab pompuan je la yea)

Friday, November 6, 2009

3 WEEKS TO GO!!!


Hai.. hai apo polah kitak tok? tu je yg sy remember yg di ajar my michale. hehe.. Yea tawan2 sy amat bz skang.. Sy sdg prepare something. Ada lagi yg x buat.. but im happy with my achievements so far. wee.. wee

To my frenz tunggula akan ku khabarkan berita gumbira ini yeaa.. hehe and saya dah start countdown. Kwn2 di KL n Ipoh sudah ku khabarkan. Tinggal di penang saje.

I think this all preparation has really tested my ability to be

1. patient

2. understanding

3. forgiving

4. nice

5. an active thinker

Please doakan semuanya berjalan lancar yeaa.. smile.. smile hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails